Bab
5
AKU
melangkah lemah sambil mendaki tangga menuju ke bilikku.Penatnya diri bila
dikerjakan teruk oleh ibu yang memaksaku membuat kerja itu dan ini.Aku baru
saja siap membersihkan dapur.Jam sudah menunjukkan hampir pukul 12.00
malam,pasti semua orang sudah terlelap.Cuma aku seorang saja yang masih
mengeluh.Ini Fazrul punya pasal la!Kalau tak,akula nak kesayangan ayah dan
ibu.Dia sudah merampas kedudukanku di dalam rumah ini,sakitnya hati!Aku masih
ingat lagi,dia tersenyum sinis memandangku apabila ibu memarahiku kerana
menyuruhnya menyapu halaman rumah.Cuma itu saja!Tapi sampai hati ibu memarahiku
kerana Fazrul yang belum tentu lagi menjadi menantunya.
Ketika aku melintasi bilik tetamu yang
sekarang diduduki oleh Fazrul,tiba-tiba aku mendengar gelak tawanya.Aku dengan
jahatnya merapatkan telinga dipintu ingin mencuri dengar apa lelaki itu sedang
bualkan.Ingin juga aku mengetahui apa yang dilakukan tunangku dalam waktu-waktu
begini.Agak lewat bagi seseorang untuk berbicara dengan orang lain.
Isy,dia tengah sembang dengan sapa
tu?Takkanla kawan dia kut?Tak tidur-tidur lagi ke mamat ni?Ataupun dia tengah
mengigau?
Tiba-tiba,aku mendengar derap kaki
seseorang.Pasti Fazrul!Mungkin dia ingin keluar,ataupun dia tahu ada orang
tengah mengintip ni?Alamak!Cepat-cepat aku mengundur dan pura-pura ingin masuk
ke kamar tidurku.Harap-harap janganla dia tahu,aku ni tengah mengintip dia.Kalau
tidak,nahas aku!
“Awak?”Soalnya sedikit terkejut bila
melihatku.Aku berpura-pura tidak dengar,seolah-olah tidak menyedarinya.Tapi
dalam hati,hanya Allah saja yang tahu.Dadaku berdegup kencang.Peluh sudah
membasahi tubuhku.Takut juga ni.
“Awak tak tidur lagi ke?”Soalnya
sopan.
Aku masih lagi buat-buat pekak.Malas hendak
melayannya yang kadang-kadang berubah angin.Sekejap baik,sekejap jahat macam
ganster jalanan.Memang aku rasa tercabar bila dia berbuat seperti itu.Rasa nak
hempuk-hempuk saja kepalanya di dinding.Tapi,nasib baiklah imanku masih
ada.Sabor je lah!
“Hai...aku ni cakap dengan orang ke,tunggul
kayu?!”Tiba-tiba dia bersuara kasar.Sekelip mata aku terus memandangnya dengan
renungan tajam.Dia turut membalasnya,tidak mahu mengaku kalah.
Aku tunggul kayu?Hei,sedapnya bahasa,dia
ingat dia siapa?Mamat sewel tak sedar diri,menumpang dekat rumah orang.Tak
malu!Eeee...geramnya!Jantan tak guna!
“Hah!Memang aku tunggul kayu!Kau tak
puas hati apa?”Balasku geram.Wajahku sudah membahang tandaku tengah marah.
Fazrul ketawa terbahak-bahak.Kemudian dia
tersengih bagaikan kerang busuk.Tak sangka tunangnya mengaku sebagai tunggul
kayu.Lepas tu,tunggul kayu tu pula,boleh bercakap.Hahaha...bodohnya dia ni!
“Hah!Memang aku tak puas hatipun.Aku
tanya kenapa kau tak jawab?Kau ingat aku tak tahu ke apa yang kau buat.”Kasar
bahasanya sehingga membuatkan aku membeliakkan mata kepadanya.
Gulp,alamak!Dia tahu ke yang aku curi-curi
dengar perbualan dia tadi?Isy,tak boleh jadi ni.
“Apa yang aku buat?”Aku cuba berlagak
selamba.Tapi dalam hati hanya Allah saja yang tahu.Bunyi detakkan jantungku
kedengaran di cuping telinga.Rasa nak pecah dada ni.
Tiba-tiba Fazrul datang dekat denganku dan
membisikkan sesuatu.
“Aku tau kau nak masuk dalam bilik
aku tadikan?”Tebak Fazrul.
“Eee…kau jangan nak perasanla.Kau
ingat aku hingin sangat nak hadap muka kau tu.Blah la!.”Sangkal ku pantas.Tak
sangka mamat ni boleh terfikir sejauh tu.Selepas itu aku terus ingin melangkah
pergi masuk ke dalam bilikku.Tak ingin berlama di situ.Makin lama,makin tak
terkawal mulutku nanti.Kang tak pasal-pasal didengari ayahku pulak!Tapi tiba-tiba
Fazrul menangkap lenganku menyebabkan aku terjerit.Pantas Fazrul menekup
mulutku.
“Shh…nanti ayah kau dengar
la.”Bisiknya perlahan.
Pantas tanganku menolak tubuhnya.Tidak
sanggup dan tidak sudi disentuh lelaki tak guna itu.Berani pulak mamat ni sentuh
anak orang,dalam rumah aku pulak tu!
“Kau jangan sesekali sentuh aku
lagi!Kau ingat,kau sapa?!Jantan tak guna!”Ujarku separuh menengking.Geram betul
dengan sikapnya itu.Tambahan pulak,dengan wajahnya yang langsung tak dak rasa
bersalah.
Huh!Benci!Benci!Benci!Apalah nasib aku
ni,terpaksa bertunang dengan lelaki yang tak serupa orang ni.
Aku terus melangkah pergi,tapi sebelum tu
sempat juga Fazrul mengatakan sesuatu.
“Muka yang kau tak ingin ni lah
nanti yang akan jadi suami kau.”
Aku tidak mempedulikannya.Aku takkan sesekali
menjadikan perkara itu kenyataan.Takkan sesekali!
PAGI
itu,awal-awal lagi aku sudah bangun.Menolong ibu di dapur menyediakan sarapan
sambil menunggu kepulangan ayah dari surau.Batang hidung Fazrul masih belum
kelihatan,mungkin masih melingkar di atas katil.Mungkin agak pelik,kebiasaannya
aku masih tidur lagi waktu ini.Selepas solat subuh aja aku akan terus tidur
hinggalah pukul 10 pagi itu pun setelah digerak oleh ibu.
Aku menyusun pinggan di atas meja.Selepas itu
aku meletak makanan-makanan yang telah disediakan di atas meja makan.Aku
kembali ke dapur membantu ibu membersihkan apa-apa yang patut.
“Baik pulak Ana pagi
ni.Bagusla,nanti Ana dah jadi isteri Fazrul kenala jaga makan minum dia.”
Huh!Sapa nak jadi bini dia?Tak nakla ibu.Ana
lebih rela jadi andartu dari kahwin dengan lelaki hipokrit macam dia tu.
Sebenarnya,aku ada hal nak dibincangkan
dengan ayah tentang Fazrul.Sebab itulah,pagi-pagi lagi aku sudah bangun.Sebelum
lelaki itu bangun,lebih baik aku bertindak dahulu.Mana tahu si Fazrul tu mereka
cerita tentang diriku terhadap ayah,kan aniaya aja diriku nanti.
“Ye la bu…Ana kan kenala belajar
jadi isteri yang baik untuk dia.”Jawabku sekadar menyedapkan hati ibu.
“Assalamualaikum.”
Suara ayah memberi salam mengejutkan aku dan
ibu.Pantas aku ke ruang tamu untuk mendapatkan ayah.Tapi,alangkah terkejutnya
aku apabila terpandang wajah Fazrul di sebelah ayah sambil tersengih-sengih ke
arahku.Aku menjeling ke arahnya.Aku pergi mendapatkan ayah dan menyalami
tangannya.Kehadiran Fazrul di situ langsung tidak dihiraukan.
“Ayah,sarapan dah siap tu.Jom kita
makan.”Aku menarik tangan ayah.Tapi tiba-tiba ayah berdehem.
“Fazrul kamu taknak ajak ke?”
Aku mencebik ke arah tunangku.Keningnya
terangkat-angkat seolah-olah mengejekku.Dengan malasnya,terpaksalah aku
memanggilnya juga.
“Kau ada tangan,kau ada kaki kau
boleh jalan pergi sendiri makan.”Ujarku agak kasar sehingga ibuku mendengarnya.
“Ana…”Ibu bersuara seolah-olah
memberi amaran kepadaku.
Fazrul ketawa kecil.
“Tu la,lain kali layan baik-baik
tunang awak ni.”Jawabnya sebelum berlalu pergi.
Aku merengus geram.Geram dengan sikap
selambanya yang menyakitkan hati.
Sewaktu dimeja makan,aku hanya mendiamkan
diri.Menyepi kerana merajukkan ayah dan ibu yang asyik melayan Fazrul aja.Aku
sebagai anaknya langsung tidak diendahkan.Sedih tahu.Rasa macam dianak tirikan
pulak.Ingin menunjukkan aku protes dengan tindakan mereka,aku terus
meninggalkan meja makan.Makanan yang masih belum habis dibiarkan begitu
saja.Aku terus pergi mengurung diri di dalam bilik.
Huk…huk…hatiku berlagu sedih.Entah berapa
lama lagi Fazrul akan tinggal di sini.Tak sabar rasanya ‘menghalau’ lelaki itu
pergi dari sini.Bolehla aku mendapat kembali kedudukan sebagai anak kesayangan
di dalam rumah ini.
Sejam,dua jam…lamanya aku menunggu,tapi tak
dak seorang pun yang datang memujukku.Mataku pulak sudah mulai kuyu,mengantuk
pulak.Lama-kelamaan aku mulai terlelap.Lebih baik aku tidur daripada terus
menghadap wajah yang aku tidak inginkan sepanjang hari.
Sedang aku lena diulit mimpi,tiba-tiba aku
terasa ada seseuatu yang merayap diwajah ku.Kukibas-kibas tanganku kiri dan
kanan untuk menghalau benda itu.Tapi semakin menjadi-jadi pula.Lantasku buka
mata dan ingin bangun.
“Arr…”Aku ingin menjerit tapi
tangannya pantas menekup mulutku.
Fazrul sedang berada di atas tubuhku.Bulat
mataku memandang wajahnya.Apa yang dia cuba lakukan?Fikiranku mula memikirkan
perkara-perkara yang tidak baik.Ya Allah…Kau jauhkan lah aku dari perkara
buruk.Tanganku menolak badanya,tapi dia masih keras di situ.
“Kau jangan bising,nanti parents kau
dengar habis kita.”Suaranya separuh berbisik.Dia melepaskan tekupannya.
Aku menarik nafas lega,barula dapat bernafas
dengan lapang.
“Kau buat apa dekat sini?!”Soalku
lalu menghadiahkan sebiji penumbuk dibahunya.Geram dengan mamat ni.Suka hati
aja masuk bilik aku.Apa dia ingat ni bilik mak bapak dia?
“Auwww…sakitla mangkuk!”Dia hampir
menjerit,nasib baiklah dia cepat-cepat mengawal suaranya.
“Mak kau suruh aku panggil kau.Dah
berpuluh-puluh kali ketuk pintu bilik ni,tapi kau tak jawab pun,so aku masuk je
la.Tapi tak sangka pulak kau tidur,ingat nak kejutkan kau.”
“Kalau nak kejut,tak payah nak
merangkak atas badan aku segala…kau ingat aku ni bini kau ke?Kau ni memang
biadap!”Marahku lagi.Nasib baik aku tersedar,kalau tidak tak tahula apa lagi
yang nak dilakukan Fazrul atas diri ku.
Fazrul tergelak kecil sambil tersengih.
“Ala…practice malam pertama kita
nanti.”Ujarnya lalu meninggalkan aku.
“Kepala otak kau!”Jerit ku.
Eee…tak boleh jadi ni.Kena bagi tahu ayah juga
fasal ni.Boleh aku putus tunang dengannya.Ayah mesti terkejut punya.
“ASTHAGFIRULLAH…apa
kamu cakap ni Ana?Ana sedar tak apa yang Ana cakap ni?Ana dah fitnah Fazrul.”
Ayah mengucap panjang bila aku menceritakan
perilaku sebenar Fazrul padaku.Jelas ayah langsung tidak mempercayai aku.Riak
wajahku sudah berubah.Sangka ku ayah akan membelaku dan memarahi Fazrul,tapi
terbalik pula.Ayah yang membela Fazrul kali ini.
“Fitnah,ayah kata?!Ayah tahu tak
this is a reality.Fazrul tu bukan orang baik ayah,dia tu nak ambik kesempatan
je atas keluarga kita.”Terangku lagi.Chewah…cakap orang putih pula.Tak tahu
betul ke tidak.Maklumla,aku ni bukan orang terpelajar,belajarpun setakat
SPM.Lepas tu terus menganggur sampaila umur ku 26 tahun.Inipun nasib baiklah
ada juga sijil.
Sekali lagi ayahku beristigfar.Aku memandang
Fazrul yang sejak tadi hanya mendiamkan diri dan hanya menundukkan
wajah.Eleh…nak tunjuk kesian la tu.
“Fazrul betul Ana cakap ni?”Soal
ayahku pada Fazrul.
Ayah aku ni pun satu.Sah,sah la Fazrul takkan
mengaku.Kenapalah susah sangat ayah ingin mempercayai aku?Sejak muncul Fazrul
dalam keluarga ni,semua kesalahan aku aja yang kena.Memang tak adil!
“Tak pak cik,Ana tipu.Sebenarnya pak
cik,kitorang gaduh semalam,Ana minta putus,tapi saya tak nak.Saya sayangkan
dia.”Fazrul dengan lagaknya seolah-olah seorang yang bertanggungjawab.
Aku terlopong.Sayang??Mamat ni memang sah,sah
penipu besar.Pandai betul dia kelentong ayah ku.
“Ana,kitakan dah bincang.”Ujar ayah
ku lembut sambil memandang ke arah ku.Aku sudah buat muka monyot.Rasa nak
nangis pun ada.
“Ayah,dia penipu!Kenapa ayah
percayakan dia?Dia tu jahat ayah.Jahat!!”Jeritku sekuat hati sambil melepaskan
perasaan marah ku pada Fazrul.
“Ana!”Jerkah ayah tiba-tiba.
Aku tertunduk air mataku sudah menalir
keluar.Belum pernah aku ditengking sebegini oleh ayah.Sampai hati ayah buat Ana
macam ni.
Fazrul terkejut,mungkin tidak menyangka bakal
bapa mentuanya akan semarah ini.Tapi,hatinya bersorak kemenangan kerana dapat
mengenakan Riana.
‘Yeah,yeah padan muka kau.Yeah,yeah padan
muka kau.’
“Dah,ayah tak nak dengar apa lagi
dari mulut Ana.Dari mulai saat ini ayah tetap dengan keputusan ayah,ayah nak
Ana dengan Fazrul kahwin.Faham!Ana pergi masuk bilik sembahyang taubat.”
Eh,apa kena mengena dengan solat
taubat?Selepas itu aku terus melangkah naik ke tingkat atas.Mengurung diri dan
menangis seharian.Aku sakit hati.Sakit hati pada Fazrul dan juga ayah.
p/s:Dah baca,jangan lupa komen...kalau ada silap dimana-mana jangan malu,jangan segan sila tegur saya yang masih mentah ini.Thank you =)
tk dapt bc btl....gmbr2 tu menganggu.....
BalasPadam