Followers

Jumaat, 4 Januari 2013

Jangan Pernah Sakiti Aku 15



Bab 15

ILA menguap sepuas-puasnya.Kemudian dia mengeliat hingga bunyi semua tulang-tulangnya.Azan subuh baru saja berkumandang.Dia bangun lalu berjalan menghampiri bilik suaminya yang bertentangan dengan biliknya.Masih gelap,pasti belum bangun.Memang sepanjang dia tinggal sebumbung dengan Hariz,mereka belum pernah seranjang.Lelaki itu dengan gaya hidupnya,manakala Ila turut begitu.Walaubagaimanapun,dia sebagai isteri tetap menjalankan tanggung jawabnya dengan menyediakan makan,minum dan pakaian lelaki itu.Dia tetap bahagia,walaupun Hariz bukan suami yang sempurna.Dia suka dengan layanan suaminya terhadap dia,penuh prihatin dan tanggungjawab.Walaupun kadang-kadang menyingung perasaannya tanpa disedari.

  Dia meluru masuk ke dalam bilik air dan membersihkan dirinya.Ila tidak mahu dirinya terlewat menyempurnakan kewajipannya pada suruhan Allah.Selepas itu,dia pula harus mengejutkan Hariz.Mana tahu suaminya masih belum terjaga.Niat hati ingin mengerjakan solat secara bersendirian seperti yang dia lakukan hari-hari yang lalu.Tapi,pagi ini dia terkejut bila Hariz tiba-tiba masuk ke dalam biliknya dengan siap berkain pelekat dan berbaju melayu.

            “Er…saya ingat awak tak bangun lagi.”Ucap Hariz sedikit gugup.Sangkanya Ila masih belum bangun bila melihat tiada cahaya yang menerangi bilik itu.Hariz ingin beredar dari situ,tapi pantas dihalang oleh isterinya.

            “Kita solat berjemaah.”Dia teringin sekali untuk solat berjemaah bersama Hariz.Sebelum ini,belum pernah mereka melakukan bersama.Dalam hati dia berharap sangat lelaki itu bersetuju.

  Pagi itu,buat pertama kalinya Hariz menjadi imam buat isterinya.Sungguh dia turut teruja.Tapi dia melakukan semua ini atas tanggungjawabnya terhadap Allah dan seorang suami.Selepas member salam,dia membacakan doa seperti yang dia lakukan setiap hari.Hatinya betul-betul terasa tenang sekarang.Betullah,satu-satunya cara untuk menenagkan diri dengan mendekatkan diri pada Allah.

  Ila syahdu,bila dia tunduk menyalami tangan Hariz dan tanpa dipinta lelaki itu mencium ubun-ubunnya.Ketika itu,apa yang dia rasakan adalah bahagia yang sebelum ini telah hilang sejak dia berkahwin dengan suaminya.Air mata menitis tanda kegembiraannya.Tapi dia lebih gembira bila lelaki itu pantas mengesat air matanya.Dia dapat rasakan,ada cinta terhadapnya di hati Hariz.

            “Terima kasih bang,sebab sudi jadi imam dan suami saya.Saya rasa bahagia sangat,walaupun…”Ila tidak dapat meneruskan kata-katanya.Dia sebak,bila mengenangkan hari perkahwinan mereka.

            “Abang nak minta maaf,sebab selama ini abang tak dapat jadi suami yang baik untuk Ila.Abang minta maaf…”Tanpa diduga dia memeluk erat tubuh isterinya.Rasa bersalah betul-betul menebal dihatinya.Memang dia akui,dia belum menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dengan sempurna.Masih ada cacat celanya lagi.

            “Tak,abang tak salahpun.Mungkin ini dah takdir kita.”Ila tidak menyalahkan suaminya atas apa yang sudah berlaku.Mungkin disebalik semua ini,ada hikmahnya.

  Pagi yang syahdu itu,betul-betul bermakna buatnya.Hatinya terasa tenang dan bahagia kala ini.Dia bersyukur,bila Hariz sudah dapat menerimanya dan berjanji akan menjadi suami yang baik untuknya.Alangkah baiknya,jika semua ini terjadi lebih awal dulu.Tidaklah,ada hati yang merana.Walauapapun,dia doakan kebahagian Haryani bersama Razman yang kelihatan mulai terjalin.



PON!PON!Bunyi hon kereta dihadapan rumah mengejutkan Azie dan Haryani pagi itu.Mereka berdua sedang bersarapan bersama sebelum ke pejabat.Azie hampir tersedak dibuatnya.

            “Wei,Yani.Kau pergi tengok kejap.Sapala yang buat bising depan rumah tu?”

  Dengan malasnya,Haryani bangun pergi melihat siapa tetamu mereka yang tidak diundang itu.Dalam hati,dia turut merungut dengan tetamu tersebut.Isy,pagi-pagi dah mengacau orang.Kalau datang bagi salam takpa juga,ni bagi hon!Nanti apa pulak kata jiran-jiran.Malu!

  Haryani keluar membuka pintu pagar yang sedia terkunci.Dia kurang kenal dengan kereta yang terpakir dihadapan rumahnya.Kereta BMW.Wow!Orang kaya manala datang pagi-pagi buta ni.Kalau Hariz,tak mungkin.Siapa ya?

            “Assalamualaikum,tumpang tanya ni rumah Azie ke?”Soal pemandu kereta tersebut sebaik saja keluar dari kereta itu.

            “Encik ni siapa?”Tanya Haryani meminta kepastian.Manala tahu,orang gila mana yang datang cari kawanya.Kang anaiya saja si Azie tu.

            “Saya Arian,bos dia.Azie ada tak?”

  Arian?Arian mana ya?Hatinya bertanya sendiri.Nama itu seperti pernah didengarinya.

“Yani,siapa tu?”Tiba-tiba muncul Azie dari dalam rumah.

  Tiba-tiba langkahny mati.Matanya terbungkam pada susuk tubuh lelaki itu.Bos!Dia buat apa dekat sini?Macam mana dia tau aku tinggal dekat sini?Pelbagai soalan menerjah kotak fikiran Azie tika itu.

            “Zie,kau kenal ke dengan dia ni?”Soal Haryani yang masih bingung melihat situasi mereka berdua.

  Si lelaki tersenyum,si perempuan bungkam.

  Azie pantas menarik tangan Haryani supaya dekat denganya.

            “Kalau kau nak tahu,dia la orang yang aku selalu story dekat kau.Arian!Bos aku!”Azie membisik ditelinga Haryani.

  Ketika itu,wajahnya panas membahang.Bukan marah,tapi malu.Dengan kejadian semalam,membuatkan dia tidak tidur lena malam tadi.Jantan ni tak malu ke?

            “What?!”Haryani hampir terjerit.Tapi mulutnya sempat ditutup dengan tangan Azie.

  Oh my God!Dia ke?Biar betul,gila hensem mamat ni.Beruntung Azie dapat dia.Tapi minah ni hati keras,semua jantan dia tolak.Nasib baikla Si Arian ni mat-mat bunga.Bolehla buat hati Azie ni cair.

            “Bos buat apa dekat sini?”Tanya Azie sedikit gugup.Bibirnya mengukir senyuman tidak ikhlas.

            “Jom,kita pergi ofis sama-sama.”Ajak Arian kembali kepada tujuan asal dia datang ke sini awal-awal pagi.

  Hah?Pergi ofis sama-sama.Wei,kau ni tak malu ke?Nanti apa pulak kata orang dekat ofis tu.Nanti diorang kata aku ni ada skandal pulak dengan bos.Isy,taknak aku.Aku lebih rela naik bas,bersesak dengan orang ramai untuk ke pejabat.Selamat pun selamat!

            “Takpala bos,saya pergi dengan kawan saya.”Azie sopan menuturkan kata-katanya.Tidak seperti yang difikirkan sebentar tadi.

            “Eh…takpa Azie,kau pergi je la dengan bos kau tu.”

  Haryani pantas menyampuk.Dia tidak mahu rakanya itu terlepas peluang untuk bersama dengan seorang lelaki.Lagi pun,sampai bila lagi Azie nak membujang.Dari pandanganya,Arian memang seorang lelaki yang sesuai dengan rakannya.Dari penceritaan Azie kepadanya,Arian ni memang boleh tahan dengan sikap Azie.Walaupun Arian seorang playboy,rasanya dengan kehadiran seorang perempuan pasti boleh mengubahnya.Tambahan lagi,dia sendiri yang datang mencari gadis itu.

  Azie menjegilkan matanya k arah Haryani.Marah dengan tindakan spontan gadis itu.

            “See Azie,awak punya kawan pun dah berikan kebenaran.So, tunggu apa lagi?”

  Arian gembira.Kali ini Azie pasti tiada pilihan melainkan gadis itu terpaksa naik kereta bersamanya.Dalam hati dia berterima kasih dengan rakan Azie.Kalau tak disebabkan dia,tentu Azie akan memberikan pelbagai alasan untuk mengelak darinya.

  Nak tak nak terpaksala Azie menurut kemahuan lelaki itu.Ikutkan hatinya yang marah,nak saja dia lumatkan wajah lelaki itu.Suka hati aja nak mengusung anak dara orang ke hulu ke hilir.Kang aku lepangkan muka dia ni,setahun bisu.

            “Ya la.”Ujar Azie akhirnya.Dia masuk semula ke dalam rumah dan keluar dengan membawa beg kerjanya.

  Dengan senang hati,Arian membuka pintu kereta dan mempersilakan Azie masuk ke dalam keretanya.Haryani hanya mampu melihat kereta mewah tersebut berlalu pergi.Dia mengeluh kecil.

  Untug kau Azie…



“ISY,awak ni ke situ pulak.Mana ada,takdak orang kacau saya pun.Sapala yang nak dekat saya ni?”Haryani tertawa manja.Fonselnya masih terlekap di telinga.Suara garau seseorang menerjah masuk telingannya.Razman sedang berada ditalian.

            “Ya la tu…takkanla takdak sorang lelakipun yang kacau awak.Mentang-mentangla saya takdak dekat sini.”

  Sudah dia ketahui,yang lelaki itu sekarang berada di Vietnam kerana terpaksa menguruskan satu projek pembinaan jalan di sana.Lelaki itu akan berada di sana selama 3 bulan,pasti dia akan merindui lelaki itu.

            “Dahla…dah lama sangat ni.Nanti habis pulak kredit awak.”Haryani sudah kepenatan.Dia ingin mengundur diri.Lagipun dia tidak ingin menganggu lelaki itu,pasti dia sedang sibuk.

  Razman mengeluh kecewa.Baru saja dia ingin bergurau senda dengan gadis itu,tetapi sudah ‘dihalau’.Dia rindu untuk mendengar suara gadis itu,walaupun baru semalam dia menghubungi Haryani.Duduk diperantauan,membuatkan rindunya semakin membuak-buak untuk gadis itu.Ingin saja dia melihat wajah Haryani ketika ini.Tapi jarak yang beribu batu ini telah memisahkan mereka.

            “Takpa la,orang dah tak sudi.Tak boleh dipaksa.”Razman pura-pura merajuk.Apa salahnya kalau sekali-sekala dia ingin bermanja dengan kekasihnya.Dia juga ingin rasa dilayan sebagai kekasih yang sepatutnya.

            “Mana ada…takpala,lain kali awak call la saya.Lagipun mahalkan panggilan luar negara.”Haryani memujuk.Dia tidak mahu lelaki itu merasa yang dia hanyalah mempermainkan perasaan lelaki itu.

  Perbualan mereka hari itu berakhir disitu.Sudah seminggu lelaki itu pergi,tapi hatinya tiada rasa rindu terhadap lelaki itu?Berlainan dengan Razman,hamper setiap hari lelaki itu akan menghubunginya.Bila ditanya mengapa,dia akan jawab rindu pada Haryani.Haryani merasa bersalah pada Razman.Tiada lansung niatnya untuk mempermainkan lelaki itu,cuma mungkin hatinya saja yang belum dapat menerima kehadiran insan lain dalam hidupnya.

            “Yani!Hariz datang?”Tiba-tiba muncul wajah Sara diambang pintu biliknya.

  Dia mengeluh berat.Tiap-tiap hari dia terpaksa menghadap wajah lelaki itu.Mana taknya,setiap pagi,setiap petang dan setiap malam pasti wajah Hariz yang akan muncul.Pening kepalanya memikirkan hal ini.Apa lagi yang lelaki itu ingin padanya?Sudah dia tegaskan pada Hariz,tidak akan sesekali dia akan kembali pada lelaki itu.Lagipun dia tidak ingin menyakiti hati Ila.Pertemuan mereka tempoh hari,jelas menunjukkan sahabatnya sedang berbahagia.Haryani tidak ingin merampas kebahagian itu,kerana dia pernah merasa bertapa sakitnya hati ini bila bahagia yang ingin digapai dirampas tiba-tiba.

            “Dia nak apa?”

            “Macam biasa la Yani…nak jumpa kau.”Jawab Sara selamba.Dia sudah lali dengan lelaki bernama Hariz.Bukannya dia tidak kenal dengan lelaki itu.Degil,keras kepala,tak faham bahasa dan lain-lain lagila gelaran.Dia pernah melihat sendiri Haryani memarahi Hariz kerana sering menganggunya,tapi lelaki itu buak dek aja.Kadang-kadang sakit hati juga bila melihatnya.

            “Hisy…tak faham bahasa ke dia ni!”Haryani merengus geram sambil pergi bertemu Hariz di luar rumahnya.

            “Hah!Apa lagi yang awak nak?Tak faham-faham bahasa ke apa yang saya cakap sebelum ni?”Marah dia sewaktu bertemu muka dengan lelaki itu.Sakit hatinya bila melihat wajah lelaki itu.

            “Yani,kia berbincang dulu.”Rayu Hariz lemah.

  Hah!Itulah ayat yang selalu dia dengar.Dah macam takdak perkara lain yang ingin disebut.Berbincang,berbaik,berbincang,berbaik.Apa dia ingat,luka dihati ni dapat diubati dengan air liur aja ke?Dia perlu mengambil masa yang lama.

            “Iz,dah berapa kali saya cakap.Saya tetap dengan keputusan saya.”Haryani tidak sampai hati ingin berkasar dengan lelaki itu.Jelas dimatanya,wajah lelaki itu sungguh teruk.Bagaikan terseksa dengan perpisahan ini.

            “Tolonglah Yani...bagila saya peluang kedua.”Hariz tidak putus-asa.Biar dia terpaksa berlutut didepan Haryani pun takpa,dia sudah tidak kisah asalkan gadis itu kembali padanya.

            “Dahla,awak balik la rumah.Mesti Ila tengah tunggu awak,kesian dia.Lagipun dah lewat petang ni.”

  Hariz memejam rapat matanya.Megapa keras benar hati Haryani sekarang?

            “Baik!Kalau itu yang awak mahu.Tapi awak jangan menyesal Yani,kalau ada perkara buruk yang berlaku pada awak.”Keras suara Hariz memberi amaran.Wajahnya yang tadi sayu berubah bengis.

  Perkara buruk?Apa yang akan terjadi?Apa yang dia cuba katakan sebenarnya?Dia tertanya-tanya sendiri.Hampir setiap kali Hariz akan memberi amarannya sebegini.Dia tidak faham dengan sikap lelaki itu sekarang.Sekejap menjadi seorang yang lembut dan penyayang,kadang-kadang berubah menjadi bengis.Takut dilihatnya.Apakah Hariz sudah gila?Oh,tidak...

  Hariz sudah tidak menghiraukan pandangan gadis itu padanya.Lantas enjin kereta dihidupkan lalu dia memecut meninggalkan kawasan perumahan itu.Hatinya sudah penuh dengan sakit hati dan dendam.Tega Haryani menolaknya hanya kerana lelaki lain.Ah...dendam hati harus dibalas,biar gadis itu rasa bagaimana merananya dia sekarang.

  Sampai hati awak Yani!

  Haryani termangu-mangu.Dia hanya mampu melihat kereta itu pergi dari situ.Tidak pula dia menghalang.Perasaannya betul-betul keliru.Haruskan dia menerima Hariz kembali dan melukai dua hati?Ataupun hanya membiarkan satu jiwa yang merana.Arghh...kelirunya hidup ni.Kenapa semua ini terjadi dalam hidupnya?

1 ulasan:

  1. saya lebih suka pada watak azie dan arian daripada haryani dan hariz

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...