Followers

Isnin, 20 Februari 2012

Perangkap Cinta 21

Bab 21
RANCANGAN yang dipertontonkan di depan matanya lansung tidak dapat menarik minatnya petang itu.Kalau nak diikutkan,itulah sinetron Indonesia yang dia paling nantikan setiap minggu.Tapi disebabkan kehadiran Farish Iskandar yang asyik bertenggek disebelahnya dari pagi tadi telah membuatkan dia hilang mood untuk menontonnya.Apa yang dia lihat semuanya kosong belaka.Segala tingkah laku Farish Iskandar sentiasa diawasi,mana tahu lelaki itu bertindak lebih dari yang sepatutnya,sempatla dia mempertahan dirinya jika lelaki itu mahu memperlakukan sesuatu terhadapnya.
Isy...!Orang tua ni tak reti nak balik ke?Rengusnya geram dalam hati.
“Nia...”Tiba-tiba Farish Iskandar bersuara dan cuba merangkul bahu Dania,tetapi gadis itu sempat melompat turun dari sofa.
“Hah!Awak jangan cuba berani nak sentuh-sentuh saya,saya tampar kang?”Dania berdiri tegak dihadapan suaminya sambil tangan kanannya sudah terangkat untuk bertindak.
Farish Iskandar melopong seketika sebelum ketawa terbahak-bahak.Dia lucu bila melihat lagak isterinya yang tak ubah macam seorang gentar tapi pura-pura berani.Dia tersenyum lagi lalu berdiri dan ingin mendekati Dania.
Kalut dibuatnya bila Farish Iskandar semakin mara dengannya.Setapak dia berundur,dua tapak lelaki itu mara kepadanya.Fikirannya jadi tak keruan,janganlah peristiwa yang berlaku di pejabat tempoh hari berulang disini.
“Awak jangan...awak ingat saya takut nak tampar awak!Saya betul-betul ni.”Sambungnya lagi dalam nada teragak-agak.
“Awak sanggup tampar suami awak sendiri?”Ujar Farish Iskandar saja ingin menduga.
Cis!Suami konon.
Melihat suaminya yang tidak gentar dengan ugutannya, Dania tiada pilihan melainkan dia sendiri yang bertindak.
“Argghh...”Dania menjerit kuat dan menolak tubuh sasa Farish Iskandar sekuat hati sehingga lelaki itu terdorong ke belakang dan terhenyak di atas sofa.
Niatnya ingin terus lari masuk ke dalam kamar tidur,tetapi lain pula yang jadi bila lelaki itu lebih pantas menangkap tubuhnya hingga dia terjatuh dalam pelukan suaminya.
“Ini yang saya suka ni.”Jawab Farish Iskandar lalu mengomoli tengkuk isterinya.
“Hey!Apa ni?Lepasla,lepas!”Jeritnya lantang sambil meronta-ronta minta dilepaskan.Dia benci setiap kali suaminya menyentuh tubuhnya.Dalam masa yang sama dia juga takut,takut pada peristiwa lampau bagaimana lelaki itu mengasarinya.
Nak taknak,akhirnya Farish Iskandar terpaksala melepaskan Dania.Jika tidak,makin menebala benci gadis itu padanya.
“Apa awak nak hah?Tak habis-habis menyusahkan hidup saya,tak boleh ke awak berambus je dari hidup saya ni?Hisy,bencila!”
“No!Permintaan sayang tu,abang tak dapat penuhi.Sampai bila-bila pun abang takkan lepaskan sayang,melainkan ajal yang menjemput.Tapi,salah ke abang nak bermanja dengan isteri abang sorang ni?”
Dania memalingkan wajahnya.Dia menunjukkan riak meluat dengan setiap ungkapan lelaki itu.
Boleh jalanla...Ungkapnya dalam hati.
“Sayang,dengar tak abang cakap ni?”Farish Iskandar cuba meraih tumpuan isterinya.
“Awak boleh tak jangan panggil saya sayang?Saya gelila dengar dari orang yang tak ikhlas dengan saya ni!”
“Apa sayang cakap ni?Abang buat semua ni ikhlas.”Farish Iskandar bingkas bangun dan cuba meraih tangan isterinya,tapi pantas ditepis Dania.Dia tidak senang duduk dengan situasi sekarang.
“Tak usahla awak nak pura-pura depan saya lagi.Saya dah serik dengan lakonan awak tu.Baik awak cakap terus-terang je la,apa yang awak nak dari saya?”
Farish Iskandar mengeluh lemah.Dia terduduk di atas sofa sambil meraup kasar wajahnya.Dia merenung lembut wajah isterinya yang nampak tegang ketika ini.
“Saya nak awak terima saya sebagai suami seadanya.”Tuturnya lemah sambil tertunduk merenumg lantai yang berkilau memantulkan semula wajahnya.
“Hah,terima awak sebagai suami?!”
Tiba-tiba Dania ketawa terbahak-bahak hingga terduduk dia disitu.Kenyataan yang diungkapkan suaminya lucu buatnya.Tak mungkin dia dapat menerima lelaki itu lagi.Hatinya sudah cukup terluka setiap perilaku lelaki itu terhadapnya dulu.Bukan saja batinya saja terseksa tetapi zahirnya juga.Tidak semena-mena dia menangis tereksa-eksa.
“Kenapa saya yang perlu terima awak,hah!Kenapa saya?Kenapa bukan Rina,gadis yang awak puja selama ni?!”Matanya merah saga.Air matanya terus turun membasahi pipi,itu sudah cukup untuk menggambarkan betapa terseksanya dia disebabkan satu nama itu.Gadis yang banyak kelebihan berbanding dirinya.
Farish semakin tidak keruan bila soal Rina diperkatakan.Dia tidak tahu apa yang harus dia katakan lagi.Ingin dipujuk isterinya,hati gadis itu sudah menjadi keras seperti batu.
“Awak tahu tak,hati saya sakit sangat bila terkenangkan awak dengan perempuan tu.Tiap-tiap hari saya nangis sebab awak tak boleh terima saya sebagai isteri awak.Awak sanggup halau saya dari rumah tu sebab nak jaga hati kekasih awak tu.Awak tak pernah kisah dengan perasaan saya ni.Awak...”Satu persatu kisah hatinya diceritakan buat lelaki yang telah menghancurkan hatinya itu.Farish Iskandar yang mendengarnya turut rasa bersalah.Air mata lelakinya turut tumpah.Betapa besarnya dosa dia terhadap isterinya.Betapa sukarnya kesalahan itu hendak dimaafkan Dania.Hati yang terluka tidak mudah untuk sembuh dengan hanya sekali ucapan maaf.
Dia turun menyamai kedudukkan dengan isterinya.Air mata masih turun bersama hinjutan bahu yang masih belum berhenti.Farish Iskandar mencapai tangan isterinya lalu dicium bertalu-talu.
“Maafkan abang...maafkan abang sayang.Abang tahu dah banyak dosa yang abang dah buat,abang tak boleh hidup tanpa sayang.”
Dania yang mendengarnya terkesan dengan ucapan maaf suaminya.Hatinya begitu mudah untuk memaafkan lelaki itu.Tanpa mengatakan apa-apa dia terus memeluk erat tubuh suaminya dan menangis semahu-mahunya.
Mereka berpelukan dan menangis mengenangkan masa lampau yang cukup pahit untuk dikenang.Mungkin selepas ini ada kisah bahagia yang bakal tercatit dalam diari kehidupan mereka.

P/s:Hai semua,maafla dah lama tak update blog.Sbenarnya sekarang ni tngah busy nak study untuk SPM...ni pun pendek je crita.Insyaallah...kalau ada masa lagi saya akan update blog ni.

Jangan lupa tinggalkan komen :)

7 ulasan:

  1. dah lama tggu cite ni...hope pasni, kisah bahagia dania plk...dah lama diorg menderita ni...

    BalasPadam
  2. lame tugu citer nie..
    x puas bace entry kali ni..
    please kasi pnjng lg..
    hope Dania bhgia lps nie..

    aRa

    BalasPadam
  3. knp pendek entry ni lame dah menunggu ni taw..
    cepat2 sambung k..=)

    BalasPadam
  4. thank you for the entry semoga lepas ni diorg berbaik

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...