Followers

Sabtu, 18 Ogos 2012

Perangkap Cinta 23

Bab 23
“NIA,Nia...Nia!”Laung Farhan sambil cuba mengejar langkah Dania yang laju dihadapan.
  Suasana disitu agak gelap cuma beberapa kawasan saja yang diterangi cahaya lampu kalimantang.Kereta yang pada mulanya berderetan penuh dikawasan lot parking itu mula beransur surut.Dania masih tdak mendengar panggilan Farhan.Ketika itu,dia sedang berbual dengan seseorang melalui telefon bimbitnya.Kelihatan mesra.
            “Nia.”Farhan dapat menangkap lengan gadis itu.
  Dania jelas terkejut.Apabila terpandang saja wajah yang dikenalinya barula dia dapat menarik nafas lega.Dia menghadiahkan sebuah senyuman manis buat Farhan.Bergetar hati lelakinya ketika itu.Dalam gugup dia membalas senyuman Dania.Nafasnya tercunga-cungap kerana penat mengejar gadis itu.
            “Awak buat apa dekat sini Farhan?”Tanya Dania lembut seperti biasa.
            “Tak,takdak apa.Saya nak jumpa awak je.”Jawab Farhan lambat-lambat.
  Tiba-tiba Dania ketawa halus.Sepanjang tempoh dia tidak berjumpa dengan Farhan,tidak terlintas lansung difikiranya tentang lelaki itu,yang dia fikirkan sekarang adalah suaminya,Farish Iskandar.Dalam hati dia tertanya-tanya juga,mengapa lelaki itu mencarinya?Nampak tergesa-gesa.Macamla tak boleh berjumpa di rumah bersama Farish Iskandar.
            “Kenapa awak gelak?”Farhan kehairanan.Tapi dia suka bila melihat gadis itu ketawa,comel!
  Dania geleng.
            “Awak nak jumpa saya?Kenapa,ada hal penting ke?”Sekarang giliranya pula bertanya.
            “Hmm,saya rindu dekat awak.”Suaranya perlahan,tapi masih boleh didengari Dania.Farhan tidak berani mengangkat muka,malu.
            “Hah?!Rindu?Hahahaha....dari awak rindu dekat saya baik awak rindu dekat ibu awak ke,ayah awak ke,ataupun nenek awak.Lagi bagus.”Dania sekadar ingin berlucu.
            “Isy,awak ni!Saya serius,awak main-main pulak!”Farhan tegas dengan ungkapanya sebentar tadi.
  Dania terdiam.Memandang wajah Farhan yang kelihatan serius dan mendengar suaranya yang tegang membuatkan Dania berfikir yang bukan-bukan.Dadanya berdegup kencang,peluh mula membasahi tubuhnya.Dia memalingkan tubuhnya dari menghadap sekujur tubuh Farhan.Dia memejam matanya lama.
  Kenapa dengan dia ni?Lain macam aja bunyi.Ya Allah,janganla...
            “Nia,awak dengar tak ni?”Fahan menyentuh lembut bahu Dania membuatkan gadis itu sedikit terperanjat.Dania berundur setapak ke belakang.
            “Er...Er...saya kena balik dulu.Assalamualaikum.”Ucapnya lalu meneruskan perjalanan.Dia melangkah pantas.Tidak mahu menoleh ke belakang lagi.
            “Dania!Awak nak pergi mana tu?Saya tak habis cakap lagi ni!”Farhan tidak putus-asa.Dia tahu,gadis itu sengaja ingin lari darinya.Dia mengejar langkah Dania sepantas yang boleh.
  Apsal dengan dia ni?Kejar-kejar aku pulak!Ni yang aku malas ni.
  Dania tidak pedulikan panggilan Farhan.Dia terus melangkah,kalau boleh nak sangat dia cepat sampai ke kereta yang dipinjamkan Farish Iskandar kepadanya.
            “Nia!”Farhan dapat menangkap pergelangan tangan Dania.Kali ini dipegang kuat tangan gadis itu supaya tidak lari lagi darinya.Dia merenung tajam wajah gadis itu.Mereka saling bertentangan mata.
            “Apa awak ni?Sakit tau tak!Lepaskn saya!”Kasar suaranya memarahi Farhan.Dia tidak suka dengan tindakan lelaki itu.
  Farhan tidak memperdulikan Dania.Sebaliknya dia menolak kasar tubuh gadis itu hingga tersandar ke dinding.Tubuh mereka begitu rapat hingga tiada ruang pun yang tinggal.Deru nafas Farhan yang tidak teratur boleh didengarinya.
            “Apa awak cuba buat ni?!”
            “Saya nak awak dengar dulu apa yang saya nak cakap.”
            “Apa,dia?Cakapla,cakapla cepat!”
  Farhan terdiam lama.Dia tidak tahu bagaimana dia ingin mengungkap rahsia hatinya pada Dania.Cuma peluang ini saja yang dia ada.Dia tahu,jika dia melepaskan peluang ini,tiada peluang lain yang ada buatnya.
            “Saya cintakan awak.Saya tak boleh nak hidup  tanpa awak,saya dah terlalu sayangkan awak.Tolongla terima saya dalam hidup awak,Nia.Tinggalkan Farish,dia bukan lelaki yang baik.Dia jahat,dia tipu awak Nia.Dia Cuma nak...”
            “Stop it!Stop it!Apa cerita karut yang awak cuba sampaikan, hah?!Saya tak cintakan awak,saya cintakan suami saya.Faham!”Jeritnya lantang.Wajahnya kemerahan seperti udang bakar.
            “No,no...awak tak boleh cintakan dia.Nanti awak yang merana.Tolonglah percaya.”
            “Nonsense!Baik awak lepaskan saya sekarang,kalau tak selama-lamanya saya akan benci awak.”Dania beri amaran.Dia betul-betul tidak menyangka tindakan luar jangkaan Farhan.
  Nak tak nak,terpaksala dia melapaskan Dania.Farhan berundur beberapa tapak ke belakang.Dia tidak mahu Dania membencinya.Kalau boleh,dia mahu Dania mencintai dirinya.
  Dania bertindak pantas dengan meluru masuk ke dalam kereta dan terus menguncinya.Dia takut andai Farhan bertindak kasar lagi ke atasnya.Tanpa membuang masa dia terus menghidupkan enjin dan berlalu pergi dari situ.Lagipun dia sudah agak lewat sekarang,suaminya pula masih menanti kehadiranya di rumah.Kesian Farish Iskandar.
  Fikiranya runsing ketika ini.Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan sekarang.Bila dia sudah mengecap bahagia bersama Farish Iskandar,ada pihak lain pula yang menganggu.Ini belum lagi dengan hal Razman.Bagaimana dia ingin berdepan dengan lelaki itu nanti?Salah dia ke keadaan menjadi kalut begini?Pelbagai soalan bermain dalam kotak fikiranya.
  Kereta meluncur laju di atas jalan raya.Nasib baiklah dia mempunyai lessen kereta ketika suaminya memberi kebenaran menggunakan kereta ini,kalau tidak kempunanla dia hendak memandu.Dania tidak sabar pulang ke rumah,melepaskan rindu dan menatap wajah suaminya.Bahagia yang selama ini dia dambakan akhirnya dia dapat juga.

“OIT,aku ni Nia.Kau lupa dah ke dekat aku?”Suara Dania kedengaran dicorong telefon.
  Azie yang pada mulanya ragu-ragu dan tidak mengenali nombor itu tersenyum lebar bila mendengar suara sahabat baiknya.Sudah lama mereka tidak berhubung,rasa rindu pula pada Dania.
            “Nia!Apsal dah lama tak contact kitorang?Mentang-mentangla dah ada orang kesayangan baru,orang lama dilupakan.”
            “Isy,mana ada.Kau ni la...kalau aku dah lupa dekat korang semua,sekarang ni takdakla aku call kau.”Dania membetulkan sangkaan Azie.Bukan dia lupakan sahabat-sahabatnya cuma,masa yang tidak mengizinkanya untuk menghubungi mereka.Tambahan pula sekarang dia terpaksa mengurus suaminya.
            “Kau dengan yang lain macam mana?Apa citer sekarang?”Sambungnya lagi.
            “Okay je...kau dengan Iskandar macam mana pulak?Kami dah tak sabar nak tengok muka baby kau ni.”
  Meletus ketawa Dania ketika itu.Terasa lucu pula.Hmm...anak.
            “Haisy...kau ni.Kalau tak sabar sangat nak dapat baby,cepat-cepatla kahwin.Jangan nak suruh orang je.”
  Kini giliran Azie pula ketawa.
            “Coming soon...”
            “Hmm...aku call kau ni,aku ada hal nak bagi tahu.Aku dengan suami jemput datang rumah hari Ahad ni.Kami buat kenduri sikit.”
            “Aik,lain macam je bunyi?Kenduri nak sambut anak ke?”Azie sengaja ingin mengusik rakanya.Rindu ingin mendengar gelak tawa gadis itu.
            “Kau ni,ada-ada je!Mana ada,cuma majlis makan-makan je.Datang tak nanti?”
            “Okay,takdak hal punyala!Pasal kau,aku sanggup pergi.”
            “Thanks,takpala aku letak dulu.Kirim salam dekat Sara dengan Iela tau?Asssalamualaikum.”
  Selepas itu talian terus diputuskan.Dania membaringkan tubuhnya di atas katil sambil menghela nafas lega.Dia tersenyum sendiri,tidak sabar menanti hari Ahad nanti.Rasa rindunya pada rakan-rakan begitu memuncak.Dia ingin bercerita bersama mereka.
  Farish Iskandar melangkah masuk ke dalam bilik.Pintu bilik ditutup perlahan-lahan tidak mengejutkan isterinya.Dia melihat Dania sedang berbaring di atas katil sambil telefon bimbit ditanganya.Dia pasti isterinya baru habis berbual dengan seseorang.
            “Assalamualaikum sayang,cakap dengan sapa tadi?”Ujar Farish Iskandar lalu membaringkan tubuhnya sebelah Dania.Dia merenung lembut isterinya.
            “Dengan Azie,cakap pasal plan hari Ahad ni la.”
            “Oh...hmm,abang nak tanya ni.Kenapa balik lambat sangat?Risau abang tadi.”Ujar Farish Iskandar serius.
  Dania tersenyum senang.Suaminya risau juga tentang keselamatanya.Dia mencuit hidung Farish Iskandar,tidak mahu melihat wajah suaminya yang kelihatan serius.Kalau boleh dia mahu suaminya senyum.Baru lega hatinya.
            “Saya bukanya nak balik lambat pun tadi,dah saya terserempak dengan Farhan,so saya borak-borakla kejap dengan dia.Lagipun diakan kawan baik abang,kan tak elok kalau saya buat tak tau je dekat dia?”Dania terpaksa berbohong tentang perkara yang dia alami sebentar tadi.Dia tak mahu kerana hal itu suaminya dan Farhan akan bergaduh.
  Farish Iskandar sedikit kaget,tapi dia dapat mengawal riak wajahnya dari kelihatan.Dia merenung isterinya lama.Tiada perkara yang mencurigakan.Tapi dalam hati dia bimbang dan gusar seandainya Farhan memberitahu perkara yang tidak sepatutnya diketahui Dania,yang dulu dia pernah berjanji pada Farhan akan menyerahkan Dania selepas perjanjian mereka tamat.Dia sayangkan Dania,dia taknak perkahwinan ini hancur kerana perkara itu.
            “Dia cakap apa?”
            “Hmm...takdak apa sangat pun,sekadar tanya khabar pasal abang.”Jawab Dania ringkas.Kalau boleh dia tidak mahu suaminya menyoalnya lagi tentang Farhan.
            “Hmm...”Satu keluhan lahir dari bibir Farish Iskandar.Hatinya cemburu.Dia tahu Farhan pernah menyintai Dania.Adakah lelaki itu masih menyintai isterinya?Farish Iskandar lupa akan hal itu.Bukankah Farhan juga yang dulu sentiasa bertanyakan tentang Dania.Bukan dia!
            “Hai...kenapa mengeluh ni?Cemburu ke?Takkanla dengan kawan baik sendiri nak cemburu?”Dania sengaja mahu mengusik suaminya.
            “Abang tak suka sayang jumpa dengan dia lagi.”Jawab Farish Iskandar terus-terang.
            “Kenapa?”
  Isy,banyak tanya pulak isteri aku ni?
            “Kalau abang tak suka,tak suka la.Jangan banyak tanya boleh tak?”Suara Farish Iskandar sedikit meninggi.Selepas itu dia bangun dan terus keluar.
  Dania tergamam.Sedikit merajuk dengan sikap Farish Iskandar.Dia tak tahu mengapa tiba-tiba suaminya marah padanya.Adakah sebab Farhan?Tapi kenapa?
  Arggh...benci betula bila macam ni!Jerit hatinya kecewa.

5 ulasan:

  1. best.... da lama tunggu n3 ni....

    BalasPadam
  2. novel ni best la :h: :l:

    BalasPadam
  3. yati best sngt la novel PRC ne, tk sabar nk baca n3 yg sterusny..... n3 la bab 24 lak...
    :|:

    BalasPadam
  4. :m:http://i306.photobucket.com/albums/nn252/cebong_ipit/templateanna/emo-girl-009.gif

    BalasPadam
  5. novel ni dh keluar versi cetak ke??? teringin untuk memilikinya...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...