Halaman

Followers

Selamat Datang

Salam buat semua pembaca dan pelawat blog saya.Di sini saya meminta supaya anda sudi membaca karya2 saya dan meninggalkan komen untuk kemajuan diri saya.Suka saya ingatkan,jangan sesekali meniru/Copy paste karya saya.Thank you... (Diriku bukan siapa-siapa)

Sabtu, 18 Ogos 2012

Jangan Pernah Sakiti Aku 11

Bab 11
ENCIK KARIM melangkah masuk ke dalam bangunan yang setinggi dua puluh tingkat yang tersergam indah ditengah-tengah ibu kota.Bibirnya mengukir senyuman kepada sesiapa saja yang lalu lalang disitu,termasuklah pekerja cleaner.Dia berlari-lari anak kearah lif apabila melihat pintu lif tersebut hendak tertutup.Dia sempat menahan pintu lif tersebut dari terus tertutup dengan tangannya.
             “Sorry.”Ucapnya perlahan kepada pengguna yang berada di dalamnya.
  Di dalam lif tidak ramai orang.Yang ada cuma dua orang pekerja lelaki dan seorang pekerja perempuan.Dia berdiri disebelah pekerja perempuan tersebut.Matanya lansung tidak memandang wajah itu.
             “Sihat dah?”Tanya Encik Karim.
  Haryani tersentak.Dia mengangkat muka memandang si empunya suara.Dia tersenyum manis kepada bosnya.Setelah beberapa hari tidak melihat wajah bosnya,rasa rindu pulak!Encik Karim seorang yang baik dan pemurah.Sebab itulah ramai pekerja senang dengan Encik Karim termasuklah dirinya.
            “Macam yang bos tengok sekaranglah.”Ujar Haryani.Tidak mahu Encik Karim tertunggu-tunggu akan jawapannya.
            “Hmm,nampak macam tak okay je?Awak dah betul-betul sihat ke?”Soal Encik Karim sedikit gusar dengan Haryani.Jelas didepan matanya wajah itu kelihatan pucat dan tidak bermaya.
  Haryani tersenyum kelat.Tidak tahu apa yang harus dia katakana lagi.Memang benar apa yang dikatakan oleh bosnya,dia masih belum sihat,hatinya masih sakit dan berdarah.Tapi luka itu tidak dapat dilihat oleh orang lain,hanya dia seorang saja dapat merasainya.
  Ting!Tanda tingkat yang hendak dituju sudah sampai.Haryani menarik nafas lega,terlepas juga dia dari bosnya yang banyak soal ni.Dia melangkah keluarr dari lif,sebelum itu sempat juga Encik Karim memberi arahan kepadanya.
            “Hah,kejap lagi datang bilik saya.”Ujar Encik Karim.Selepas itu pintu lif tertutup rapat.
  Dia mengeluh.Baru aja nak terlepas,bosnya sudah memberi arahan.Malas betulla!Dia melangkah lemah ke bilik pejabatnya.Rakan-rakannya yang berselisih dengannya cuba menegur Haryani,tapi bila melihat sikap dingin gadis itu,mereka terus mengunci mulut mereka.Tidak berani.Mana tahu,angin tengah tak baik silap hari bulan kena marah percuma aja.
            “Kenapa dengan Yani tu?”Tanya salah seorang pekerja kepada Lia.
  Lia hanya menjungkitkan bahu,tanda dia sendiripun tidak tahu.Seingatnya,kali terakhir dia melihat Haryani ialah hari dia mengambil cuti hari itu.Selepas itu,dia tidak jumpa lansung dengan rakannya.Tambahan lagi Haryani menambah cuti kerana dia jatuh sakit tiba-tiba. Ketika itu,dia lihat mood rakannya baik-baik saja,tapi entah mengapa dia lihat rakannya murung saja hari ini.
            “Hai,kaukan rapat dengan dia,takanlah kau tak tahu.”
  Saliha sedikit kecewa.Baru saja dia ingin mencungkil cerita,sudah mendapat penamatnya.Saliha sangat dikenali dengan mulutnya yang banyak bergosip.Kadang-kadang sakit hati juga bila mendengarnya.
            “Ya la,memangla aku rapat dengan dia.Tapi takkanlah semua hal dia nak bagi tahu aku.Faham!Kalau kau nak tahu,kau pergilah tanya dia sendiri.Kau kan wartawan tak diikhtiraf!”Jawab Lia kasar.Bengang juga dengan minah seorang ini.Suka menyibuk tepi kain orang lain,kain sendiri tak mahu nak jaga.
   Selepas itu dia terus pergi meninggalkan Saliha terkulat-kulat.Padan muka!Menyibuk sangat.
            “Yani!”Ujar Lia teruja pagi itu.Dia gembira dapat berjumpa dengan rakan sekerjanya selepas beberapa hari tidak berjumpa.Rasa rindu untuk berbual dan bergurau senda dengannya.Tanpa pamitan dia terus mengambil tempat di depan Haryani.
  Haryani yang baru menghela nafas lega sedikit cuak dengan kehadiran Lia disitu.Tapi dia tetap membalas senyuman ikhlas rakannya.Senang sedikit hatinya melihat senyuman itu,sekurang-kurangnya berkurang sedikit beban yang ditanggungnya.
            “Hai Lia,hai baby!”Balas Haryani turut teruja.Walaupun banyak masalah yang menimpanya,dia masih ingatkan Lia sedang mengandung kini.Dia teruja bila menyebut tentang bayi,dia betul-betul inginkannya.Dia suka kanak-kanak.Dia harap suatu hari nanti dia juga akan mendapatkannya walaupun bukan bersama dengan insan yang dia cintai.
            “Hah!Baby ni tanya,auntie di ni apa khabar?Lama tak jumpa.”Bicara Lia mewakili anak yang sedang dihamilinya.Itu cuma sekadar lawak pagi untuk menceriakan pagi mereka.
            “Auntie sihat je baby.Baby macam mana,mama kasi makan baby tak?”Balas Haryani turut membalas gurauan tersebut.Bibirnya tersenyum bahagia.Alangkah bagusnya jika dia yang berada di tempat Lia.
            “Hei…aku mak dia, of course la aku bagi.Hah,kau tu yang patut aku tanya,cukup makan ke tak?Kering semacam je.”
  Dia lansung tidak tersinggung dengan ujaran Lia.Bibirnya masih lagi tidak lekang dengan senyuman yang lebar.Boleh naik lenguh rahangnya jika berlama begitu.
            “Apsal aku pulak!Aku tengok okay je,mana ada kering.Cukup makan,cukup rehat,cukup gaji…hahaha.”Haryani ketawa.Baginya lucu tapi tidak bagi Lia.Wajahnya serius saja.
            “Ya la tu,aku tengok muka kau muram je dari tadi.Sampai aku nak tegur pun tak berani.Kau ada masalah ke?”Soal Lia bimbang.Mana tahu sebalik senyuman rakannya ada masalah yang menimpa.
            “Mana ada…aku okay je.Happy good lucky!”Tuturnya berpura-pura seolah tiada apa yang berlaku.Ikutkan hatinya nak saja dia luahkan apa yang dia rasakan sekarang.Dia ingin semua orang tahu,betapa terlukanya dia sekarang.
            “Betul?”Lia masih tidak yakin dengan jawapan Haryani.
            “Betulla sayang oii…dah la,aku nak jumpa bos kita sekarang.Kang dia tertunggu-tunggu pulak!”
  Haryani bangun sambil mencapai buku catatan hariannya.Kemudian dia terus meninggalkan Lia yang masih berada di dalam ruangannya.Dia tidak mahu memikirkan lelaki itu lagi,dia tidak mahu mendera hatinya lagi.Apa yang harus dia lakukan sekarang adalah memulakan hidup baru tanpa lelaki bernama Hariz.Dia harus kuat,dia harus tabah dan dia juga harus menerima hakikat yang Hariz bukan jodohnya,tapi lelaki itu buat sahabatnya,Ila.Biarlah apa yang terjadi,tidak akan sesekali dia kembali pada lelaki itu.Dia tidak mahu menjadi perampas kerana dia tahu bagaimana sakitnya.Dia redha jika itu takdirnya.Akan dia doakan kebahagian lelaki itu barsama Ila.Kata orang,kumbang bukannya satu.Mungkin jodohnya bersama insan lain,kemungkinan besar lelaki itu adalah Razman.Dia muncul ketika dirinya dalam kesedihan.
  Jika dia jodohku,akan ku terimanya seadanya…

AZIE duduk bertapa dihadapan bosnya.Kepalanya menunduk memandang jari-jari runcingnya.Dia bermain jari.Bos dihadapannya masih sibuk dengan kertas-kertas kerja,lansung tidak memandangnya.Cuma sesekali dia mengerling memandang pekerjanya bila mendengar keluhan demi keluhan yang lahir dari bibir gadis itu.Dia tersenyum mengejek.
  Isy,dia ni panggil aku,tapi taknak cakap pulak.Dah dekat 15 init aku depan dia,tapi sepatah perkataanpun dia tak cakap.Dah naik lenguh tengkok aku ni.Buang masa aku aja!
  Dia merungut dalam hati.Ikutkan hatinya,ingin saja dia ‘chau’ dari sini.Tapi memandangkan rasa hormatnya pada lelaki itu disabarkan hatinya yang tengah panas membara.
“Er...bos.”Ujar sedikit gugup.Dalam keadaan mereka berdua yang hanya membisu sejak tadi membuatkan Azie sedikit mengelabah.Tiba-tiba aja nak buka mulut!
  Arian masih buat endah tidak endah.Matanya masih memamdang kertas dihadapannya lansung tidak memandang wajah Azie yang merona merah menahan marah.Sabar Azie,sabar!
  Hai,dia ni...duk jual mahal pulak!Aku dah bermurah hati nak cakap dengan dia,dia buat dek aja.Apa dia ingat aku ni tunggul kayu ke?Kang aku blah dari sini baru tahu.
  Tanpa banyak bicara,Azie terus mengangkat punggung ingin meninggalkan bilik itu.Sebelum berlalu sempat juga dia merengus geram macam kuda.Tanda marahnya pada Arian.Tapi belum pun beberapa langkah,Arian pantas memintas.Dia berdiri betul-betul dihadapan Azie sambil tangannya memegang lengan gadis itu.
  Azie jelas terkejut.Dia merentap kasar tangannya,tidak ingin disentuh lelaki playboy macam bosnya itu.Matanya tajam merenung Arian.Eh,berani betulla Azie ni.Ada ke patut dia pandang bos dia macam tu?Sekarang ni siapa yang tuan,siapa yang kuli.
“Apa ni?”
Marah Azie.Amboi,garangnya!
  Arian hanya tersenyum sinis.Dia mengangkat kedua belah tangannya,tanda dia memohon maaf.Matanya ralit memandang Azie yang sedang menggosok-gosok bahagian yang dia sentuh sebentar tadi.Macamlah kotor.
            “Kenapa tak datang ofis?”Soal Arian.
            “Hah?”
  Azie tidak mendengar pertanyaan bosnya sebentar tadi.
            “Saya tanya,kenapa tak datang ofis kemarin?”
  Arian berjalan menghampiri Azie.Didekatkan tubuhnya dengan Azie.Hah,dah mula dah tu.Nak menggoda si Azie ni.Tapi jangan haraplah dia nak dekat kau.Dahla kasanova nombor satu Malaysia,siapa nak?
  Siapa suruh kau tunggu aku,aku tak suruh pun.Menyibuk je!
“Kenapa marah sangat hari tu?saya kol pun awak marah.”Soal Arian lagi.
  Hah?Bila masa pulak dia kol?Setahu aku takdak sapa-sapa pun.Lagipun aku manala ada nombor handphone dia.Tapi yang peliknya macam mana dia dapat nombor aku.
            “Bila bos kol saya?Tak tahu pun.”
  Azie menjarakkan sedikit tubuhnya dari Arian.Sakit hidungnya bila minyak wangian lelaki itu menusuk hidung.
            “Encik,sebenarnya encik ni siapa?Saya kenal ke?Kalau saya taknak pergi kerjapun,bukannya urusan encik.Faham?”Arian mengulangngi bait-bait kata Azie tempoh hari.
  Azie terlopong.Mulutnya sedikit ternganga.Mungkin dia tidak menyangka bahawa bosnya yang telah menghubunginya tempoh hari.Bulat matanya memadang Arian.Terkejut!
  Hah?Maknanya,lelaki gila hari tu...bos.Alamak!habis aku....habis.Wajahnya berkerut-kerut.Dah macam orang tua.
            “Sorry.Saya ingatkan siapa hari tu,sebab tulah saya marah.”Ucap Azie perlahan.Kalau boleh,dia tidak mahu Arian mendengar ucapan maafnya.Malu!
            “Apa?Apa awak kata tadi,tak dengarlah.”
  Isy...dia ni pekak bin badak ke?
            “Saya minta maaf.”Ucapnya lagi dalam bahasa melayu.
            “Kalau saya taknak,macam mana?”
  Arian ketawa.Seronok bila dapat mengenakan Azie.
  Dia ni banyak akal betulla.Kalau dia taknak maafkan aku macam mana?Mesti aku kena pecat.Arghh,nak makan apa aku nanti.Matilah aku!Huhuhu,kesiankanla saya ni bos.Dia merayu,tapi hanya dalam hati yang terluah.
            “Okay-okay.Kalau awak nak saya maafkan awak.Kejap lagi waktu lunch,awak kena temankan saya pergi makan.No excuse lagi.Faham!”Ujar Arian tegas membari arahan pada Azie.
  Azie terdiam.Dia memikirkan semula kata-kata lelaki itu.Baik dia pergi aja,dari dia kena pecat.Akhirnya Azie hanya anggukan kepalanya.Kemudian barulah Arian melepaskan Azie pergi meninggalkan ruang pejabatnya.
  Dalam hatinya sudah berbunga riang.Fikirannya memikirkan sesuatu rancangan yang ingin dia laksanakan.Entahla rancangan jahat ke baik.Tapi harap-harap baiklah.

“APA dia buat dekat sini ni?”
  Haryani mengeluh kasar.Dari jauh dia melihat Hariz sedang berdiri sambil menyandarkan tubuh di kereta BMW Sport miliknya.Nampak tenang dan bergaya.Berkerut dahinya melihat Hariz.Apa yang dia hendak lakukan sekarang?Lelaki itu betul-betul berada di depan bangunan tempatnya bekerja.
  Isy,orang tua ni.Buat apa tau datang sini?Ni mesti nak cari aku.Ya la,mana taknya dia berjiwa kacau,kalau message dan panggilannya lansung tidak aku balas.Isy,ni yang susah ni.Dahla aku tengah lapar,time aku nak keluar,masa tu jugakla dia nak datang.Menyusahkan betulla!
  Perlahan-lahan dia berpatah balik semula kearah lif.Tidak mahu lelaki itu perasankan kelibatnya disitu.Haryani masih belum bersedia berdepan dengan Hariz.Dia takut hatinya yang masih belum kuat akan mudah cair pada lelaki itu dan akan menyebabkan segala tekadnya hanya sia-sia.
            “Yani!”Laung Lia apabila pintu lif terbuka.Dia ingin meluru masuk ke dalam,tetapi dihalang oleh tangan Lia.Dia pasti Hariz mendengarnya.
            “Wei,tak payahla kalut sangat.Lagipun kau baru je nak keluarkan?Jom la join kitorang.”Lia pantas menarik lengan Haryani dan mengheretnya turut serta bersama rakan-rakannya yang lain.
  Dia dapat melihat Hariz sedang menuju kearahnya.Mereka semakin dekat,dekat dan dekat.Haryani berdebar-debar tak tentu arah,rasa nak tercabut jantungnya sekarang.Dia ingin berambus dari situ,tetapi keadaan tangannya yang masih dalam genggaman tangan rakannya membuatkan dia tidak mampu bergerak.
“Er…Yani.”Tutur Hariz sedikit gugup bila melihat gadis itu bersama kumpulan gadis-gadis yang lain.Dia malu.
“Hah Yani,Hariz pun dah datang.So,kau ikut dia je la.Mesti korang nak bercenkeramakan…hahaha.”Lia ketawa dan rakan-rakannya yang lain ketawa terbahak-bahak mendengar usikkan itu.
  Wajahnya merona merah,terus dia tundukkan kepala.Malu dilihat orang.Hariz turut begitu,malu pada rakan-rakan Haryani.Lantas dia menarik tangan gadis kesayangannya supaya ke tempat yang lebih tersorok,tapi tangan yang sebelah lagi masih bersama Lia.Dia mengenggam kemas tangan rakannya,dia tidak mahu melepaskannya.Dia tidak ingin mengikut lelaki itu.Dia takut.
            “Isy,kau ni Yani.Macam budak-budakla,okayla kitorang pergi dulu.”Lia terpaksa merungkai sendiri genggaman itu.Lepas saja ujaran itu,mereka terus meninggalkan dirinya bersama Hariz.Haryani sedih,rasa nak saja dia menjerit.
            “Jom,kita pergi lunch sama.Dah lama kita tak jumpa,Iz rindu sangat.”Dia manarik tangan Haryani supaya menurutinya.Tapi gadis itu tidak berginjak,kepalanya masih menunduk menyembunyikan wajah muramnya.Hariz hairan.
            “Apa tujuan awak datang cari saya ke sini?Ada hal penting ke nak cakap?”Tanya dia masih menunduk.Dia tidak mahu bertentang mata dengan Hariz.Dia tahu dia akan mudah lemah bila berkeadaan begitu.
            “Ya sayang,penting sangat!Ini tentang masa depan saya dan awak.”Ujar Hariz teruja.Dia sudah tidak sabar untuk memberitahu perkara yang pasti membuatkan gadis kesayangannya tersenyum lebar dan gembira.
  Haryani terkedu seketika.Matanya sudah terasa panas.Dia ingin menangis,pasti Hariz ingin memberitahu tentang perkahwinannya dengan Ila.Dia masih belum bersedia mendengar kata putus yang bakal keluar dari bibir lelaki yang masih ada di hatinya.Sebetul-betulnya dia masih belum bersedia dan tidak akan pernah bersedia untuk mendengar ucapan itu.Tetapi dia harus mendengarnya juga nanti.Tapi sementara waktu ini dia harus diberi masa menenangkan hati yang sedang bergelora.
            “Boleh tak awak beritahu nanti je.”Perlahan-lahan dia mengangkat muka.
  Hariz terkejut bila terpandangkan butir-butir mutiara mengalir keluar.Pantas tangannya mengesat air mata tersebut.Dia betul-betul tidak sanggup melihatnya.Baginya gadis itu begitu berharga baginya untuk mengeluarkan sebutir air mata sekalipun.
            “Kenapa ni?Kenapa nangis,apa yang dah berlaku?”
  Haryani pantas menggeleng.Dia tidak mahu lelaki itu mengesyaki apa-apa.Dia takut lelaki itu akan mengatakannya lemah.Pasti dia yang akan ditertawakan Hariz.
            “Tak dak apa-apa.Boleh tak awak bagi tahu lain kali je,er…saya lapar sekarang ni.Nak makan.”Tuturnya sedikit gugup.
            “Hmm,okayla.Tapi sekarang ni jom kita lunch sama.Yani lapar,Iz  pun lapar…”
  Mereka berjalan beriringan.Dia rasa bersalah sangat,sepatutnya dia tidak patut bersama Hariz sekarang.Dia harus berterus terang pada lelaki itu yang dia tidak mahu diperlakukan seperti tadi.Masih ada yang lebih layak darinya iaitu Ila.

“ARRGH....”Azie menjerit lantang.
  Tangannya ligat menumbuk-numbuk stereng kereta.Wajahnya merah seperti udang bakar.Dadanya turun naik menahan marah yang kemuncak.Nafasnya pulak tidak teratur,sekejap perlahan,sekejap kuat.Hai,marah sangat nampaknya!Apa kes pulak dia ni?
            “Bodoh,bodoh,bodoh!Eeee,geramnya aku!Nak je aku tumbuk muka kau tu.Ingat hensem sangat ke?Dah hidung tak mancung,pipi tersorong-sorong.Huh!”
  Azie merengus geram.Dia mengurut dadanya.Dia menarik nafas beberapa kali untuk menghilangkan rasa marahnya.Tangannya mengenggam erat stereng kereta.Sabar Azie,sabar!Dah nampak macam gensterla pulak.
            “Hmm,terima kasih bos,sebab belanja saya makan.”Ucap Azie jujur.
  Azie tersenyum senang.Lega hatinya apabila Encik Aryan sudi membelanjanya hari ini.Jimat duit belanjanya.Dihadapannya terhidang sepinggan Nasi Daging Merah dan segelas jus tembikai.Nampak menyelerakan.Perutnya sudah berbunyi minta diisi.Tidak sabar dia ingin merasa makanan yang baru ingin dicubanya.Tapi,belum pun sempat makanan menyentuh bibirnya,Encik Aryan pantas memintas dengan memegang tangan Azie.
  Hampir saja sudu tersebut terlepas dari tangannya.Berdebar tak tentu arah jantungnya,dah macam nak tercabut!
            “Awak suapkan saya.”Ujar Encik Aryan sambil tersenyum menggoda.
            “Apa?”
  Azie terjerit kecil.Terkejut dengan permintaan bosnya.Dia cepat-cepat menekup mulutnya dengan tangan.Dah gila ke apa Aryan ni?Nak suruh minah gangster ni suapkan dia.Eeee,gelinya.Miang betulla laki ni.Hmm,kalau dah buaya tu,tetap buaya juga.
  Nak tak nak terpaksala Azie turutkan juga permintaan gila bosnya.Kalau tak,Encik Aryan menggugutnya untuk memberitahu semua orang yang mereka berdua mempunyai hubungan istimewa.Sedangkan tidak!Pucat lesi wajahnya ketika menyuap bosnya itu.Ikutkan hati,sekarang juga dia ingin membelasah bosnya itu.Tapi disabarkan hati yang panas mendidih!
  Dia benci!Benci dengan senyuman lelaki itu,menyakitkan hati betul.Dia ingat dengan melakukan semua itu,Azie akan jatuh dalam pelukkannya?Huh,jangan harap.Ni Aziela,hati keras macam batu,susah nak dicairkan.Hahaha...
            “Oh...kau nak main dengan aku ya?Baik.Takpa,kita tengok siapa yang menang,siapa yang kalah.Takpa,hari ni hari kau,esok hari aku pulak!Tahula aku macam nak ajar kau nanti.Hmm...”
  Azie tersenyum penuh makna sambil mengusap-usap dagunya yang tidak barjanggut itu.Di dalam fikirannya sedang merencana beberapa perancangan untuk lelaki yang telah memalukan dirinya.
  Kau tunggu Aryan,taula aku nak ajar kau nanti.Hahaha...
  Dia memasukkan gear dan keretanya mula bergerak di atas jalan raya.Kelihatan petang itu,banyak kereta.Maklumlah,orang baru balik kerja.Dia sudah tidak sabar hendak pulang ke rumah dan merancang rancangan jahat bersama kawan baiknya.Siapa lagi,kalau bukan Yani!



1 ulasan:

  1. suke dgn citer ni...br jumpa blog hehehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...