Halaman

Followers

Rabu, 19 Disember 2012

Jangan Pernah Sakiti Aku 13



Bab 13

“WHAT?! Kau dekat genting?Kau buat apa dekat sana?”Azie terkejut.Bagaimana rakannnya boleh tersesat di sana,sedang baru beberapa jam lalu dia  berada disini.

            “Entahla.”Jawab Haryani di sana selamba.

            “Entahla?Hello….kau yang pergi takkan tak tahu kut.”Ujar Azie sedikit geram.Dia disini kerisauan memikirkan Haryani,boleh pulak rakannya bergembira di sana.

  Dia ni bukannya nak ajak aku sekali!Tak guna punya kawan.

            “Aku bukannya nak datang sini pun,tapi dia yang paksa aku.”

            “Siapa?Raz?”Azie pelik.Siapa pula yang ingin memaksa rakannya?Takkanlah Razman pula kut.

            “Bukan,tapi  Hariz.Dia yang paksa aku.Aku dah kata taknak,tapi dia tetap  paksa aku juga.Bukannya kau tak kenal dia…”Jelas Haryani ringkas.Dia taknak Azie memikirkannya masih ‘terhegeh-hegehkan’ lelaki itu.

            “La…kenapa kau tak hentam je mangkuk tak faham bahasa tu!Biar dengan padan muka dia.Isy,geram aku!”Azie kegeraman.Panas hatinya bila mendengar nama Hariz disebut.Pantang dia lelaki berlaku kasar dengan perempuan,nak saja dia tumbuk-tumbuk wajah Hariz sekarang.

  Haryani ketawa kecil.Lucu dengan sikap rakannya yang masih belum berubah.Sejak dari awal perkenalan mereka lagi Azie sudah dikenali dengan sikap keras kepala dan hati batu.Sekarang masih juga belum berubah.

            “Macam mana aku nak hentam?Dia tu lelaki,aku ni perempuan.Kalau aku hentam dia,dia hentam aku balik!Habisla aku.”

            “Hah!Yang tu kau tak payah risau,kalau dia hentam kau tahula aku nak ajar dia nanti!Baru dia tahu langit tinggi rendah.”

  Haryani ketawa terbahak-bahak hingga sakit perutnya.Air matanya terkeluar sedikit.Azie,Azie…kan bagus kalau  kau jadi bodyguard kawan kau ni.Dari jauh Haryani dapat melihat Hariz sedang menuju kearahnya bersama dua botol air mineral ditangan.Mati terus senyumannya.Cepat-cepat dia putuskan  talian menyebabkan Azie dihujung sana tertanya-tanya.

            “Siapa tadi?”Soal  Hariz serius yang menyedari gadis itu baru sahaja selesai bercakap dengan seseorang.

  Haryani terdiam seketika.Tak tertelan air liurnya  melihat renungan lelaki itu yang bagaikan singa kelaparan.

            “Azie.”Jawabnya sedikit gugup.

            “Bohong!!”Tempik Hariz lantas merampas telefon bimbit Haryani.Jarinya memainkan peranan menekan punat yang tertera disitu.

   Haryani tergamam.Kali pertama dia diperlakukan sedemikian oleh lelaki yang cukup dia cintai.Berdebar-debar dadanya.Terasa ingin menangis pula.Tapi hatinya meradang,kenapa tiba-tiba lelaki itu berubah?

            “Awak ni kenapa?Syak tak habis-habis!”Marah Haryani sambil bercekak pinggang.

            “Maaf”Ucap Hariz perlahan.Baru menyedari kesilapannya.Dia memulangkan semula telefon bimbit kepada Haryani.

            “Puas hati sekarang!”Ujarnya separuh geram.Lelaki itu tak berhak cemburukannya.

            “Saya minta maaf okay?Awak tak payahla nak marahkan saya lagi.Saya janji,saya takkan buat lagi.”Hariz ingin mencapai tangan Haryani,tapi pantas ditepis.Hariz sedikit kecewa.

  Haryani merengus geram sambil berpeluk tubuh cuba menahan kedinginan malam.

  Isy,banyakla awak punya janji!Rungutnya dalam hati.

            “Hah!Yang awak bawa saya datang sini buat apa?Nak bagi saya sakit hati lagi?!”

            “Apa yang awak cakap ni?Saya ada kejutan untuk awak.Saya yakin,lepas ni pasti hati awak tak sakit lagi,sebab saya akan sentiasa ada bersama awak.”Ujar Hariz sambil tangannya membelai rambut gadis itu.Haryani ingin mengelak tetapi terhalang oleh kereta Hariz yang dekat dengannya.

  Haryani terpaksa membiarkannya.Tapi hatinya senang dengan perlakuan lelaki itu.Hatinya terasa senang dan lapang.Dia lupa diri seketika,tapi cepat-cepat dia tersedar.Dia tahu perbuatannya itu salah.Pantas dia menepis tangan sasa Hariz dari terus melekat pada wajahnya.Sakit hatinya bila melihat senyuman lelaki itu.

            “Apa awak merepek ni?!Dah,hantar saya balik sekarang.”Bicaranya masih lagi dalam keadaan marah.

  Hariz tersenyum sinis.Dalam keadaan begini jangan harapla dia dapat memenuhi permintaan gadis itu.Lagipun tujuannya datang ke sini selain memberi kejutan kepada kekasihnya,dia juga ingin bercuti sambil menenangkan fikirannya bersama Haryani,walaupun hanya satu malam.Dia betul-betul rindukan gadis itu.Jadi dia ingin meluangkan masa sepanjang hari bersama Haryani.

            “Kalau awak nak balik,balik la.Saya nak tidur sini.”Jawab Hariz lalu mula melangkah meninggalkan Haryani.

  Dia merengus geram.Tak guna!Ada ke patut dia tinggal aku sorang-sorang dekat sini?Haryani menghentak-hentak kakinya menurut langkah lelaki itu.Ikutkan rasa hati,nak saja dia tendang-tendang lelaki itu.Baru puas hatinya!

            “Nampaknya kita tidur sinila.”Ujar Hariz bila mereka langkah dihadapan  sebuah hotel.

            “Awak gila ke?!”Tiba-tiba Haryani menjerit terkejut.

            “Kenapa?”Soal Hariz turut terkejut dengan jeritan Haryani.

            “Awak gila ke nak suruh saya tidur sebilik dengan awak.”

  Hariz ketawa terbahak-bahak,lucu dengan Haryani.Boleh pula gadis itu terfikir sampai ke situ.

            “Ya Allah,sayang…awak sebilik,saya sebilik la.Tapi…kalau awak nak boleh juga."

  Eee…mengada!Haryani menunjukkan wajah menyampahnya sebelum beredar meninggalkan lelaki itu.Hariz ketawa terbahak-bahak.Itulah salah satu perangai yang dia suka pada Haryani.Baginya,wajah itu kelihatan comel dan manja bila bibir mungil itu  mengukir senyuman.Ingin sekali dia jadikan itu miliknya.Tidak kira apa sekalipun,akan dia jadikannya milik dia.

ANGIN malam bertiup menyapa tubuhnya.Tingkap dibiarkan terbuka luas.Matanya memandang suasana malam yang gelap tanpa cahaya.Jam sudah menunjukkan hampir pukul 12.30 tengah malam.Hanya dia seorang saja yang masih berjaga dirumah itu.Hatinya gundah,hatinya gelisah.Tapi dia hanya mampu memendamkan saja perasaan itu.Ingin diluahkan,dia malu.Akhirnya dia mengambil keputusan untuk disimpan saja perasaan itu jauh didasar hatinya.

  Telefon bimbit nokia masih berada didalam genggamannya.Dia teragak-agak untuk menghubungi si dia,takut menganggu.Tapi,atas desakkan perasaan akhirnya dia mengambil keputusan untuk menghubungi juga.Ila menunggu seketika sebelum taliannya dijawab.Percubaan kali pertama tidak berjawab,percubaan kali kedua juga turut sama.Ini adalah cubaan kali ketiga dan terakhir untuknya,tapi kali ini telefon bimbit suaminya terus dimatikan.Mungkin terganggu dengan deringan itu.Ila mengeluh kecewa.Rindu untuk suaminya bergunung.Alangkah baiknya jika dia dapat mengangtikan kedudukan Haryani di hati suaminya.

  Sudah tiga bulan berlalu.Tidak sedar usia perkahwinannya sudah masuk bulan ketiga.Tapi sampai sekarang masih belum ada perubahan.Dia juga ingin hidup bahagia seperti orang lain.Salah ke dia jika sudah ditakdirkan suaminya adalah kekasih rakan baiknya?Dia juga ingin merasai kasih sayang suami seperti orang lain.Hatinya sakit bila melihat suaminya bersama orang perempuan lain.Dia ingin menangis,tapi tidak terluah semua itu.Kadang-kadang terfikir juga dia untuk memberitahu perkara sebenar pada Haryani.Tapi dia tak sanggup.Tak sanggup untuk melukakan sekeping hati yang lain.Akhirnya,dirinya yang menderita.

  Hariz ibarat putera yang menjadi idaman gadis.Tapi hanya seorang saja yang akan dipilih untuk berdamping dengan lelaki itu.Adakah gadis yang tidak dicintai tetapi sudah mempunyai ikatan suami isteri dengannya?Atau gadis yang cukup dicintai tapi tiada apa-apa ikatan dengannya?Tapi,boleh ke dia memilih kedua-duanya?



SUASANA di restoran itu kelihatan tenang dengan hanya beberapa pengunjung saja.Suasana pagi di Genting Highland sungguh mengasyikkan dan lebih dingin berbanding berbanding di Kuala Lumpur.Haryani duduk termenung sambil menongkat dagu memandang kearah luar.Dia menunggu kedatangan Hariz yang belum tiba.Lelaki itu sudah berjanji dengannya ingin bertemu disini jam 8.00 pagi.Tapi sekarang jam sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi,maknanya sudah setengah jam dia disini.Haryani merengus geram.

  Hisy…mana dia ni?Kata pukul 8.00,sekarang ni pukul berapa dah!

  Haryani bangun untuk beredar dari situ.Tapi niatnya terpaksa dibatalkan bila Hariz tiba-tiba muncul.Haryani mencukakan wajahnya.Geram dengan Hariz.Nak saja dia berambus dari situ tanpa menghiraukan lelaki itu.

            “Sorry,terlewat sikit.Saya beli something tadi.”Ujar Hariz lembut cuba memujuk Haryani.Dia pasti gadis itu sedang marah atas keterlewatannya.

            “Hmm…”

            “Awak order tak apa-apa lagi untuk sarapan?”Soal Hariz bila melihat meja itu masih kosong.Pasti Haryani menunggunya untuk bersarapan bersama.

            “Tak,saya tak laparpun.Lagipun saya dah makan roti kedai depan tu.”Haryani maskudkan roti yang dibelinya di kedai runcit dihadapan restoran ini.

            “Nak saya orderkan?”

            “Tak!”Jawabnya sepatah.

            “Okay,kalau macam tu saya pesan…”Belum sempat Hariz menghabiskan bicaranya Haryani pantas memotong dengan suaranya separuh menengking.

            “Awak tak faham bahasa ke?!Saya kata tak nak,tak nak la!”

  Hariz terkejut,begitu juga dengan Haryani.Dia tidak menyangka akan bersuara seperti itu kepada Hariz.Mungkin puncak kemarahannya sudah tidak dapat dikawal.Marahnya pada lelaki itu sudah keterlaluan.Mungkin selama ini sudah dia pendam perasaan marah pada lelaki itu.Tambahan pula,dia sudah tidak tahan untuk menonton segala lakonan lelaki itu padanya.Dia ingin menamatkan segala kepura-puraan ini.Dia tahu,sebalik semua ini pasti ada hati yang terluka.Sebab itu dia ingin menamatkan segalanya.

  Hariz terdiam lama.Memikirkan perihal gadis dihadanpannya ini.Sepanjang tiga bulan ini,dia dapat rasakan ada suatu yang berubah pada kekasihnya.Mereka sudah tidak seperti dulu yang sentiasa bersama kasih dan cinta yang dia dapat rasakan.Tapi sekarang,gadis itu seolah-olah ingin lari darinya.Dia juga tidak dapat rasakan hangatnya cinta bila bersama kekasihnya,sebaliknya gadis itu akan kaku dan hanya membisukan diri.Dia pasti ada sesuatu yang telah terjadi dan disembunyikan darinya.

            “Kita bincang di luar.”Tuturnya lantas beredar dari ruang yang dingin tetapi terasa panas baginya.

            “Hmm,apa yang nak dibincangkan?”Tanya Haryani acuh-tak acuh.

  Haryani merenung lama wajah itu sebelum memulakan perbincangan perihal hubungan mereka.

            “Kenapa awak berubah Yani?”Suara Hariz lembut menerjah telinga Haryani.Dia tahu,dalam hal ini dia harus berlembut.Jika tidak pasti hubungan selama bertahun ini akan retak ataupun hancur.

            “Berubah?Saya rasa tak.”Haryani tersenyum sinis,dia tahu apa yang sedang dimaksudkan Hariz sekarang.

            “Tolongla Yani,saya tahu pasti ada sesuatu yang sedang awak sembunyikan dari saya.”

            “Iz,Iz…semua jawapan tu ada pada awak.Jadi tak payahla nak tanya saya lagi,pandai-pandailah fikir.”

  Haryani terdiam lama.Tak tertelan air liurnya sekarang.Terasa sesak nafasnya walaupun sekarang dia sedang berada dikawasan yang lapang.Dia yakin pasti tak lama lagi perkara ini akan tamat.Hariz akan bersama Ila dan dia akan bersendirian.Ya Allah…mampu ke dia harungi semua ini?

            “Apa awak cakap ni?Saya tak faham,cuba awak jelaskan pada saya.”Hariz berdebar-debar.Dia betul-betul bingung sekarang.Segala jawapan ada padanya?

            “Cukup!Saya dah tak tahan dengan semua ni!Awak ingat,awak boleh tipu saya,boleh bohong saya dengan lakonan awak ni?!Hei,sudahla…”Tiba-tiba Haryani bersuara lantang.Matanya merah menahan tangis.Tajam matanya merenung Hariz.Debar di dadanya terasa sakit,seolah-olah ditikam beribu-ribu kali.

            “Apa maksud awak?”Suara Hariz tersekat-sekat.Dadanya berombak ganas.Dia dapat rasakan ada sesuatu yang buruk akan berlaku.Dia takut untuk hadapi semua itu dan dia juga takut untuk kehilangan gadis kesayangannya!

            “Saya tahu apa yang terjadi,saya tahu apa yang berlaku antara awak dan Ila.Tak payahla awak nak sorok lagi dari saya.Hati saya sakit sangat tau!”Air matanya sudah tidak dapat dibendung,teresak-esak dia disisi Hariz.Ingin saja dia peluk lelaki itu dan dilepaskan apa yang dia rasakan.

  Lelaki itu tergamam.Tidak terluah apa yang ingin dia katakan.Matanya turut terasa panas.Bagaikan ada seketul batu yang menghempapnya.Betul dia tidak jangka hal ini yang akan terjadi.Rahsia yang cuba dia sorokkan selama ini sudah diketahui.Dia malu pada gadis itu,tapi dikuatkan juga hatinya untuk menatap wajah yang sudah basah dengan air mata.Hariz mencapai kedua belah tangan Haryani lalu digenggamnya erat.

            “Saya minta maaf Yani,saya tahu saya salah.Sekali lagi saya minta maaf.Tapi,semua ini bukan kehendak saya!Saya terpaksa,sama juga dengan Ila.”Hariz sedaya upaya untuk menjelaskan perkara sebenar pada Haryani.Dia rasa peluangnya untuk bersama gadis ini sudah tipis.

            “Tak guna awak cakap lagi.Kita dah tak macam dulu,awak dah jadi hak orang lain.Hak Ila!Awak kena ingat tu.”Haryani menegaskan kedudukan mereka sekarang.Dia sudah tidak berhak pada Hariz.Lelaki itu sudah ada yang punya dan dia mempunyai tanggungjawab yang besar pada insan lain.

            “Tolonglah Yani,saya cintakan awak…saya tak cintakan dia!Saya tak boleh hidup tanpa awak.”

            “Dahla Iz,awak sekarang dah jadi suami orang.Awak ada tanggungjawab besar yang perlu awak lakukan.Jangan seksa hati Ila lagi!”

  Dia tahu bagaimana perasaan seorang perempuan jika melihat lelaki lain bersama perempuan lain.Hancur,sakit dan kecewa.Itulah yang pasti dirasai rakannya.Melihat suami yang menagih kasih perempuan lain membuatkan diri kita tidak diperlukan.Haryani taknak semua itu terjadi,dia taknak menjadi perampas suami orang sekali gus meruntuhkan rumah tangga rakannya.Sebab itulah dia mahu Hariz sedar akan tanggungjawabnya.

            “Awak pindahkan cinta awak tu pada Ila,dia yang lebih berhak untuk dapatkannya,bukan saya!Lupakan saya Iz!”

  Tergeleng-geleng kepalanya mendengar luahan Haryani.Dia taknak,dia sukar untuk melakukan semua itu.Tak mungkin dia dapat berikan cintanya pada Ila,walaupun perempuan itu isterinya.Melihat air mata Haryani,hatinya turut menangis.Tak mungkin dia dapat melupakan gadis itu,tak mungkin dia dapat berpisah dengan Haryani.Segalanya tak mungkin!Cintanya hanya untuk Haryani,bukan perempuan lain!

            “Cukuplah setakat ni hubungan kita.Kita dah takdak apa-apa lagi lepas ni!Awak dengar tak,saya taknak ganggu rumah tangga awak dengan Ila.Awak jagala dia baik-baik.Saya doakan awak bahagia disisi Ila.”Sambungnya lagi.Lemah suaranya selemah ketabahannya sekarang.Memang bibirnya berkata seperti itu,tapi hatinya menjerit tidak!Dia rela dalam terpaksa.

  Haryani mula mengorak langkah meninggalkan Hariz.Dia sudah tak sanggup untuk menatap wajah itu.Makin lama dia di situ,makin terdera hati dan perasaannya.Dia tak mahu kalah dengan naluri hati yang ingin bersama Hariz,tapi sebaliknya dia ingin melihat kebahagian sahabatnya bersama Hariz.Mungkin hatinya yang akan menderita,tapi dengan kehadiran Razman disisinya pasti segalanya akan lenyap.

  Matanya hanya mampu melihat gadis itu melangkah jauh dan kian jauh darinya.Hariz ingin mengejar,tapi kakinya terasa bagaikan dipaku di situ.Dia ingin menjerit tidak!Pada Haryani,tetapi mulutnya terkunci dek melihat air mata gadis itu yang makin lebat.Dia tidak ingin berpisah dengan Haryani,tak mungkin semua ini terjadi!Hatinya tekad,tidak kira apa sekalipun tak mungkin dia akan lepas kan Haryani begitu saja bersama lelaki lain.Tak mungkin!Akan dia raih kembali hati gadis itu walau dengan apa cara sekalipun.

Jumaat, 14 Disember 2012

Cerpen:Menggapai Cintamu


MENGGAPAI CINTAMU

1.JAM berdenting pada angka dua belas.Malam semakin tua,tapi dia masih setia menunggu suami tercinta yang masih belum jua pulang.Mata sudah mulai kuyu,tetapi digagahkannya juga supaya terus berjaga.Dia tidak mahu nanti suaminya pulang dan melihatnya sudah tidur.Lagipun makan malam sudah siap terhidang,mana tahu suaminya masih belum makan.Zahra menguap untuk sekelian kalinya.Matanya tertinjau-tinjau kearah luar tingkap.
  'Haisy,mana dia ni?Aku dah mengantuk,tapi dia tak balik-balik lagi.'Bisik hati kecilnya.
  Itulah rutin harianya,setiap malam menunggu suami yang pulang setiap lewat malam.Pagi pula dia ditinggalkan suami dalam keadaan dia masih lena dibuai mimpi.Rasanya dalam sehari tu,jarang sekali bertemu muka,kadang-kadang Zahra langsung tidak berpeluang bertemu dengan suaminya.Cuma hari minggu saja dia dapat meluangkan masa bersama suaminya,itupun belum tentu lagi kerana suaminya lebih banyak meluangkan masa bersama rakan-rakanya.
  Tiba-tiba kedengaran pintu pagar rumah dibuka secara automatik,Zahra yang mulai terlena terus berdiri.Dia terus meluru kearah pintu rumah demi menyambut kepulangan suaminya.
  Hairie mengeliat,meregangkan tubuhnya yang terasa letih kerana bekerja seharian.Dia melihat Zahra sudah tercegat di depan pintu sambil tersenyum manis padanya,dia membalas senyuman itu hambar.Zahra mengambil briefcase dan kot hitam dari tangan suaminya.
            "Saya dah siapkan makanan,abang makan tak lagi?"Soalnya lembut sebagai layaknya suami menerima layanan sebegitu dari seorang isteri.
            "Zara makan tak lagi?"Tanya Hairie semula.Nama Zahra di pendekan menjadi Zara agar mudah baginya menyebut nama isteri yang dinikahinya dua tahu lepas.Dia tahu Zahra belum makan,sudah tabiat isterinya suka menungunya pulang terlebih dahulu walaupun isterinya tahu dia akan pulang lewat malam.
  Zahra geleng kepala.Dia tersenyum,dengan manjanya dia memeluk erat tangan suaminya lalu dibawa ke ruang makan.Dia ingin makan bersama Hairie.
  Hairie tidak dapat menghalang perlakuan isterinya,walaupun dia ingin.Tak dinafikan Zahra seorang yang manja dan lemah lembut.Pada awal pernikahan mereka,memang dia agak kekok,tapi lama-lama dia sudah terbiasa.
  Hairie hanya menjamah sedikit saja makanan itu memandangkan dia sudah kenyang.Sebelum pulang ke rumah dia sudah mengisi perutnya di sebuah restoran 24 jam.Selepas itu dia terus naik keatas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat fardhu isyak.Zahra yang ditinggalkan keseorangan agak terkilan dengan perbuatan suaminya.

########################################################################

2."ABANG,jom teman saya pergi shopping?Dah lama kita tak keluar sama-sama."Ujar Zahra manja,dia melentukkan kepalanya dibahu suaminya sambil memeluk suaminya.Memandangkan hari ini hujung minggu sebab itu dia mengajak Hairie keluar.
            "Abang dah janji nak jumpa Ramzan.Tak boleh ke Zara pergi sendiri?"Jawab Hairie acuh tak acuh.Malas melayan isterinya.Sebenarnya dia tiada janji dengan mana-mana temannya,tapi saja dia carikan alasan supaya dapat mengelak dari keluar bersama isterinya.
  Zahra tarik muka masam,serta merta dia melepaskan pelukannya.
  'Isy...asyik-asyik keluar,asyik-asyik keluar,benci betulla!Aku nak bermanja dengan dia pun tak bagi chance.Tahula aku ni bukan isteri pilihan.'
  Dua tahun mereka menjalani kehidupan berumah tangga,tapi bagi Zahra dia langsung tidak dapat merasakan kemanisan hidup sebagai isteri.Hubungannya dengan Hairie dingin,lelaki itu langsung tidak berusaha mencintai dirinya,sedangkan dia sudah lama mencintai lelaki itu.Lelaki itu sering kali mengelak diri darinya.Salahkah dia ingin mendapatkan haknya sebagai isteri yang sudah lama diabaikan oleh Hairie?Dia tahu,dia bukan wanita yang menjadi pilihan suaminya dan  dia juga tahu suaminya sedang menanti seseorang dalam hidupnya,yang pasti gadis itu mendapat kedudukan yang paling istimewa dalam hati suaminya.Cinta yang bertepuk sebelah tangan kadang-kadang membuat dirinya hampir tewas dalam memepertahankan ikatan perkahwinan ini.
  Zahra mengeluh.
            "Ala...nanti-nantila abang jumpa dia,esokkan boleh.Hari ni temanla saya pergi shopping."Pujuk Zahra lagi.Dia tidak mahu mengalah.
            "Tak bolehla,abang dah janji dengan dia dari minggu lepas lagi."Hairie juga tidak mahu mengalah.
  Setelah sekian detik masing-masing saling jawab menjawab,akhirnya Zahra terpaksa juga beralah.Memang hatinya sedikit terguris,tapi dia masih mampu bersabar walaupun sudah dua tahun dia yang menahan rasa ini.Dia percaya semua ini pasti ada hikmahnya.

*************************
PENAT dia berjalan akhirnya dia duduk disebuah bangku panjang sememangnya disediakan oleh pihak pengurusan pusat membeli-belah tersebut.Matanya memandang orang-orang yang datang berkunjung ke pusat membeli-belah tersebut.Ada yang muda,ada yang tua,ada yang datang bersama keluarga,ada yang datang bersama rakan-rakan dan ada juga yang datang bersama kekasih.Yang sakit matanya kerana memandang pasangan kekasih yang tanpa segan silu berpelukan sambil berpegang tangan di tempat awam seperti ini.Kebanyakan masih muda dan belum berkahwin.Haisy...inilah masalah anak muda zaman sekarang,dah tahu diri tu tak boleh tahan nafsu,kahwinla cepat-cepatkan senang.Zaman sekarang ni bukannya tiada orang yang kahwin muda,antaranya Zahra.Dalam usia yang masih muda dan ketika itu baru saja menamatkan pelajaran dia sudah disuruh kahwin.Alhamdulillah,dia dapat menerima Hairie sebagai suaminya.Sebenarnya sebelum mereka disatukan,dia sudah berkenalan dengan Hairie.Hairie adalah sahabat kakaknya,mereka berkenalan ketika  satu makan malam yang diadakan dirumahnya,ketika itula dia bertemu dengan Hairie.Memang tidak dinafikan cintanya berputik ketika kali pertama memadang lelaki itu.Apabila keluarga Hairie datang melamarnya,dia terus bersetuju.
  Dia melirik pada jam tangan yang tersemat kemas dipergelangan tanganya.Jarum sudah berginjak keangka dua.Segera dia bangun ingin pulang ke rumah dan seterusnya menunaikan solat zohor.Hari ini dia tidak perlu masak memandangkan Hairie tidak akan makan dirumah.Lagipun niatnya ingin pergi ke rumah orang tuanya.Sudah lama dia tidak pergi menjenguk mereka,rasa rindu pula.
  Kereta yang dipandu Zahra meluncur laju di atas jalan raya.Lagu nyanyian Alya berkumandang memenuhi ruang keretanya.

########################################################################

3.LAUK gulai labu kegemaranya terhidang di atas meja.Zahra makan sambil ditemani oleh ibunya,Puan Fatimah.Rezekinya hari ini untuk merasa makanan kegemaranya,ibunya macam tahu-tahu aja yang dia nak datang hari ini.Agak lahap juga di makan hingga ditegur oleh ibunya.
            "Zahra,Zahra...datang makan sini suami kamu makan apa?"Soal Puan Fatimah ketika mereka sedang berehat di taman mini milikya.
            "Abang Hairie hari ini dia makan dekat luar,dengan kawan dia."Jawab Zahra tenang sambil matanya tertumpu pada bunga-bunga yang ditanam ibunya.
            "Oh,Zahra gaduh dengan Hairie ke?"
            "Hah?Gaduh?Isy,ibu ni...kesitu pulak.Mana ada,kitorang baik je la.Kenapa ibu tanya macam tu?"
  Zahra agak terkejut bila ibunya menyoal dengan soalan itu.
            "Tak de la,ibu tanya je.Selalunya Zahra datang sini dengan Hairie,hari ni sorang pulak."
  Zahra cuma tersenyum.Puan Fatimah tidak tahu bagaimana hubungan mereka yang sebenar,selama ini dia dan Hairie cuma pura-pura bahagia didepan mereka supaya rahsia ini tidak terbongkar.
            "Oh ye,ibu.Kak Rina apa khabar?"
  Zahra teringatkan kakaknya,Rina.Sudah hampir tiga tahun mereka tidak bertemu.Selepas penceraian kakaknya dengan bekas abang iparnya kakaknya terus membawa diri bersama bayi lelakinya yang ketika itu baru beberapa bulan ke luar negara.Ketika perkahwinannya bersama Hairie dulu pun kakaknya tidak pulang,cuma ucapan tahniah dan hadiah saja yang dikirimkan.
            "Sebut pasal kakak kamu,baru ibu teringat.Hari tu Rina call ibu,dia cakap nak balik Malaysia minggu depan."
            "What?Next week?Arrghh..."Zahra menjerit gembira sambil melompat-lompat kegembiraan,rindunya pada kakaknya tidak terkira,dia tidak sabar ingin bertemu dengan Rina dan si comel yang kini berusia tiga tahun.
            "Dia terus duduk sini?Tak balik sana dah kan?"Teka Zahra.
  Puan Fatimah cuma tersenyum dan menanggukan kepala.Sekali lagi Zahra melompat-lompat gembira.
  Dalam kepalanya sudah mulai merancang pelbagai perkara yang ingin dilakukan bersama kakaknya.Macam dulu-dulu,tengok wayang,buat kerja gila sama-sama dan macam-macam lagi la.Dia teringatkan suaminya,pasti Hairie akan gembira juga kerana dapat bertemu dengan Rina.Kawan lama yang sudah lama tidak bertemu.

########################################################################

4.ZAHRA menghampiri suaminya yang sedang menonton televisyen secara perlahan-lahan dari belakang,kemudian dia terus memeluk leher suaminya.Kemudian dia menghadiahkan sebuah ciuman di pipi Hairie.
  Hairie agak terkejut,tapi dibiarkan saja.Dia masih tidak menghiraukan Zahra.
            "Abang,nak tahu tak?"
            "Tahu apa?"
            "Hehehe....benda ni special tau,mesti abang tak sabar nak jumpa dia."Zahra masih belum memberitahu siapa yang dimaksudkannya kepada Hairie.
            "Sapa?"Soal Hairie ingin tahu.
            "Kak Rina!Dia nak balik next week,dia akan menetap di Malaysia terus."Ujar Zahra penuh gembira.
  Hairie tersentak,serta merta riak wajahnya berubah bila nama Rina menyapa telinganya.Dia memandang Zahra tidak berkelip-kelip,terselit rasa gembira.
            "Kenapa tiba-tiba dia balik?"
            "Isy,abang ni.Biarla,kita tumpang gembira.Mungkin dia dah lupakan abang Farhan."Farhan ialah bekas abang iparnya.
            "Hmm...agaknyala."
  Zahra memandang wajah suaminya,riak gembira yang terpamer diwajah suaminya sebentar berubah tegang bila nama Farhan disebut.Zahra malas ambil pusing hal itu,bukannya penting pun.Akhirnya dia turut serta menyertai suaminya menonton televisyen.Sesekali mereka berbual,sesekali mereka menyepi,terasa asing bila berdua begini biarpun sudah dua tahun menjadi suami isteri.

*********************************

ZAHRA mengenakan sehelai jubah hitam dan digandingkan dengan tudung yang bewarna unggu.Kulitnya yang sememangnya putih gebu menyerlahkan lagi kecantikkanya.Bibir yang merekah bak delima itu cuma disapu dengan gincu yang berwarna merah jambu.Setelah puas membelek dirinya dibalik cermin dan puas dengan penampilannya malam itu barula dia melangkah keluar dari bilik.
  Hairie yang sejak tadi menanti kedatangan isterinya cuma tersenyum kearah Zahra.Memang tidak dinafikan isterinya memang seorang yang cantik tapi belum cukup untuk membuatkannya jatuh cinta.Cintanya pada bekas kekasih masih utuh biarpun hubungan mereka sudah lama terputus,bahkan kekasihnya turut sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.Tapi cinta itu tidak pernah hilang dari hatinya.
            "Zara janji dengan ibu pukul berapa nak datang?"Soal Hairie sewaktu mereka berada di dalam kereta.
            "Pukul 9."
  'Hurmm....sempat lagi ni.'
            "Abang nak pergi beli souvenir untuk Rina dulu."
  'Hah?Hmmm,aku yang isteri dia ni pun tak pernah dapat hadiah,inikan kak ipar dia pula yang dapat.Nasib,nasib...'
  Zahra tidak membantah,dia tidak punya hak untuk menghalang kehendak Hairie.Hairie ada hak untuk berbuat apa saja,lagipun suaminya bukan menggunakan wangnya untuk membeli.
  Mereka tiba di ruamh Puan Fatimah tepat seperti yang dijanjikan.Zahra sudah tersenyum,Hairie pula berdebar.Kedatangan mereka disambut baik oleh Puan Fatimah dan si comel yang bernama Irfan.Dia tahu itu anak Kak Rina,tapi bayang kakaknya masih tidak kelihatan.
            "Ibu,mana kak Rina?"Tanya Zahra sambil tertinjau menncari kakaknya.
            "Dia pergi toilet kejap."
            "Oh..."
  Mata Zahra beralih pula pada Irfan.Zahra menghampiri Irfan yang duduk di atas sofa.
            "Hai Irfan,Irfan makan tak lagi?"Soal Zahra lembut.Naluri keibuan ada padanya walaupun dia pernah belum pernah menjadi seorang ibu.
  Geleng.
            "Tunggu aunty datang ke?"
            "Aaa...nenek catap."
  Zahra ketawa kecil,terasa lucu bila Irfan yang sudah berusia tiga tahun masih pelat untuk berbicara.
            "Zahra!"Tiba-tiba dia terdengar suara kakaknya menjerit memanggil namanya.
  Mereka berpelukkan agak lama,melepaskan rindu yang sudah lama terpendam.Bibir mereka tersenyum lebar menggambarkan betapa gembiranya mereka.
            "Kak Rina apa khabar?"Soalnya setelah beberapa detik mereka diam.
            "Akak,sihat.Zahra macam mana?Akak rindu dekat Zahra sangat."
            "Tu la akak...dah rindu tak nak balik.Zahra pun rindu dengan Kak Rina.How your life dekat London?"
            "Semua okay je."
  Harie menghampiri Rina.Semasa berbual dengan ibu mentuanya dia melihat Rina dan Zahra berpelukkan dan berbual pendek.Hatinya berdebar,sudah lama mereka tidak bertentang mata.Hari ini Allah makbulkan doanya untuk bertemu dengan Rina.Rindu yang menggunung untuk kakak iparnya a.k.a bekas kekasih dapat dilepmpiaskan hari ini.
            "Rina."Serunya lembut.
            "Hairie?"Rina agak terkejut,tapi dia tetap menghadiahkan sebuah senyuman untuk lelaki itu.
            "Nah,this for you."Hairie menghulurkan hadiah yang bersaiz sederhana besar yang dibelinya tadi.
            "Oh,thanks."Dalam gugup,Rina sambut jua hadiah yang dihulur.
            "Akak,kalau akak nak tahu.Abang Hairie ni memang rindu gila dengan akak,sebab tu la tadi kitorang tergesa-gesa beli hadiah tadi."Sampuk Zahra apabila melihat suaminya dan Rina seperti kekok untuk berbicara.
            "Isy adik ni,kesitu pulak."
            "Ala...betul.Betul tak abang?"
  Hairie cuma angguk sambil tersenyum mengiakan apa yang dikatakan oleh isterinya.Zahra menghampiri suaminya lalu memaut erat lengan suaminya.
            "Bestkan dapat jumpa kawan lama?"
            "Rina,Zahra ajak suami kamu makan."Panggil Puan Fatimah dari meja makan.
  Rina menghela nafas lega,nasib baiklah ibunya bersuara.Kalau tidak manala nak diletaknya wajahnya yang sejak tadi menjadi tatapan Hairie.Nasib baiklah Zahra tidak perasan.

########################################################################

5.LIMA BULAN berlalu dengan pantas.Rina kini sudah mulai bekerja di syarikat milik keluarga Hairie.Hairie menawarnya untuk bekerja disitu,pada mulanya dia menolak tetapi setelah dipujuk oleh Zahra barula dia terima.Zahra tidak tahu sebenarnya Hairie dan Rina adalah bekas kekasih,kalau dia tahu bagaimana agaknya reaksi dia?Hairie pula semakin hari semakin dekat dengan Rina walaupun kakak iparnya cuba menghindar darinya.Tidak dinafikan dia masih mencintai Rina dan juga terfikir untuk bersama semula.Tetapi hubungan mereka hubungan terlarang,dia harus memilih antara Rina ataupun Zahra.
  Rina yang bekerja di bawah satu bumbung dengan Hairie agak kekok bila mereka bertemu,tambahan pula Hairie memang sengaja mengwujudkan pertemuan mereka.Dia tahu Hairie masih mencintainya biarpun dia tahu Rina kini adalah kakak iparnya.Setiap pagi pasti ada saja bunga dan bungkusan coklat yang dikirimkan padanya,pengirim yang bernama 'H' sudah tentu Hairie.Seperti di universiti dulu,nama 'H' sudah terbiasa menjadi nama pengirim surat cinta Hairie.
            "Rina."
  Rina tersentak apabila namanya dipanggil oleh seseorang.Dia memandang wajah teman sekerjanya yang sudah tersembul di depan pintu biliknya.
            "Oh,Laila.Ada apa?"
            "Jom lunch!"
            "Okay."Rina mencapai tas tangannya dan ingin melangkah pergi,tapi sekali lagi namanya diseru.Dia kenal suara itu dan dia tak ingin orang itu berada disitu.
            "Jom lunch."Hairie mengajak Rina makan tengah hari bersama senyuman yang melebar di bibirnya.
            "Err...I dan Laila dah nak pergi lunch ni."
            "Encik Hairie join la kami sekali."Sampuk Laila pula.
            "Oh,tak pe.Saya sebenarnya nak ajak Rina sebab lepas lunch nanti kami kena pergi jumpa client.Awak tak kisahkan kalau lunch dengan orang lain."
            "Oh,ye ke.Tak pe la Rina,awak pergi la.Lagipun saya boleh makan dengan kawan yang lain."
  Rina terpaksa akur.Ni semua mesti helah Hairie saja.Geramnya!Akhirnya dia mengikuti Hairie jua.Laila menghampiri rakan-rakan sekerjanya yang lain.
            "Mana Rina?"Tanya salah seorang dari mereka.
            "Dia pergi lunch dengan bos la."
            "Hurmmm,dah agak dah.Mesti diorang berdua je."
            "Hai,jeles ke?"
            "Bukan jeles la,cuma aku...syak je."Jawab Rose yang merupakan pekerja terlama disitu.
            "Kau syak apa?"
            "Yang diorang tu ada affair balik!"
            "Hah?Kau biar betul?Kau jangan nak buat fitnah pulak.Encik Hairie tu dah ada isteri dan Cik Rina tu kakak ipar dia."Laila agak terkejut.Mana mungkin bos mereka ada hubungan dengan Rina,sedangkan mereka kakak dan adik ipar.Mana boleh kahwin.
            "Aku cuma cakap saja,manala tahu cinta lama dah berputik kembali."
            "Apa maksud kau?"Soal Laila yang agak kebingungan.
            "Ni hah aku nak story dekat korang.Kalau nak tahu,bos kita tu pernah bercinta dengan Rina sebelum dia kahwin dengan adik Rina tu."
            "Apa?!!!"Mereka semua menjerit terkejut.Masing-masing tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Rose.Tapi setelah diberi bukti yang sahih dan kukuh barula mereka mempercayainya.

***********************************************

RINA terbaring lemah di atas katil sementara menunggu waktu maghrib.Kemudian dia akan bersiap untuk keluar.Semuanya gara-gara kejadian siang tadi,kalau tidak mungkin sekarang dia sedang jalan-jalan di mall bersama puterinya.Dia kesal dengan Hairie,kenapa lelaki itu tak pernah faham perasaanya?Dia rasa bersalah pada adiknya apatah lagi dengan perbuatan Hairie yang lagaknya seperti masih orang yang belum punya isteri.Rina rimas,dia memikirkan cara untuk menghentikan Hairie daripada perbuatanya.Malam ini adalah malam penamatnya,dia tak sanggup menanggung perasaan bersalah ini lagi.Biarlah dia kecewa asalkan adiknya bahagia.
            "Mama."Suara manja anaknya memangilnya.
  Rina tersentak,baru dia sedar anaknya sudah berada disebelahnya sambil memeluk bantal busuknya.
            "Mama,Ifan na papa."
  Papa yang dimaksudkan Irfan ialah Hairie.Dalam diam lelaki itu telah mula rapat dengan anaknya hingga anaknya jatuh sayang dengan Hairie.Hinggakan Irfan mahu menggelarnya papa.Mungkin kerana selama tempoh tiga tahun dia membesarkan Irfan tanpa kasih sayang seorang bapa,bila bertemu dengan Hairie dia jadi teruja.Nasib baiklah Zahra tidak mengesyaki apa-apa tentang hal ini,malah dia turut setuju.
            "Papa dekat rumah aunty Zahra la.Esok je la sayang,ek?"
  Irfan menggelengkan kepalanya.
            "Ifan na papa setarang jugak."
  Haisy,geram pula dia melayan si kecil yang belum mengerti.Nasib baiklah kebetulan Hairie menelefonnya.Dia cuma melihat kerenah anaknya ketika mereka berbual.Setelah beberapa minit barula telefon itu diserahkan padanya.
            "Awak dah bersiap ke?"Soalan pertama yang menerjah telinganya.
            "Belum,kejap lagi."Jawab Rina acuh tak acuh.
            "Hmmm,okay la.Nanti kita jumpa lagi.Asslamualaikum."
  Selepas menjawab salam panggilan terus diputuskan.Rina mengeluh.Dalam keadaan malas,Rina bangun juga dan terus menuju ke bilik air.

*************************************************************

ZAHRA memerhatikan suaminya yang sedang bersiap dan ingin keluar semula selepas pulang dari kerja.Suaminya nampak kacak dan wajahnya penuh kegembiraan.Sama seperti tiga tahun lalu sewaktu awal pertemuan mereka dahulu.Tapi semuanya hilang setelah berkahwin dengannya.Ya,dia tahu itu!Suaminya tidak bahagia berkahwin dengannya.Sejak kebelakangan ini suaminya telah berubah hidupnya lebih ceria.Dia sendiri tertanya-tanya sebabnya.Adakah perempuan yang ditunggu suaminya selama ini telah pulang?Sekiranya benar telahannya dia bersedia seandainya suaminya ingin berkahwin dengan perempuan itu.Soal bermadu ini sudah lama dia fikirkan biarpun hatinya akan terluka,baginya biar terluka asalkan Hairie tidak tinggalkannya.Baginya Hairie adalah segalanya.
            "Abang nak keluar jumpa kawan,mungkin balik lambat sikit."Ujar Hairie mematikan lamunan Zahra.
  Zahra memandang suaminya,jumpa kawan ke girlfriend?Selama ini Hairie tidak pernah mempedulikan imejnya bila ingin bertemu dengan kawan-kawanya,tapi malam ni lain semacam.Minyak entah berapa botol.
            "Abang taknak makan dulu ke?"
            "Tak kut,malam nanti mungkin."
  Zahra mengeluh dalam hati.
  'Dulu selalu balik lewat,bila dah balik awal macam ni nak keluar pula.Masakan aku sapa nak makan?Asyik-asyik tong sampah juga yang dapat habuan.'
  Entah ke berapa kali dia dikecewakan oleh suaminya.Jarang sekali Hairie ingin cuba masakkannya.Apsal,teruk sangat ke?!
            "Ikut suka hati abang la."Ujarnya akhirnya kemudian dia terus melangkah keluar.
  Hairie tidak menghiraukan isterinya.Dia terus mencapai kunci kereta dan melangkah pergi.Tak sabar rasanya ingin bertemu dengan Rina.Dah lama dia rancang makan malam ini,dia harap malam ini akan memberi seribu satu makna buat mereka berdua.

########################################################################

6. "I tak boleh terima you lagi,you dah jadi adik ipar I,ingat tu!"Suaranya dikawal,dia tidak mahu melenting sebaliknya dia akan cuba berlembut dengan Hairie supaya melupaknnya.
            "No,I tak boleh terima semua tu.Dua tahun I tunggu you Rina,kali ni I takkan lepaskan you lagi."Ujar Hairie masih belum mahu melepaskan gemggamannya pada tangan Rina.
            "You cakap apa je lah,you dengan I tetap tak boleh bersama."
            "Sebab Zahra?"
  Hairie ketawa kecil.Baginya hal itu kecil saja,boleh diuruskan dengan mudah.
            "I boleh ceraikan dia,lepas tu kita boleh kahwin.Lagipun Irfan pun dah anggap I papa dia."
            "What?Sanggup you buat macam tu?You tau tak adik I cintakan you separuh mati.You tak kesian ke dekat dia?"Rina tersentak bercampur terkejut,dia langsung tidak menyangka bahawa Hairie sanggup bertindak begitu deminya.
            "Kalau selama dua tahun I tak hiraukan dia,takkan I tak sanggup ceraikan dia?Lagipun I tak sanggup hidup macam ni lagi,I tak bahagia."
  Rina menggeleng-gelengkan kepalanya,kesal dengan sikap Hairie.
            "I takkan terima you Hairie,I takkan.I tak nak hancur kan adik I.Ini keputusan muktamad I."
  Selepas itu Rina terus bangun meninggalkan Hairie biarpun lelaki itu berulang-ulang kali memanggil namanya.

*****************************************************

ZAHRA sengaja duduk di luar rumah pagi itu,mengambil angin sambil menjamu sarapan pagi.Hairie yang ketika itu baru turun dan ingin bersarapan terus menuju ke arah isterinya.Tanpa perasaan dia mengujarkan sesuatu.
            "Lepas sarapan ni tunggu abang dekat bilik bacaan,abang nak cakap sikit."Ujarnya lalu pergi.
  Zahra tersentak bila ditegur begitu,tanpa salam tiba-tiba saja suaminya muncul.Dalam hati dia sendiri tertanya-tanya,hal apa yang ingin dibincangkan suaminya.Dari riak wajah suaminya yang serius itu menjelaskan lagi bahawa hal yang hendak dibicangkan pasti sesuatu yang penting.Zahra berfikiran sejenak.Adakah Hairie ingin memberitahunya tentang bakal madunya?
  Lima minit sebelum suaminya datang,Zahra sudah tercegat di dalam bilik itu.Dia kegelisahan,bilik yang dingin ini terasa panas baginya.Dadanya berdebar kencang,rasa takut tiba-tiba menjelma.Hairie masuk bersama wajah tenangnya,langsung tiada perasaan.
            "Abang nak bincang apa?"Soalan pertama yang meluncur keluar dari mulutnya ketika itu.
  Hairie tidak pantas menjawab sebaliknya,dia merenung wajah lembut Zahra lama.Bersediakah sekarang?Hatinya tertanya.Tidak lama kemudian dia mengeluarkan sebuah sampul surat berwarna coklat dari laci meja.Makin berdebar Zahra.
            "Abang nak Zara sign borang ni.Abang buat keputusan ni demi kebaikkan kita semua."Jawab Hairie tenang.Sampul surat itu perlahan-lahan diletakkan didepan Zahra.
  'Surat poligami ke?Ya Allah,tenangkanlah hati ku ini.'
  Merah padam wajahnya ketika itu bila terpandang butir-butir surat tersebut tidak sama langsung dengan apa yang dia fikirkan tadi.Bukan surat poligami tapi sebaliknya surat penceraian.Air matanya sudah bertakung ditubir mata,kepalanya tertunduk tidak sanggup memandang wajah suaminya.
            "Kenapa ni bang?Kalau Zara ada buat silap atau salah,Zara minta maaf.Tapi,tolonglah jangan sampai bercerai."Suaranya separuh merayu,air matanya berjuraian membasahi pipinya.Tak sanggup dia berpisah dengan Hairie.
  Hairie tidak menjawab.Hairie sendiri terkejut bila isterinya menangis begitu,kali pertama dia melihat Zahra begitu adalah pada malam perkahwinan mereka dan ini kali kedua.
            "Abang tolonglah jangan ceraikan Zara.Zara sayangkan abang,Zara tak sanggup nak pisah dengan abang."Sekali Zahra merayu kali ini dia terus melutut dihadapan Hairie.Zahra semakin takut bila Hairie asyik membisu.Adakah Hairie tetap dengan keputusannya?
            "Abang tolonglah jawab...Za...Zara tahu abang tak cintakan Zara,abang tak bahagia dengan Zara,tapi tolonglah jangan tinggalkan Zara.Zara tak kisah kalau abang nak bahagia dengan sapa pun,kahwin dengan sapa pun,Zara izinkan."Zahra cuba meyakinkan suaminya.
            "Tak boleh Zara...a...abang kena ceraikan Zara dulu."
  Zara semakin tak keharuan,makin lebat air matanya.Sendunya tida dapat dikawal lagi.Tega Hairie buatnya begitu.Dua tahun dia sabar mencintai Hairie biarpun suaminya langsung tidak mencintainya,dia harap sangat suatu Hairie akan terbuka hatinya,tapi adakah ini penamat bagi segalanya?
            "Sapa bang perempuan tu?Biar...Zara pergi pujuk dia."Zahra masih tidak putus asa.Biarpun dia terpaksa merayu pada kekasih suaminya,dia sanggup.
  Hairie serba salah ingin meberitahu Zahra siapa perempuan tersebut.Hatinya sedikit tersentuh bila melihat kesungguhan Zahra memujuknya.Tapi,mana mungkin dia memilikki dua beradik dalam satu masa.
            "Kita harus bercerai,baru abang dapat kahwin dengan dia."
  Hairie terlalu berterus terang.Hati Zahra terluka buat keseribuan kalinya.Tak sedarkan Hairie yang dia sudah melukai sekeping hati milik Zahra?Sudah banyak luka hadir kerana lelaki itu.Benteng ketabahannya diuji lagi,tapi kali ini lebih teruk.
            "Kenapa?Kenapa bang?!"
  'Ya Allah,adakah aku harus berterus terang dengan dia?Tapi kalau aku asyik berselindung,makin sukar untuk aku bersama dengan Rina.'
            "Dia kakak Zara."Lemah suara Hairie menuturkan kata-katanya.
  Terasa ingin melayang tubuhnya ketika itu.Dia terduduk lemah di atas lantai.Terdiam disitu tanpa suara.Makin lebat air matanya turun.Sanggup Rina mengkhianatinya.
  'Ya Allah,kuatkanlah hatiku ini.'

#######################################################################

7. PANGG!!! penampar sulung dari Zahra singgah ke pipi kanan Rina.Rina terkedu,Puan Fatimah pun sama.
            "Sampai hati kakak!Kakak ni memang perampas!."Jerit Zahra sekuat hati.Air matany sejak tadi tidak lekang dari membanjiri pipinya.
  Rina diam tidak terkutik,dia faham maksud adiknya.Pasti Hairie sudah menyatakan sesuatu pada adiknya.Memang salahnya juga kerana tidak memberitahu perkara sebenar kepada Zahra.
            "Zahra!Apa kamu buat ni?"Soal Puan Fatimah terkejut.
            "Ibu tanyala sendiri dengan anak kesayangan ibu ni,apa yang dia dah buat."Akibat terlalu marah,Zahra hampir saja menengking ibunya.
            "Za...kakak tak dak apa-apa pun dengan Hairie.Adik jangan salah faham."Rina cuba menerangkan situasi sebenar.Tapi Zahra seolah-olah tidak mahu menerimanya.
            "Sudah la kak,semuanya dah terang.Abang Hairie sendiri yang cakap...Puasla hati kakak sekarang ni kan?!Tak lama lagi kitorang nak berpisah?!"
            "Ya Allah..."Puan Fatimah hampir saja terjelopok di atas lantai,tapi nasib baik sempat disambut oleh Zahra.Ibunya mungkin terkejut akibat berita ni.
            "Apa dah jadi ni Zahra?Apa yang dah berlaku dalam rumah tangga kamu tu?"
  Puan Fatimah hilang punca.Adakah disebabkan anak?Zahra dan Hairie sudah dua tahun berkahwin,tapi mereka tidak pernah dikurniakan anak lagi.Sebab inikah Hairie ingin berkahwin dengan orang lain?
            "Sebab apa Zahra?Kamu mandul ke?"Desak Puan Fatimah apabila melihat Zahra hanya mendiam.
  Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali.Bukan dia mandul,tapi suaminya langsung tidak pernah menyentuhnya.Erti kata lain dia masih dara.Dua tahun dia mencari jawapan mengapa suaminya bertindak begitu,rupa-rupanya sebab Rina.Disebabkan kakaknya juga lah dia tidak dapat menuntut haknya.
            "Ni...ni semua salah Zahra,ibu.Salah Zahra sebab kahwin dengan dia...abang Hairie tak cintakan Zahra,dia...dia cintakan kak Rina."
  Berat mulutnya ingin mengatakan Hairie mencintai perempuan lain.Selama ini dia berbohong dengan ibunya tentang hubungannya bersama Hairie.Segala ceritanya memang bohong,tapi itulah angannya.Biarpun hidup angan-angan itu sudah cukup untuk mengembirakan hatinya yang terluka.
            "Zahra...akak minta maaf,akak tak dak niat..."Belum sempat Rina menghabiskan bicaranya,Zahra terus berlari keluar dari rumah,sempat juga Zahra meminta maaf kepada ibu dan kakaknya.

************************************************************************

'Aku cintakan dia,aku tak sanggup nak lepaskan dia.Tapi dia...dia...dia nak ceraikan aku.Kenapa?Kenapa?Apa yang kurang pada aku?Tak cukup ke apa yang Zara buat pada abang?Ya Allah...kuatkanlah hatiku yang lemah ini,kuatkanlah hatiku untuk melihat suamiku bersama dengan kakak ku.'
  Tiba-tiba saja,hatinya terasa benci pada Hairie.Kecewa yang amat sangat pada suaminya,perasaan menyesal yang sebelum ini tiada kerana mengahwini Hairie muncul.Terasa dirinya tiada maruah tika ini kerana mengsia-siakan masanya selama dua tahun ini merayu kasih Hairie.
            "Bodoh,bodoh,bodoh!Zara benci abang!Benci!"Zahra menghentak-hentakkan kepalanya pada stereng kereta.
  Ketika itu Zahra tidak sedar dia sedang memandu,ketika dia angkat kepala arah pemanduannya sudah dituju pada sebatang pokok besar.Kereta yang dipandunya tidak sempat mengelak lalu melanggar pokok tersebut.

************************************************************************

TIGA MINGGU berlalu...
Zahra baru saja sedar dari koma.Selepas melakukan beberapa pembedahan bagi membuang darah beku di kepalanya.Zahra menilik wajahnya di cermin,ada beberapa calar tetapi tidak mencacatkan wajahnya.Cuma kepalanya saja yang botak.Mungkin doktor telah mencukurnya ketika ingin melakukan pembedahan,nasib baiklah dia berrtudung kalau tidak mau malu dia.
  Tiba-tiba pintu wad dikuak dari luar ibunya muncul bersama senyuman lebar.
            "Bila Zahra bangun?Maaflah,tadi ibu pergi beli makanan sikit."
  Zahra geleng.Alhamdulillah,kemalangan itu tidak mematikan memorinya.Dia masih ingat siapa dirinya,keluarganya dan apa yang sudah berlaku.
            "Zahra nak makan?Biar ibu suapakan,ya?"
            "Terima kasih ibu."Ucapnya sambil ketawa kecil.
  Sepanjang dirinya terlantar dikoma,ibu dan Hairie yang bergilir-gilir datang menjaganya.Terasa dirinya dihargai,tapi itu semua hanya untuk sementara.Tak lama lagi Hairie akan menceraikannya.Hakikat itu yang harus dia terima.
  'Sabarlah Zahra,jodoh kau dengan dia tak dak.Mungkin dengan orang lain.'

#######################################################################

8. "KENAPA,tak ceraikan saya lagi?Kan abang yang tak sabar sangat nak cerai?"Soal Zahra malam itu.Ketika itu Hairie sudah bersedia untuk tidur,tapi terkejut dengan pertanyaan isterinya.Dia menoleh memandang Zahra.
  Zahra tidak mempedulikan suaminya.Dia sendiri tertany-tanya mengapa Hairie belum menceraikannya.Sudah seminggu sejak dia pulang Hairie masih belum menerima apa-apa kata putus dari suaminya.Pulang dari hospital dia terus pergi ke rumah ibunya,tapi dijemput oleh Hairie untuk pulang ke rumah mereka.Dia sendiri hairan,mengapa suaminya melakukan semua itu?
            "Kenapa tak tidur lagi?Esokkan Zara nak kena bangun awal."Hairie kalau boleh tidak mahu menimbulkan soal cerai.Kalau boleh dia tidak mahu bercerai dengan isterinya.Mungkin hairan,tapi itulah keputusannya.Selepas Zahra kemalangan baru la dia sedar betapa menyesalnya dia ketika itu.
            "Tak apa,saya dah biasa tidur lambat."
            "Kalau macam tu abang tidur dulu lah!"Jawab Hairie akhirnya.
            "Abang...!Jangan cuba nak mengelak dari saya pulak."Marah Zahra bila melihat Hairie tidak mempedulikannya.
  Hairie memejamkan matanya walaupun namanya dipanggil beberapa kali.
  'Maafkan abang Zara...maafkan abang.Abang dah terlalu banyak berdosa dengan Zara.Abang nak tebus balik kesalahan abang,abang nak bahagiakan Zara.Abang...abang...sayangkan Zara,cintakan Zara.Abang buta Zara,buta untuk menilai cinta Zara.Abang menyesal...masa Zara koma dulu,abang rindu sangat dengan Zara.Masa tu abang cuba ignore aja perasaan ni,tapi makin lama,abang tak boleh lupakan Zara.Selama dua tahun ni,Zara yang selalu isi kehidupan abang.Abang salah sebab abaikan Zara.Bagilah peluang kedua untuk abang tebus balik kesalahan ni.'Hatinya bermonolog sendiri.Walaupun matanya terpejam tapi sebenarnya dia masih belum tidur.
            "Isy abang ni,tak apa...esok ada lagi."

************************************************************************

"ZARA nak pergi mana pagi-pagi ni?"Soal Hairie apabila terpandang susuk tubuh Zara.Zara kelihatan ayu dengan baju kurung moden berwarna biru lembut dan dipadankan dengan sehelai tudung hijau.
            "Oh,saya lupa nak bagi tau abang.Hari ni saya ada interview dekat PJ."
  'Hah?Interview?Zara nak kerja ke?'
            "Saya ada minta kerja dekat beberapa syarikat,ni interview pertama saya."Sambung Zara lagi sambil menyolek wajahnya.
            "Zara nak kerja?Zara kan baru balik dari hospital,mana baik lagi."Ujar Hairie gusar dengan keadaan Zara.
            "Mana ada,saya okay dah."
            "Kenapa nak kerja?Duit belanja yang abang bagi tiap-tiap bulan tak cukup ke?Kalau tak cukup abang boleh up lagi."
  Zara menggelengkan kepalannya.
            "Bukan...saya kerja untuk masa depan saya.Nanti kita cerai,saya nak makan apa?Sekarang ni boleh la saya makan duit abang."
  Ini adalah langkah pertamanya untuk persediaan bercerai nanti.Selain itu sengaja dia ingin sibukkan diri supaya dapat melupakan Hairie.Kalau boleh dia ingin buang jauh-jauh perasaan cintanya pada Hairie.Dia tak ingin sakit hati lagi.Sekurang-kurangnya nanti dia bersedia melihat kakaknya bersama Hairie.
  'Zahra,Zahra...kenapalah awak asyik sibuk pasal cerai aja?Cuba la awak sebut pasal lain.'
            "Abang tak benarkan...kalau Zara nak kerja juga,Zara kerja dengan abang."Jawab Hairie tegas.
  'What kerja dengan dia?Isy...sengaja la tu.Nak sakitkan mata dan hati saya tengok abang dengan Kak Rina.'
            "Tak nak la,saya nak kerja dengan orang lain lagi senang."
            "No!Abang bagi kata dua je,sama ada kerja dengan abang atau duduk rumah je."Hairie terpaksa berkeras,kalau tida makin susah dia nak dekati Zahra.Sekarang ni pun Zahra dah berubah tak macam dulu.Isterinya sekarang asyik melawan cakapnya aja,kadang-kadang berani ingkar arahannya.Mana Zahra yang manja dulu?Lagipun Hairie takut kalau Zahra mencari lelaki lain setelah apa yang berlaku.
            "Eh abang ni,suka hati saya la!Lagipun kita dah nak cerai,abang mana boleh arah-arah saya macam dulu."Marah Zahra balik,geram dengan tindakan Hairie.Suaminya sekarang dah makin garang pulak!
            "Sapa cakap abang nak cakap ceraikan Zara?"
            "Abang la!"
  Hairie mengeluh lalu memegang kedua belah bahu isterinya.
            "Abang masih suami Zara,selagi kita belum bercerai Zara wajib dengar kata abang.Faham!"
  Zahra tarik muka,mulutnya muncung tanda dia tidak setuju dengan Hairie.Tapi apa yang dicakapkan suaminya benar dan dia terpaksa turuti juga.Ikutkan hatinya kalau boleh dia nak bercerai sekarang juga,tapi kuasa talakkan ada pada suaminya saja.
            "Okay,sekaran ni Zara nak ikut abang ke?Nak duduk rumah?"
  Zahra berfikir sejenak.Rasanya lebih baik dia ikut suaminya saja,mana tahu dia dapat mencari pengalaman bekerja sebelum bekerja dengan orang lain.Rancangannya,dia akan bekerja dengan suaminya beberapa bulan saja kemudian dia akan berhenti dan mula bekerja dengan orang lain.
            "Ya la,ya la...saya pergi dengan abang."
  Hairie tersenyum,lega hatinya bercampur gembira.

########################################################################

9. 'Selamat ulang tahun yang ke 25 sayang...semoga Allah panjangkan umur sayang.Abang dah siapkan kejutan untuk sayang,tapi sayang kena ikut arahan yang abang bagi tu.'

ZAHRA membuka sehelai lagi kertas yang dia dapat bersama surat entah dari siapa.Dia sendiri tak ingat hari ni hari lahirnya,tapi surat ni buat dia tertanya-tanya siapa gerangannya.Di berteka sendiri.Hairie ke?Takkanlah suaminya langsung tak pernah ingat hari lahirnya.Tapi surat ini lebih terarah kepada Hairie,siapa lagi yang bahasakan diriya 'abang' selain Hairie.Dia manala ada abang.Tapi dia terfikirkan seorang lagi,Encik Faizal.Lelaki itu meminatinya sejak pertemuaan pertama mereka,tapi nasib baiklah dia sudah jelaskan status dirinya yang sebenar kepada lelaki itu.
  Arahan demi arahan membawa dirinya ke sebuah banglo yang besar dan kawasannya agak terpencil dari kawasan perumahan yang lain.Zahra gusar,antara nak masuk atau tidak.Pintu gerbang banglo tu pula sudah sedia terbuka luas untuknya,seolah-olah ingin menyambut kehadiranya ke situ.Rumah tersebut pulak terang benderang yang pastinya berpenghuni.
  'Nak masuk ke tak ni,ek?'Hatinya bersoal sendir,mana tahu ada orang jahat yang senagaja nak kenakan dia.Orang zaman sekarang ni mana boleh harap sangat.
  Zahra tidak jadi masuk,dia ingin pulang tetapi langkahnya berhenti bila namanya dipanggil.
            "Abang!"Jerit Zahra bila terpansang suaminya berlari-lari anak kearahnya.
            "Zara,jom masuk."Ajak Hairie sambil menarik tangan isterinya.
  Zahra tidak sempat menjawab,dia cuma mengikut langkahssuaminya masuk ke dalam rumah banglo tadi.Wajah Hairie cerai dan gembira.
            "Ada apa ni bang?"Soal Zahra bila terpandang sebuah taman mini yang dihias cantik dan ditengah-tengahnya ada sebuah ruang yang berbentuk hati yang disusun menggunakan lilin.Buat seketika matanya terpukau dengan keindahan pemandangan ini.Hatinya berlagu rindu ditambah lagi dengan suasana romantik begni.Hatinya berdebar.
            "Happy birthday sayang."Ucap Hairie lalu menghadiahkan sebuah kucupan mesra dipipi isterinya.
  Zahra terkejut,tapi tidak menghalang.
  Hairie memimpin tangan Zahra menuju ke ruangan cinta tersebut.Mereka duduk di atas rumput yang halus dan lembut.
            "Susah tak cari tempat ni?"
            "Rumah sapa ni?"
  Soalan yang dijawab dengan soalan juga.
            "Rumah kita,dah lama abang beli rumah ni."
            "Untuk apa?"
            "Untuk kita tinggal dekat sini sayang,mulakan hidup baru."
            "Kenapa abang buat semua ni?Untuk sakitkan hati Zara?"Soalnya bersama linangan air mata.
  Apa tujuan Hairie sebenar?Mahu buatnya jatuh cinta kembali kepadanya dan kemudian diceraikan begitu saja?
            "Shh...please don't cry sayang.Abang buat semua ni untuk kita berdua...abang...abang cintakan Zara."Gugup Hairie bila meluahkan perasaanya pada Zahra.
  Zahra tersentak,dia kurang percaya dengan penyataan suaminya.Habis tu macam mana dengan Rina?
            "Abang minta maaf Zara,selama ni abang dah sakitkan hati Zara.Abang abaikan perasaan Zara hinggala Zara accident dulu...masa tu abang terkejut bila Zara accident.Zara koma selama tiga minggu,masa tu baru abang sedar yang abang rindukan Zara.Mula-mula abang cuba tak pedulikan perasaan abang,tapi lama-lama abang rasa macam tak boleh tanpa Zara.Tiga minggu hidup abang rasa kosong,sepanjang kita hidup bersama dua tahun hanya Zara yang isi kehidupan abang.Tapi bila tiba-tiba Zara pergi,abang sunyi tanpa Zara."
  Zara tersedu-sedu mendengar pengakuaan ikhlas dari suaminya.Hairie memeluk tubuh Zara kemudian dia mencium ubun-ubun isterinya lama.
            "Maafkan abang."Bisisknya lembut dekat dengan telingan Zara.
            "Kak Rina?"Soal Zara setelah sekian lama mendiam.Dia membiarkan saja tangan kasar Hairie membelai wajahnya lembut
            "Abang dah jelaskan padanya,dia gembira bila abang bagi tahu dia.Tak lama lagi,dia akan kembali pada Farhan."
  Zara terkejut,dia memandang tepat anak mata Hairie.Hairie yang faham maksud Zahra mengangguk.
            "Terima kasih abang!"Suaranya separuh menjerit sambil memeluk tubuh suaminya erat.
            "Abang yang patut terima kasih dengan sayang,sebab sudi beri abang peluang kedua."
  Mereka saling berpelukkan.Hairie mencium lama bibir Zahra membiarkan bahang cintanya dapat dirasai oleh Zahra.Biar isterinya tahu yang dia betul-betul ikhlas.
            "I love you."Ucap Hairie sewaktu bibir mereka berpisah.
            "Love you too."Ucap Zahra lalu menyembamkan wajahnya pada dada suaminya.

THE END
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...