Halaman

Followers

Welcome to My Blog

Assalammualaikum pembaca semua, Saya Hayati penulis kecil dan pemilik content di blog ini. Saya harap pembaca semua boleh support my karya dengan meninggalkan komen. Saya akan memperbaiki kelemahan saya dari masa ke semasa. Thank you with love.

Selasa, 25 September 2018

Sinopsis CINTA SUCI


Sinopsis CINTA SUCI




Hana, dia lansung tidak menyangka hari perkahwinannya bertukar menjadi peristiwa besar yang dia tidak rancangkan. Menikahi lelaki itu bukanlah keinginannya, perkahwinan yang pada mulanya dia tidak redhai menjadi hal yang paling indah kemudianya. Tetapi mengapa setelah mengenal suaminya segalanya terasa begitu menyesakkan.

Daniel Hakimi, baginya perkahwinanya bersama Hana merupakan pintu untuknya melarikan diri dari penjodohan yang dibuat oleh mamanya dan mendapatkan pengganti arwah Aisya sebagai posisi ibu kepada anaknya Luqman Hakim. Tetapi dia bukanlah lelaki kejam yang akan mengabaikan isterinya, tapi sebaliknya dia menerima Hana dengan hati yang terbuka.

Alif, perginya bukan dengan sengaja. Tragedi yang terjadi menyebabkan hubungan yang terbina terlerai begitu saja.

Ahad, 23 September 2018

CINTA SUCI : 1

Assalmmualaikum dan Hai semua. Dah bertahun tak update blog, hari ni sengaja datang jenguk blog dan Fb. Dan sengaja nak update, but don't worry.... Saya datang bersama kisah baru. Saya harap pembaca semua dapat memberi sedikit ruang untuk membaca dan support for this story.

Maaf, tapi untuk Novel Perangkap Cinta dan Jangan Pernah Sakiti Aku saya tak dapat update lagi. Novel Jangan Pernah Sakiti Aku dalam proses mengemas kini, saya harap para pembaca dapat bersabar sikit saja lagi.

Dalam masa yang sama, saya mohon pembaca dapat mendoakan segala kelancaran dan dipermudahkan segala urusan. Bukan mudah rasanya nak mulakan balik penulisan dengan kenkangan masa.

Saya juga dalam usaha untuk fix kan jadual penulisan dan update blog supaya anda semua tidak tertunggu-tunggu lagi. Saya harap dapatlah update 2 kali seminggu lepas ni.

Apa2 pun doakan saya tau!!!! Any comment boleh tinggalkan di bawah atau email saya mnurulhayati@yahoo.com.

Selamat membaca =)


Bab Satu

5 tahun lepas…
“Wah,untunglah kau Aisya,bakal suami kau hensem gila!”Ucap Hana lalu melabuhkan punggung di sebelah temannya yang sudah dihias cantik.
            Aisya tersipu malu,dia sendiri belum melihat wajah bakal suaminya.Sebentar lagi penikahannya akan berlangsung.
            “Janganlah cakap kuat-kuat,aku malulah.”
            “Haisy,kau nak malu apa?Kejap lagipun  dia dah nak jadi suami kau.Sepatutnya kau bangga tau sebab dapat laki hensem macam tu.”
            Hana tersenyum,sebentar tadi dia sudahpun melihat lelaki yang bernama Daniel.Memang bakal suami temannya itu mempunyai paras rupa yang menarik dan bentuk badan yang boleh membuatkan ramai perempuan tergilakannya.
            “Dah la,kau puji-puji laki aku ni ,habis kau tu bila lagi?”
            Hana sengih.Memang dia belum mempunyai calon untuk dijadikan suami,bukan dia tidak mahu bernikah,tapi tulah disebabkan sikapnya yang agak kasar ini ramai lelaki yang sering menghindar darinya.
            “Alah,aku baru masuk 24 tahun la Aisya.Muda lagi.”Jawabnya perlahan.
            “Muda apanya,kawan-kawan kita semua dah kahwin,kejap lagi aku pulak!Layaknya kita dah jadi mak orang tau tak?”
            Isy,ni yang malas aku nak cakap.Kau takpalah Aisya,mak kau tak memilih.Tapi mak aku semuanya dia nak yang perfect,mana aku nak cari?Tu pun nasib baik dia tolak pinangan Daniel dulu,kalau tak dah lama aku kahwin dengan dia. Kang melepas kau…”
            Aisya ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya.Dia teringatkan peristiwa sebulan yang lepas,kalau tidak kerana Daniel berbohong pasal kerjayanya,pasti Hana dah kahwin dengan lelaki yang akan menjadi suaminya sebentar lagi.Daniel merupakan seorang ahli koprat dari Kuala Lumpur,turun ke kampungnya semata-mata ingin mencari calon isteri.Orang pertama dia jumpa adalah Makcik Temah,ibu Hana.Memang pada mulanya dia berniat ingin menyunting Hana sebagai suri hatinya,sengaja Daniel menyamar sebagai pekerja kilang,tetapi disebabkan itu jugalah Makcik Temah menolak.Katanya dia tidak layak pada Hana yang bekerja sebagai arkitek.
            Kemudian Daniel datang pula bertemu dengan ibunya,Makcik Senah,kerana ibunya ini jenis orangnya mudah dan tidak memilih,lantas pinangan Daniel diterima.Mujurlah Daniel ini seorang yang baik.Dia tahu Daniel sengaja tidak mahu mendedahkan kekayaan yang dimilikkinya,lelaki itu mahu mencari isteri yang benar-benar ikhlas dengannya bukan sebab harta.
            “Dah sedia?”Tiba-tiba satu suara datang menegur.Kepala Makcik Senah terjegul di pintu bilik.
            “Mak cik,Aisya memang dah ready dari tadi.Diapun dah tak sabar nak kahwin,betul tak Aisya?”Hana menghampiri Makcik Senah lalu memaut lengan.Dia berdiri di samping Makcik Senah.
            Aisya tersipu malu.Segera dia bangun.Mungkin dah tiba waktunya.


Hana menutup album lamanya lalu disimpan di dalam laci.Dia tersenyum sendiri sambil memandang wajahnya pada pantulan cermin.Sebentar lagi dia akan diijab kabulkan dengan lelaki pilihan hatinya,3 tahun mereka bercinta akhirnya mereka dapat bersama juga.Hana mengharapkan kehadiran Aisya,sahabat baiknya.Tapi dia tahu hal itu mungkin tidak akan terjadi,Aisya sudah 3 tahun meninggal setelah melahirkan anak sulungnya bersama Daniel.Sebagai menghormati hubungan rapatnya bersama Aisya,Daniel datang bersama anaknya Luqman Hakim.
            Aku dah nak kahwin Aisya,dulu kau teringin nak tengok aku naik pelamin.Tapi takpa,ada Dani dan Luqman tolong tengokkan untuk kau.Bisik hatinya gembira.
            Hana berdebar menanti kehadiran pengantin lelaki.Dia memegang telefon berjenama Samsung miliknya,dia ternanti-nanti panggilan dari bakal suaminya,Alif.Jam sudah menginjak angka 12 tengah hari,sepatutnya kelurga Alif sudah tiba,kerana akad nikah hanya akan berlangsung dalam beberapa minit saja lagi.Hana resah.Mundar mandir dia di dalam bilik sambil mendail nombor Alif.
            ‘Alif,mana awak ni?Kenapa lambat sangat?’Hatinya bermonolog resah.
            “Hana?”Tegur makcik Temah.
            “Ibu,Alif sampai tak lagi?”Soal Hana lalu menghampiri ibunya.
            Pintu bilik ditutup rapat.Dalam bilik itu cuma mereka berdua saja berada.
            “Belum.Mana diorang ni Hana?Kejap lagi majlis dah nak mula,tok imam pun dah sampai tu.”Ujar makcik Temah yang turut resah.Tetamu-tetamu yang hadir juga sudah mulai bising,bertanyakan bakal menantu yang belum juga datang.
            Hana berdiri.Sekali dia menghubungi Alif,tapi tidak dapat disambungkan.Kemudian dia menghubungi Puan Milah,ibu Alif juga tidak dapat.Ya Allah,mana Alif ni?Sedang dia godek-godek telefon bimbitnya,tiba-tiba dia mendapat panggilan dari ayah Alif,Encik Kasim.Segera dia menjawabnya.
            “Asssalammualaikum pakcik.Pakcik kat mana ni?”Tanya Hana terus.Dia bimbang jika berlalu sesuatu pada mereka.
            “Waalaikumussalam,Hana…”Suara Encik Kasim kedengaran sebak.Suaranya tersekat-sekat dan tertahan.
            “Ya pakcik,ada apa-apa yang berlaku ke?”Soal Hana yang mulai kalut.Hatinya tiba-tiba berdetak kencang,seolah-olah ada sesuatu yang buruk berlaku.
            “Hana,pakcik minta maaf.Majlis nikah terpaksa dibatalkan,kami sekeluarga tak dapat datang.Alif minta maaf,dia…dia tak dapat nak teruskan.”Encik Kasim berhenti di situ.
            Hana terpana,dia jatuh terduduk di atas lantai.Telefon bimbitnya turut terlepas dari genggaman,tubuhnya juga terketar-ketar.Tanpa kata Hana menangis kuat.Air matanya deras turun membasahi pipi,habis mascara yang dipakaianya turut cair.Makcik Temah yang melihatnya segera mendapatkan Hana,dia memegang  bahu Hana sambil meminta penjelasan.
            “Kenapa ni Hana?Kenapa?Kenapa dengan Alif?”Soal Makcik Temah bertalu-talu.Wajah tuanya menggambarkan hatinya turut bimbang dan gusar.
            “Alif,dia…dia tak jadi kahwin dengan Hana.”Ujar Hana tersekat-sekat.Dia tersedu-sedan bersama air mata yang masih turun.Segera dia peluk tubuh ibunya,menggogoi seperti anak kecil.
            “Ya Allah…kenapa jadi macam ni Hana?”
            Hana hanya mampu menggeleng,dia sendiri tidak tahu mengapa Alif sanggup membatalkan pernikahan mereka disaat akhir.Dia pandang wajah Makcik Temah,dia kesiankan ibunya.Malu mereka jika majlis ini terpaksa dibatalkan tiba-tiba.Tapi apakan dayanya,Alif tidak akan muncul hari ni.
            Makcik Temah berdiri sambil matanya memandang ke arah luar rumah melalui tingkap,kelihatan tetamu yang hadir semakin ramai.Hatinya gundah dan gelisah,malunya dia jika majlis ini dibatalkan,apatah lagi majlis perkahwinan anaknya ini diadakan secara besar-besaran.
            ‘Malu aku kalau anak aku tak jadi kahwin.Apa nak buat ni?’Makcik Temah diam sebentar,kemudian tanpa kata-kata dia keluar meninggalkan Hana.
            Selepas ibunya keluar Hana menangis sepuas-puasnya,wajahnya comot dengan mekap yang sudah rosak.
            “Ibu,maafkan Hana.Alif,kenapa buat Hana macam ni?”Dia bermonolog sendiri.


“Senah!”Panggil Makcik Temah yang sedang berada di ruang tamu.Dia menggamit temannya supaya datang dekat dengannya.
            “Hah,apa halnya Temah?Mana Hana?”
            Tanpa dipinta Macik Temah menarik tangan jirannya masuk ke dalam bilik Hana.
            “Eh,Hana?Kenapa ni?”soalnya lalu merapati tubuh Hana.Tangan tuanya mengusap belakang Hana yang masih belum reda dari tangis.Kemudian dia pandang wajah Makcik Temah meminta penjelasan.Makcik Senah turut terkejut.
            “Malu aku Nah,Alif tunang Hana tiba-tiba taknak kahwin pulak.Tu pasal Hana nangis macam orang mati laki.”Ujar Makcik Temah kuat.Dia terduduk di atas kerusi.Kepalanya runsing memikirkan masalah yang tidak diduga ini.Segala persiapan sudah dibuat,ikutkan hatinya dia tidak mahu batalkan majlis pernikahan ini.
            “Habis tu kau nak buat apa Mah?”
            Makcik Senah jelas terkejut.Dia pandang Hana dan Makcik Temah silih berganti.Kesian pada jirannya,dah la Hana satu-satunya anak Makcik Temah.Pasti temannya itu terpukul sangat.
            “Tu la pasal,aku nak minta tolong kau.Aku kalau boleh taknak batalkan majlis ni.Hmm…kalau boleh aku nak kau tanyakan si Daniel tu.Sudi tak nikah dengan Hana?”Entah tiba-tiba muncul idea itu dalam fikirannya.Daniel duda anak satu itu masih belum berpunya.
            Soalan makcik Temah meluruhkan jantung Hana,pantas dia menoleh memandang wajah ibunya.Tak!Tak mungkin dia kahwin dengan lelaki itu.Dia tak cintakan Daniel,dalam hati dia masih harapkan Alif sebagai suaminya.Lagipun Daniel adalah suami sahabat baiknya,mana mungkin dia merampas lelaki itu.
            “Ibu,apa ni?!Hana taknak.Kita batalkan aje majlis ni.”Ujarnya lalu mengesat air mata.
            “Kau gila Hana!Ibu taknak tanggung malu,dah la  duit banyak habis nak buat majlis ni,takkan batalkan macam tu aje.”Riak wajah Makcik Temah berubah,dah la hatinya masih marahkan Alif,sekarang ni pada Hana pula.Dia tak kira,Hana mahu ataupun tidak,kali ini Hana perlu ikut cakapnya.
            “Ibu…”Hana mula ingin membantah,dia berdiri menghadap Makcik Temah.Lantas tangan ibunya diraih dan dicium.
            “Ibu,tolonglah.Hana nak kahwin dengan Alif.Hana cintakan dia.”
            “Hana!Kau tak malu ke?Apa kata orang kampung nanti?Kau masih nak terima laki tu sebagai suami kau lepas apa dia dah buat?Dia malukan kita tahu tak?!Dia malukan aku!”Makcik Temah tidak mampu mengawal perasaan marahnya,hampir saja dia menengking anak tunggalnya ini.Bukan dia tak kesiankan Hana,tapi hatinya sakit sangat dengan perbuatan tunang anaknya itu.
            “Dah,dah la Temah.Jangan kau marahkan anak kau ni,dia tak salah.Yang salah tu Alif.”Makcik Temah cuba meredakan keadaan.Dia menggosok bahu temannya itu.
            “Macam mana Senah,boleh tak kau tolong aku ni?”Soalnya Makcik Temah masih berharap.Dia tiada pilihan lain selain memilih duda anak satu itu,hendak minta tolong orang lain dia tidak tahu siapa.Semua sepupu Hana sudahpun berkahwin.
            “Ya la,aku tanya dia dulu.Tapi aku tak berani nak janjilah,kau pun tahukan sejak Aisya meninggal mana dia mau cari ganti.”Ujar Makcik Senah akhirnya.Menantunya Daniel sudah lama menduda,kesian lelaki itu terpaksa menjaga anak kecilnya.Kalau dia mahu menikah lain ada juga orang yang boleh jagakan dan uruskannya.
            Hana sudah tidak terkata apa lagi,dia gerun melihat ibunya yang sedang marah ini.Dalam hati dia berharap Daniel tidak akan menerima cadangan gila ini.Lagipun dia tahu Daniel orangnya setia,walaupun Aisya sudah 3 tahun pergi meninggalkan mereka,tidak pernah sekalipun Daniel menyuarakan pendapat untuk mencari pengganti Aisya.Hana yakin yang Daniel pasti tidak akan bersetuju.


Daniel terdiam mendengar pertanyaan bekas ibu mentuanya.Dia pandang wajah itu dengan wajah tidak percaya,kesian Hana.Tak sangka Alif yang disangka lelaki baik sanggup memalukan keluarga Makcik Temah.Tapi hendak menerima cadangan makcik Temah dan makcik Senah dia belum mahu,hatinya masih sayangkan arwah Aisya,kalau boleh dia tidak mahu menduakan cintanya ini pada perempuan lain.
            “Mak tak kisah,kalau Dani tak setuju.Lagipun ni cuma cadangan.”Ujar Makcik Senah bila melihat menantunya terdiam lama.
            “Kalau Dani tak setuju,makcik Temah nak buat apa mak?Dia nak minta tolong sapa lagi?”
            “Entah la,mak pun tak tahu.Nak minta tolong sepupu lelaki Hana semuanya dah kahwin,agaknya batalkan aje la majlis hari ni.”
            Daniel diam lagi,dia sendiripun pening kepala.Nak terima ataupun tidak.Kalau dia tolak maknanya keluarga Hana menangung malu,kalau dia terima maknanya dia akan menduakan Aisya.Aduh,susahnya nak buat pilihan,dah la makcik Temah adalah jiran merangkap sahabat baik ibu mentuanya.Kedua-dua orang tua ini sudahpun dianggap seperti ibunya.Setiap kali pulang ke kampung arwah Aisya tak pernah sekali dia lupa bertandang ke rumah Makcik Temah.
            “Mak rasa apa yang patut Dani buat?”Dia garu kepala yang tidak gatal.Pandangannya terarah pada wajah yang sudah dimamah usia itu.
            Makcik Senah mengeluh seketika.Dia bukan hendak memaksa,tapi apa salahnya jika dia menyuruh menantunya menerima Hana saja.Lagipun dia kenal sangat Hana tu macam mana,orangnya baik hati dan cuma sedikit kasar,tapi dia tahu Hana memilikki hati yang lembut.Sekurang-kurangnya Luqman Hakim ada seorang ibu.Sekurang-kurangnya dia dapat juga membantu temannya itu.Selain itu,dia turut kesiankan Daniel,lelaki itu sendirian menguruskan anaknya walaupun dibantu ibu kandungnya sendiri.
            “Hana tu baik,cuma dia kasar sikit aje.Rugi kalau tolak Hana,lagipun dia kawan baik arwah Aisya.Mak rasa arwah Aisya sendiripun tak kisah kalau Dani kahwin dengan kawan baik dia.Sekurang-kurangnya dia dah kenal siapa yang layak untuk ganti dia sebagai ibu pada Luqman.Hmm…entah la,terpulang pada Dani nak terima ataupun tak.Mak cuma boleh bagi pandangan mak.”
            Daniel tidak menjawab,betul juga apa yang dikata Makcik Senah,sekurang-kurangnya mereka semua dah kenal Hana.Tapi dalam hati dia masih gusar untuk menerima Hana.Gadis itu mungkin sukar untuk menerimanya apatah lagi dalam situasi begini.Lagipun dia perlu berbincang dengan mama dan papanya juga.
            “Hmm…mak,Dani tak mahu………..”
            Selepas itu Daniel terus beredar masuk ke dalam rumah.Makcik Senah menghela nafas lega,ketika kakinya melangkah ingin meninggalkan rumahnya menuju ke rumah Makcik Temah,tiba-tiba Sarah datang.Anak sulungnya seperti ingin tahu isi perbualan mereka sebentar tadi.
            “Mak sembang apa dengan Dani tadi?Macam serius aje.”
            “Takda apalah,dah jom kita pergi rumah sebelah.Kesian makcik Temah mesti dah lama dia tunggu mak.”Ujar Makcik Senanh,mereka beriringan menuju ke rumah Makcik Temah.
            “Mak,kenapa lambat sangat majlis nak mula ni?Orang dah ramai datang.”Luah Sarah lagi,hatinya sendiri tertanya-tanya.Sepatutnya majlis akad nikah bermula sejam yang lalu,tapi sekarang ni dah lewat sejam.Mananya pengantin lelaki?
            “Dah,Sarah jangan cakap apa-apa lagi.Jom,nanti Sarah tahulah.”
            Makcik Senah malas melayan pertanyaan anak perempuannya.Biarlah masalah ini diselesaikan dulu barulah dia memberitahu.Kalau boleh dia tidak mahu malukan Makcik Temah di depan anaknya,nanti apa pula katanya.

Ahad, 22 November 2015

Novel terpakai hendak dijual Murah!Murah!


  • Novel Bila Hati Berahsia terbitan October RM 20.00
  • Novel Fitrah Kasih terbitan Buku Prima RM13.00
  • Novel Lukisan Asmara 1 terbitan Gua Novel RM20.00
  • Novel Lukisan Asmara 2 terbitan Gua Novel RM18.00
  • Novel Makin Jauh Makin Sayang terbitan Fajar Fakeer RM20.00
  • Skandalous Ika : Cinta berani Mati RM18.00
  • Terima Aku seadanya terbitan Lovenovel RM25.00
  • Lafaz Cinta di Jari manis terbitan Lovenovel RM18.00
  • Tak mampu menjaga Cintamu terbitan Lovenovel RM20.00
  • Kifarah Cinta terbitan Buku Prima RM13.00
  • Diriku Usah Dicari terbitan Buku Prima RM13.00
  • Hanya dia dihatiku SR publication RM18.00
  • Dekatnya Cinta (Adam& Hawa 2) terbitan Buku Prima RM20.00
  • Backup Cinta terbitan Karya Seni RM18.00

Assalammualaikum dan Hai semua...
Novel yang sana nak jual ni condition masih dalam keadaan baik 9/10 dan still nampak macam buku baru.Pembelian novel 3 ke atas free postage, 1-2 postage RM5.00 saja.Sekiranya berminat boleh email saya ke hayati.matsalleh@gmail.com

Ahad, 8 November 2015

Adaptasi Drama Novel Setulus Janji by Aina Emir

Assalammualaikum and selamat petang to all my dear readers,dah lama tak update blog.Harap-harap semua sihat-sihat saja.

Okay entry kalini  just nak share pasal drama adaptasi dari novel Setulus Janji karya novelis Aina Emir.Drama ni disiarkan di TV 1 slot widuri setiap Sabtu dan Ahad pukul 7.05 mlm - 8.00 mlm.

First masa tengok citer ni tak expect dari novel tapi bila search dekat Instagram,baru tau.Rasanya dah 3 minggu bersiaran,and saya memang selalu tengok...for me tak menghampakan dan boleh layan je.

Pelakom-pelakonnya :

Azlee Khairi
Fida Ibrahim
Shah Iskandar and ramai lagi

Kebetulan saya pun baru je habis baca novel ni,memang best dan sedih jugaklah.

Citer dia pasal Insyirah yang bercinta dengan Aiman,abang angkatnya.Selama 5 tahun bercinta Aiman ni nampak macam tak serius je dengan Syira and kebetulan masa Syira dekat Manchester Aiman ni dia ada affair dengan tunang abang Ilham (abang aiman & abang angkat Insyirah).So balik je Malaysia diorang break and Insyirah pun kahwin dengan abang Ilham (bukan kahwin paksa,kalau nak tau macam mana diorang boleh kahwin kena baca).Sebulan kahwin memang best,tapi macam-macam dugaan datang dengan bekas tunang abang Ilham,Juwita duk kacau lagi,dengan cemburu abang Ilham dekat Syira and Aiman lagi dan banyak lagilah....So kalau nak tau selanjutnya kenalah baca novel ni and tengok citer ni.

Sekian...


Isnin, 12 Januari 2015

Pelangi Cinta 6

Bab 6
AKU menghirup udara segar petang itu sambil melihat keindahan sawah padi di kampungku.Aku masih menanti kehadiran temanku yang masih belum jua datang.Syazi awal-awal lagi sudah memberitahu dia akan ke pekan hari ni dan tidak dapat datang ke pondok usang ini.Nana pula mungkin dalam perjalanan ke sini atau masih membuta di rumah.Eee...geram pula bila mengingatinya.Nana sentiasa terlewat,antara mereka bertiga dia yang selalu awal dating.Ceh,puji diri sendiri.
  Lima miniti menunggu akhirnya Nana datang juga,dia tercungap-cungap bagaikan baru lepas kena kejar anjing.
            “Sorry Ria,aku terlewat.”Ujarnya sambil cuba menyedut udara.Semput nafasnya.
            “Huh,kau memang selalu macam tu.Janji pukul 5.30 petang,nak dekat pukul 6.00 baru kau sampai.”Jawabnya geram tanpa memandang wajah Nana.
  Aku membaling batu ke arah lumpur selut di kawasan sawah.Padinya sudah tiada memandangkan padinya sudah masak dan diambil untuk dijual ke kilang.Ayahku juga mempunyai beberapa petak sawah dikampung ini.Semuanya diuruskan sendiri oleh ayahku walaupun umurnya tidak melayakan dia untuk melakukan kerja-kerja berat lagi.Hasil dari menjual padi itula ayahku guna untuk menampung kehidupan kami sekeluarga.Aku pernah menyuarakan pendapat untuk bekerja di kilang memandangkan kelayakan aku hanya setakat SPM,tetapi ayah tidak mengizinkan dengan alasan aku masih mentah untuk mengharungi cabaran hidup diluar sana.Aku turutkan juga kerana kesiankan kedua orang tuaku yang sudah tua.
            “Oit!Kau dengar tak apa aku cakap?Mengelamun je kerja kau...”Tegur Nana bila melihat reaksi Riana yang tdak bergerak dari tadi.
            “Hmm...apa dia?”
            “Isy,tu la kau ni!Berbuih-buih mulut aku cakap,kau buat dek je?”
  Riana malas menjawab dia lebih suka melayan perasaanya ketika ini.
            “Kau ni ada masalah ke?Kau gaduh dengan tunang kau?”
  Hah!Tu satu hal lagi,boleh tak kalau sehari orang tak sibuk sebut pasal dia.Benci betul la!Sudahla di rumah lelaki itu jadi perhatian,disini juga dia menjadi perhatian sahabatnya.Kenapa?Kenapa?Kenapa?!Kat aku ni tak dak orang nak tertarik ke?
            “Tak de apa la.”Jawab Riana ringkas.Kalau boleh dia tidak mahu menceritakan masalahnya dengan Fazrul kepada Nana,nanti kecoh satu kampung pula.
            “Hai,boleh saya join sekali?”Tiba-tiba suara garau seseorang mencelah.Serentak mereka berdua menoleh kepada hak empunya suara.
  Fazrul tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.Dia merasa janggal bila menjadi perhatian Nana,sahabat tunangnya itu.
            “Fazrul!”Teriak Riana dengan nada terkejut.Butang matanya memandang lelaki itu.
            “Hei,kau buat apa dekat sini?”Tanya Riana pula.Jelas wajahnya menggambarkan dia tidak senang dengan kehadiran lelaki itu disitu.
            “Kau kenal mamat ni Ria?”
            “Apsal pulak tak kenal,ni la tunang kesayang ibu dan ayah aku.”Ujarnya dengan nada meluat.Dia pantas memalingkan tubuhnya ke arah lain.
            “Hai,saya Fazrul.”Fazrul menghulurkan tanganya kepada Nana.
  Nana serba salah,dia sebelum ini mana pernah berjabat tangan dengan lelaki lain.Akhirnya dia anggukan kepala sebagai tanda hormat.
            “Nana.”
  Fazrul termalu sendiri,dia menarik kembali tanganya.Perempuan kampung,memang macam tu.Kolot!
            “Kau buat apa dekat sini?”
            “Saja.”Jawab Fazrul sepatah.
            “Macam mana kau tahu tempat ni?”Tanya Riana lagi.
            “Ayah yang tunjukan.”Jawab Fazrul tenang.
  Ayah!Kenapa buat Ana macam ni?Isy...ayah ni memang saja la,saja nak rapat-rapatkan aku dengan mamat hipokrit ni.Huh,benci!
            “Err...Ria,aku balik dululah.Dah lambat ni,nanti mak aku marah.”Ujar Nana sekadar alasan.Kalau boleh dia tidak mahu menganggu pasangan ini.
            “Eh,kau kan baru sampai.Awalnya balik.”Riana cuba menghalang perjalanan Nana,tapi lenganya pantas ditarik Fazrul.
            “Wei!Apa kau buat ni hah?Lepas lah.”Marahnya sambil cuba merentap tanganya kembali.Tetapi cengkaman Fazrul lebih kuat hingga meninggalkan bekas.
            “Aku ada hal nak cakap dengan kau.”Tutur Fazrul seraya melepaskan Riana.Nana sudah jauh meninggalkan mereka.
            “Hal apa?”Tanya Riana lambat.Dia melihat wajah Fazrul serius saja,mungkin hal yang ingin dikatakan penting.
            “Esok ikut aku balik KL.”
            “Hah?!Apa kau merepek ni?”Wajahnya jelas terkejut dengan permintaan Fazrul.Mana mungkin dia mengikuti lelaki itu.
            “Aku tak dak masa la nak main-main dengan kau.Aku serius,esok balik dengan aku pergi KL.”
            “Huh.”Riana merengus geram.Ada-ada aja mamat ni.Dia memalingkan tubuhnya sambil berpeluk tubuh.
            “Tak nak!Nak buat apa pergi sana?Bukanya ada apa pun,lagipun kau tak dak hak nak arah-arah aku sesuka hati!”
            “Siapa kata aku tak dak hak?Aku tunang kau,so kau memang kena ikut cakap aku!Tak penting apa yang ada dekat sana,mama yang suruh kau pergi.”
  Riana tergelak besar,ikutkan hati mahu saja dia berguling-guling di situ juga mentertawakan Fazrul.Entah apa yang melucukan dia pun tak tahu.
            “Eh,kau ni dah kenapa?Sewel ke?”Sergah Fazrul bengang.Merah padam wajahnya ketika itu.
            “Tolong sikit ek,kau tu tunang je.TUNANG!Bukan suami aku lagi.Hak tunang tak sama dengan suami.Tolong mengaji agama lagi ya,sebelum cakap.”
  Merah padam wajah Fazrul ketika itu.Belum pernah sesiapa berani mengurnya begitu.Terasa kelakianya dicabar,maruahnya bagai berada di bawah tapak kaki gadis itu saja.Sabarnya sudah hilang.Lantas lengan Riana direntap kasar.
            “Auwww…”Dia mengaduh sakit.
            “Kau ni apsal!Tak puas hati apa?”Ucapnya kasar sambil cuba melepaskan tanganya dari genggaman Fazrul.
            “Memang aku tak puas hati dengan kau!Sekarang ni aku tak kira,esok kau kena ikut aku juga.Tak kira la aku ni suami kau ke tak,kau kena ikut aku juga!”Tengkin Fazrul dekat dengan wajah Riana.
  Sememangnya Riana tidak dapat menerima dengan kelakuan Fazrul,bencinya semakin meluap-luap pada lelaki itu.Meronta-ronta dia minta dilepaskan.
            “Aku takkan ikut kau,takkan!Aku benci,aku benci kau!Aku takkan kahwin dengan kau!”Jeritnya sekuat hati.
  Fazrul tersenyum sinis.Orang seperti Riana tak harus dibiarkan hidup dengan aman,dia akan ajar Riana sehingga perempuan itu tunduk padanya.
            “Aku akan pastikan kau hidup semati dengan aku.”Bisik Fazrul dekat dengan telinga Riana.Selepas itu barula dia melepaskan gadis itu.
            “Aku tak nak!Sampai mati pun aku akan benci kau!Aku bagi tahu ayah.”Ujarnya sambil berlalu pergi.
            “Tak payah susah-susah,aku dah bagi tahu pun.Ayah dah setuju kau ikut aku pergi KL.”Ujarnya sambil ketawa.Seronok dapat mengenakan gadis mentah seperti Riana.
  Huh,belum ada apa-apa dah panggil ayah.Jangan berangan la!
  Riana jalan menonong menuju ke rumahnya.Benci dia mendengar ketawa berdekah-dekah Fazrul yang dah macam orang gila.Tapi hatinya tidak tenang,terngiang-ngiang ungkapan Fazrul sebentar tadi.Tak terlintas langsung dia akan hidup semati dengan Fazrul.Adakah dia cuma bergurau atau dia akan kota kan kata-katanya sebentar tadi?Berat kepala otaknya memikirkan hal ini.Lebih baik dia biarkan saja dan menganggap kata-kata itu ibarat mimpi ngeri yang hanya mahu permainkan dia.

SEPERTI yang dijangkakan Encik Abdullah dan Puan Kamariah pasti akan memihak kepada Fazrul.Puas dipujuk,dirayu dan ditadah telinganya menerima leteran agar ibu dan ayahnya tidak bersetuju supaya dia mengikut tunangnya pulang ke Kuala Lumpur.Tapi nampaknya semua usahanya sia-sia saja.Disebabkan itu jugala dia melancarkan perang dingin antara Fazrul,ibu dan ayah.Makan malam pun dah tak sudi semeja,semuanya dilakukan dalam bilik.Tak kisahla ayahnya mahu marahkanya ataupun tidak yang pasti dia tak nak bertemu muka dengan Fazrul!
            “Maafkan Ana ya,nak?Dia tu memang macam tu,tak pernah nak matang-matang.”
  Fazrul tersengih.
            “Tak apa la pak cik,mungkin dia tak dapat nak terima lagi.Lama-lama nanti okay la tu.”
            “Hmmm,pak cik harap macam tu la.”
  Tiba-tiba Puan Kamariah muncul bersama dua cawan air ditangan.Satu diserahkan kepada Fazrul manakala satu lagi diserahkan kepada suaminya.
            “Ana duk buat apa dalam bilik tu?”Tanya Encik Abdullah sambil memandang wajah isterinya.
            “Dia dah tidur pun.Risau saya kalau-kalau dia kena gastric,bang.Malam ni makan roti je,nasi langsung tak nak makan.”
            “Hmm…protes la tu.Biarkan je,nanti kalau lapar tahula dia nak cari mana makanan.”
            “Ye la bang oii…nanti kalau jadi apa-apa pun bukan abang yang susahpun,saya juga.”Puan Kamariah menjawab tanpa memandang wajah suaminya.Kadang-kadang geram juga dengan sikap suaminya yang tidak ambil berat tentang Riana.
            “Eh,awak ni?Tak habis-habis nak berleter,lebih baik saya naik atas dari dengar syarahan awak.”Ujar Encik Abdullah sambil mengangkat minuman yang belum terusik masuk ke dalam kamar tidurnya.
  Puan Kamariah mendengus geram,itulah perangai suaminya yang paling dia tidak gemari.Nak buat macam mana,dah jodohnya terima aja la.Lagipun sudah lama mereka bersama dia terima baik buruk suaminya seadanya.Dia redha dengan jodohnya,lagipun dirinya pun bukanlah seorang yang sempurna.
            “Tak pe la Fazrul,mak cik naik dulu.Lagipun dah lewat malam.”Ucap Puan Kamariah sebelum melangkah.
            “…haa satu lagi,nanti Fazrul sebelum tidur tolong tutupkan lampu,ya?”
            “Okay mak cik,selamat malam.”

  Fazrul kembali menonto televisyen.Tepat pukul 12.00 malam barulah dia melangkah masuk ke dalam bilik.Selepas mengemas barang-barangnya baru lah dia dapat melelapkan mata.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...