Halaman

Followers

Isnin, 16 April 2012

Jangan Pernah Sakiti Aku 9


Note: Re-edit version



BAB 9

SEWAKTU dia sampai di rumah, dia lihat Datin Sofea dan Dato Bahar tiada di rumah, Puan Khadijah dan Encik Masri juga tiada. Rumah banglo dua tingkat itu sepi. Hariz menghela nafas lega, sekurang-kurangnya tak perlulah dia berlakon di depan mereka buat sementara waktu. Lalu direbahkan tubuhnya di atas sofa. Lama dia memejam mata sambil fikirannya jauh melayang memikirkan kekasih hati.
            Hariz teringatkan Haryani, pantas dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari pokek seluar. Dia memeriksa panggilan ataupun pesanan yang mungkin diterima dari Haryani, tapi hampa satu panggilan atau pesanan darinya pun tiada. Dia mengeluh lagi, kemarin dia  ada cuba beberapa kali menghubungi Haryani tapi panggilannya langsung tidak berjawab, pesanannya pula langsung tidak terbalas. Harap-harapnya Haryani akan menghubunginya hari ini tapi tidak.
            “Kenapa dia tak call aku balik ni? Takkan dia tak perasan missed call dan mesej aku kut?” Hariz bertanya sendiri. Wajahnya jelas tidak puas hati dan geram.
            Hariz berkira-kira ingin menghubungi Haryani lagi, tapi niatnya itu dibatalkan bila Ila tiba-tiba muncul.
            “Awak, mama dan papa takdak diorang semua pergi ke kebun ikut ayah dan ibu.” Ujar Ila bila terpandangkan kegusaran suaminya. Mungkin Hariz tertanya-tanya ke mana orang tua mereka. Tebaknya sahaja.
            Hariz kembali menyimpan telefonnya.
            “Diorang buat apa?” Dia sendiri hairan. Pagi tadi sewaktu sarapan tidak pula mereka suarakan niat untuk ke kebun, kalau tak boleh dia ikut sekali. Teringin juga dia, ya lah dekat Kuala Lumpur mana ada kebun, sekali sekala di kampung boleh juga dia tengok-tengok keadaan di sekeliling.
            “Entah. Agaknya saja la nak tengok-tengok kut.” Jawabnya ringkas sambil mengambil tempat di kerusi yang lain.
            “Habis tu tinggal kita dua je lah dekat rumah?”
            “Hmm, nampaknya macam tu la. Kenapa?”
            Tinggal mereka berdua saja di rumah besar ini, walaupun sedikit gementar dia berusaha supaya kelihatan tenang di hadapan suaminya. Tapi Hariz pula hanya tersenyum kecil seolah-olah tiada apa-apa.
            Hariz dapat mengagak yang ini adalah rancangan orang tua mereka yang mahu mereka berdua-duaan. Mungkin dengan cara ini mereka sangka dia dan Ila akan lebih rapat. Hariz gelengkan kepalanya. Hubungan mereka takkan lebih dari sebatas teman, hanya Haryani yang dia inginkan dalam hidupnya.
            “Yang awak senyum-senyum ni kenapa?”
            “Oh, takdak apalah. Kalau macam tu saya naik atas dulu.” Ucapnya lalu bangun dan ingin beredar ke bilik. Tubuhnya terasa melekit dan membersihkan diri.
            “Awak, ibu cakap kita makan tengah hari dulu, diorang mungkin lambat.”Ila bersuara lagi.
            “Takpalah, saya naik atas kejap. Bersiap.”
            Sebelum dia beredar ke tingkat atas sempat juga dia menjenguk lauk-lauk untuk makan tengah hari nanti. Wah! Ada asam pedas kegemarannya. Tiba-tiba saja perutnya bernyanyi minta diisi. Dengan senyuman nakal dia pandang isterinya.
            “Macam mana awak tahu saya suka asam pedas? Awak tanya Yani ek?” Teka Hariz. Dia dan Haryani berkongsi kegemaran yang sama, mereka berdua begitu gemar dengan lauk asam pedas. Haryani sudah beberapa kali disuruh masak lauk itu untuknya, memang hasilnya tidak pernah menghampakan.
            “Mana ada! Mama yang minta saya masakkan.” Ila menidakkan telahan Hariz. Dia sendiri tidak tahu makanan kegemaran Hariz. Pagi tadi tiba-tiba saja Datin Sofea memintanya masakkan asam pedas, katanya teringin nak rasa air tangan menantu.
            Hariz tidak berkata apa lagi. Selepas itu dia terus menuju ke bilik. Kalau mama memang dia sedia maklum lauk kegemarannya itu. Tapi cara mama beritahu Ila, seolah-olah sengaja. Ada saja idea mama nak kenen kan mereka.
            ‘Ah, lantaklah. Asal tak menganggu hubungan aku dengan Yani sudah.’
            Walaupun dia tidak kisah, tapi dia malu sebenarnya. Sebagai isteri sepatutnya dia lebih tahu pasal Hariz. Tapi wanita lain yang lebih arif tentang suaminya itu. Kenapalah dia tak tanya Haryani sebelum ni? Takpalah, lagipun masa tu dia masih rasa bersalah dengan Haryani. Tapi sekarang takdak apa yang boleh menghalang perasaannya lagi. Lepas ni boleh la dia tanyakan Datin Sofea pasal Hariz yang tidak dia ketahui sebelum ini.  

HARYANI cuba berlari sekuat hatinya, dadanya jelas berombak ganas. Peluh mula menampakkan bayang disekitar dahi dan tengkuknya. Nafasnya tidak teratur,  udara di situ kotor dan dia tidak selesa. Dia ingin segera pergi dari situ, tapi langkahnya terasa berat. Kenapa susah sangat nak jalan ni? Selepas itu tiba-tiba muncul seseorang dan merantai kakinya supaya tidak pergi. Jelas dia terkejut, dia ingin marah dan menjerit pada orang itu tapi suaranya bagai tersekat di kerongkong. Siapa dia ni? Wajah Hariz kelihatan di depan matanya sambil tersenyum sinis. Dia cuma ketawa dan membiarkan Haryani berusaha sendiri untuk melepaskan diri.
            “Pergi! Pergi! Jangan ganggu hidup aku lagi!” Tempik Haryani.
            Matanya masih terpejam rapat. Dahinya berkerut-kerut. Wajahnya yang basah dengan peluh kelihatan kemerah-merahan. Tangannya seperti melibas dan menolak sesuatu.
             “Pergi! Pergilah, jangan seksa hidup saya lagi.” Suaranya kedengaran separuh merayu. Dia mulai menangis teresak-esak.
             Azie yang ketika itu melintasi bilik tidurnya terkejut bila telingannya menangkap suara tangis Haryani.
             “Ya Allah, Yani!” Azie segera pergi mendapatkan sahabatnya itu.
             “Shh.... Aku dekat sini. Jangan nangis lagi, okay?” Ujar Azie lembut. Tangannya mula membelai rambut Haryani. Mulutnya terkumat-kamit membaca potongan ayat suci al-Quran, lalu dihembusnya ke telinga  Haryani. Keadaan Haryani semakin reda. Dia menarik nafas lega. Entah la, kalau tiada dia mungkin semakin menjadi-jadi igauan Haryani.
            Tangannya pantas memegang dahi Haryani. Panasnya! Demamnya masih belum kebah. Hatinya mulai tidak tenteram.
            “Apa aku nak buat ni?” Ujar sendiri.
            Nak buat apa sekarang? Nak bawa ke klinik, Haryani masih tak sedarkan diri. Mana dia larat nak angkat Haryani seorang diri. Nak minta bantuan jiran, semuanya ke kerja. Dia terfikirkan sesuatu, mungkin dengan cara ini dapat membantunya. Dia mencapai telefon bimbit Haryani. Kemudian tangannya ligat mencari senarai kenalan yang mungkin mereka kenali. Boleh juga dia minta tolong.
            “Helo.” Ujarnya membuka bicara. Panggilannya berjawab hanya selepas beberapa saat saja.
            “Assalamualaikum. Yani?”
            “Er... Maaf, ni bukan Yani. Saya kawan dia. Awak Razman kawan Yani kan?” Tanya Azie teragak-agak. Dia tak yakin pula dengan keputusannya untuk meminta tolong lelaki bernama Razman ini. Kebetulan dia lihat dalam senarai kenalan Haryani, hanya Razman kawan lelaki yang ada selain Hariz. Takkanlah dia nak panggil perempuan juga kut? Tak terangkat pula Haryani nanti.
            “Oh, ingatkan Yani tadi. Hmm, ada apa ya call?” Suara parau di sana bertanya. Kedengaran sedikit terkejut.
             “Saya nak mintak tolong sikit. Awak free tak sekarang?” Tanya Azie ragu-ragu. Dia mengetap bibir. Entah mengapa, dia seperti mengenali lelaki yang bernama Razman ini.
            “Tolong apa?”

SUASANA sepi di antara mereka. Azie hanya membisukan, manakala insan di sana turut mendiamkan diri. Pertemuan mereka sebentar tadi betul-betul mengejutkannya. Tidak sangka Razman adalah senior mereka ketika di universiti dulu. Sudah bertahun rasanya mereka tidak bertemu, lelaki itu sudah banyak berubah dari segi penampilan dan gayanya. Dulu ketika mereka masih belajar, lelaki itu digelar ‘mat nerd’ kerana gaya penampilannya yang melucukan dan lurus. Dengan kaca mata besar dan kemeja yang dibutangkan hingga ke atas. Sekarang, lelaki ini betul-betul sudah berubah, sudah pandai bergaya dan nampak kacak. Tapi dia tertanya-tanya, bila masa pula Haryani menyimpan nombor telefon seniornya ini? Atau mereka sudah lama bertemu.
            Razman memandang tepat ke arah pintu wad kecemasan yang masih tertutup rapat. Sudah lima belas minit Haryani berada di dalam. Hatinya cemas dan risau bila diberitahu yang gadis itu sakit dan tidak sedarkan diri oleh Azie yang sememangnya sudah lama dikenalinya sebagai teman rapat kepada Haryani. Mereka tersentak bila pintu bilik rawatan terbuka. Seorang doktor wanita muncul dengan senyuman di bibir. Matanya saling memandang Azie dan Razman. Mereka berdua terus menerpa ke arah doktor tesebut. Azie cemas, Razman kalut.
            “Keluarga pesakit?” Soal doktor tersebut yang kelihatan bingung melihat Azie dan Razman.
            “Saya!” Jawab mereka berdua serentak. Kemudian mereka saling berpandangan, Azie hairan manakala Razman serba salah.
             “Dia tak apa-apa. Cuma demam panas, tapi tekanan darahnya rendah. Oleh sebab itu, saya terpaksa menahan pesakit di wad. Sekarang ni dia masih tidak sedarkan diri.” Ujar doktor itu tenang.
            Azie memerhati nama yang tersemat di baju putih yang dipakai doktor tersebut.
            ‘Cantik! Doktor Maziah.’
             “Terima kasih doktor Maziah, sebab bantu kawan saya. Hmm… Agak-agak bila kawan saya boleh keluar?”
            “InsyaAllah, kalau tiada apa-apa esok boleh keluar.”
            “Terima kasih doktor.” Ucapnya sambil menyalami doktor yang bernama Maziah tersebut. Azie menghela nafas lega, sekurang-kurangnya keadaan Haryani berada dalam keadaan baik sahaja. Tapi perasaan marah tetap ada. Gara-gara Hariz, rakannya dirundum rasa sedih sehingga menyebabkannya jatuh sakit.
            ‘Dasar lelaki tak guna! Kalau aku tahu la kau saja nak permainkan Yani, dah lama aku patah-patahkan tulang kau! Yani pun satu, ingatkan si bodoh tu lagi kenapa?’ Monolognya dalam hati.
            Dia ingat lagi, betapa gembiranya Haryani bila dilamar Hariz. Dia juga tumpang gembira dengan berita itu. Entah dah berapa lama Haryani nantikan saat itu. Tapi akhirnya terpaksa dilupakan begitu saja kerana pengkhinatan Ila dan Hariz! Sakit hati betul bila ingatkan kembali. Azie tidak sedar yang dia bukan berseorangan. Mulutnya masih terkumat-kamit memarahi Hariz. Geram benar dia dengan lelaki itu.
            “Awak marahkan siapa Azie?” Tegur Razman yang menyedari tingkah gadis di hadapannya ini.
            “Hah? Er…” Azie terkejut. Dia terdiam sebentar, tidak dapat menyambung kata-katanya. Dia lupa Razman turut berada di sini. Tapi ada hal lain yang menggusarkannya.
            Ish, aku nak panggil dia abang ke tak ni? Dah lama aku tak sebut perkataan tu. Tapi dia tu senior aku, tak sopan pulak bila aku panggil dia ‘awak’. Ish…haru betul la.’
            Azie sememangnya tidak suka memanggil lelaki yang lebih tua daripadanya dengan panggilan ‘abang’, baginya agak menjengkelkan dan menggelikan. Meremang bulu romanya. Tapi bila mengingatkan pertolongan Razman sebentar tadi dia harus juga akur.
            “Hmm, takdak apa-apa pun.” Akhirnya dia menjawab juga. Tidak mahu lelaki itu tertunggu-tunggu jawapannya.
            “Okay la Zie, nanti petang saya datang lagi. Sekarang ni saya ada hal sikit, kalau Yani dah bangun awak tolong kirim salam saya dekat dia boleh?”
            “Er…er… Okay a…bang.” Tersekat-sekat suaranya bila menuturkan panggilan keramat itu. Terasa tidak tertelan air liurnya. Lidahnya terasa berbelit-belit ketika ini. Merah padam wajahnya seperti udang bakar. Malu!
            ‘Eee… Yang aku nak malu sangat ni kenapa? Bukannya aku buat salah pun.’
            “Tak payah la panggil abang, awak tu bukan biasa pun. Nanti tekehel lidah awak panggil saya abang.” Ujar Razman bersama dengan tawa lucunya sebelum meninggalkan Azie.
            Razman tersenyum. Tidak lama lepas itu dia terus beredar meninggalkan gadis yang masih tertunduk malu itu. Dia cukup kenal dengan gadis itu, mana taknya dulu satu universiti menggelarnya ‘minah gangster’ termasuklah dirinya juga. Dia masih ingat lagi, pantang saja dia lalu di hadapan gadis itu, pasti telinganya akan menangkap gelaran ‘mat nerd’ untuknya. Geram juga bila mengenang kenangan lalu. Tapi sekarang dia sudah berubah menjadi seorang lelaki matang dan berjaya dalam kerjayanya sebagai jurutera. Tiada lagi ‘mat nerd’ dalam hidunya.
            Azie tidak dapat menyorokkan wajah malunya lagi. Rasa nak lari satu bangunan hospital ni saja. Mana tidaknya boleh pula Razman tegurnya begitu. Nasib baik Haryani tak ada, kalau tak mahu dia terkekeh-kekeh ketawakannya. Itulah, dulu dia sombong sangat dengan Razman, sekarang tengok? Dah terbalik jadinya. Dulu dia selalu ketawakan Razman, sekarang ni dia pulak yang kena gelak.

SETIBANYA dia di rumah sewa mereka, Azie dan Haryani tiada di rumah. Sangkanya mereka hari ini bekerja seperti biasa. Sara terus merebahkan dirinya di atas sofa. Lama dia merenung siling rumah teres setingkat itu. Dia letih memandu. Selepas menguap beberapa kali, akhirnya dia terlelap juga.
            Azie yang baru tiba memandang kereta milik Sara yang terpakir di hadapan rumah sewa mereka. Dia mengerutkan dahinya.
            ‘Eh, diorang balik dah ke?’ Bisiknya dalam hati. Azie mencari kunci rumah sewanya di dalam beg tangannya, tapi baru teringat dia tertinggalnya di dalam wad hospital tadi.
            “Allah! Aku ni dah kenapa asyik lupa je? Nasib baik diorang dah balik, kalau tak kena patah balik ke hospital la.” Ujarnya sendiri sambil menampar dahinya.
            “Assalamualaikum.” Dia memberi salam seiring dengan ketukkan pintu. Setelah menunggu beberapa minit tiada siapa yang membuka pintu untuknya.
            “Assalamualaikum. Sara, Ila.” Panggilnya lagi. Dia merengus kecil. Bukannya dia marah, tapi dia langsung tidak ternampak bayang-bayang orang yang akan membuka pintu untuknya. Sudahlah cuaca hari ini agak panas.
            Ish, manala pulak diorang ni?”
             “Assalamualaikum. Sara! Ila! Mana korang ni? Bukaklah pintu!” Jeritnya kuat. Tangannya kuat mengetuk pintu rumah, rasa macam mana nak pecah pintu dibatnya. Perempuan ganas, macam nilah gayanya.
            “Eeee, geramnya. Dia ni tidur mati ke, ataupun dah mati?!” Gerutunya. Memang mulutnya tiada insurans. Ikut suka hatinya saja mengata dekat orang.
             “Akak!”
             “Oii, mak kau mati hidup balik... eh, apa benda aku cakap ni.”
            Azie melatah bila dirinya disergah begitu. Tingkahnya itu telah mengundang rasa geli hati pada beberapa orang remaja yang berada di situ. Mereka ketawa terbahak-bahak.
             “Apa korang ni? Main sergah-sergah pulak. Kalau kak Azie mati terkena heart attact macam mana tadi? Nak bertanggungjawab ke?”
            Marahnya sambil dijegilkan kedua bola matanya kepada mereka. Sudah la marahnya pada rakan-rakannya belum reda, kini terpaksa pula berdepan dengan budak-budak nakal yang ingin mencabar kesabarannya.
            “Akak janganlah garang sangat. Kitorang saja nak mengusik akak .” Jawab salah seorang daripada mereka berselang-seli dengan ketawa.
            “Kalau nak mengusik ke, nak main cak-cak dengan akak ke, lain kali jelah ya? Tengok masa yang sesuai dulu. Hmm, dah-dah, pergi balik.” Arahnya lagi. Dengan gaya mak-maknya.
            Sebaik saja kumpulan remaja tersebut beredar. Pintu rumahpun terbuka. Dia merengus geram. Baru sekarang nak buka? Sara muncul dengan wajah mamainya. Tangan kanannya mengosok-gosok matanya yang masih kelihatan merah.
            “Bila kau balik?” Soal Sara selamba.
            ‘Eh, dia boleh tanya bila aku balik? Tahu tak dah berapa lama aku dekat luar ni?’
             “Hah, malam raya tahun lepas.” Jawab Azie geram, dia terus meluru masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan Sara.
            “Bila kau balik? Ila mana?” Soal Azie sebaik saja menyedari Sara membuntutinya.
             “Baru je kejap tadi. Kau dari mana ni?” Tanya Sara. Dia tahu pasti Azie sedang marah padanya gara-gara keterlewatannya sebentar tadi. Dia bukan sengaja, tapi dia betul-betul letih hingga dia sendiri pun tidak sedar bila dia tertidur.
            “Aku dari hospital. Yani sakit.” Jawabnya seringkas yang mungkin. Matanya kini langsung tidak boleh melihat wajah temannya ini. Hatinya masih marah dengan peristiwa tempoh hari. Apatah lagi punca Haryani jatuh sakit adalah disebabkan penipuan Ila dan Hariz, termasuklah Sara teman sekongkol Ila.
            “Hah?! Sakit?! Bila? Sakit apa?” Sara terkejut. Bertalu-talu soalan diajukan kepada Azie.
            “Dia demam panas, dah dua tiga hari ni. Baru hari ni masuk wad.”
            “Haih, macam mana pula boleh demam? Hari tu sebelum balik kampung okay je aku tengok.” Keluh Sara lalu duduk di atas sofa.
            “Hmm, tu la kan? Tapi aku dapat tahu ada orang terdekat kita juga yang dah tipu Yani! So, mungkin sebab tu la Yani dua tiga hari ni asyik resah je, sampai tak boleh tidur malam. Kemudian jatuh sakit.” Ujar Azie sambil merenung Sara dengan pandangan misterinya. Dia sengaja berkata seperti itu kerana ingin melihat reaksi temannya itu.
            ‘Apa? Jangan ingat korang je boleh main-mainkan kitorang? Huh, memang silap besar la. Aku nak tengok, sampi bila korang nak berlakon depan Yani!’ Hatinya berkata sinis.
            Wajah Sara tiba-tiba pucat bila mendengar kata-kata itu. Dadanya berdebar-debar macam nak tercabut saja jantungnya. Takkanlah Azie dan Haryani dah tahu rahsia mereka? Sara cuba menenangkan dirinya. Dia tak boleh cepat melatah, mana tahu orang yang dimaksudkan Azie orang lain.
            “Maksud kau?” Sara pura-pura tidak mengerti.
            ‘Buat-buat tak faham pulak dia ni!’
            “Ada la orang tu dia buat salah dekat Yani, tapi taknak ngaku!” Ucap Azie geram.
            Tak tertelan air liurnya ketika ini.
            ‘Jangan cakap diorang dah tahu. Kalau tak habis aku!’ Monolognya dalam hati.
            “Er… Bila Yani keluar?” Sara cuba berdalih. Dia belum pasti sama ada Haryani sudah tahu tentang perkahwinan Ila dan Hariz ataupun belum. Lagipun dia sudah berjanji dengan Ila untuk merahsiakan hal ini. Soal lain biar mereka sendiri yang selesaikan.
            Azie tidak membalas, sebaliknya dia terus meninggalkan Sara terkulat-kulat sendirian di ruang tamu. Sekarang ini, apa yang perlu dilakukannya adalah mengemas baju dan barang-barang keperluan Haryani untuk dibawa ke hospital petang ini. Lagipun, dia tidak mahu lama-lama melayan perasaan marahnya. Takut akan menjejas hubungan persahabatan mereka yang sudah bertahun terjalin. Biarlah perjalanan masa yang menetukannya. Haryani tahu apa yang harus dilakukan, dia tak mungkin bersama Hariz lagi.
            “Bila lagi kau nak ke hospital, boleh sekali aku pergi jenguk?”
            “Petang ni. Tapi kau tak payah la pergi. Lagipun kau kan baru balik. Mesti kau nak rehat dulu kan.”
            Bukan niatnya untuk menghalang, tapi dia gusar jika kehadiran Sara nanti akan menyebabkan emosi Haryani terganggu dan semakin menjejaskan kesihatannya.
            “Takpa, sekejap je. Lagi pun dah nak dekat seminggu aku tak jumpa Yani.”
            Azie tersenyum sinis. Dari tadi lagi dia tak nampak Ila,
            “Dari tadi aku tak nampak Ila. Dia tak balik sekali dengan kau ke?”
            “Oh, dia kata nak cuti lama sikit. Katanya tak puas lagi dekat sana.”
            “Oh ya ke? Aku ingatkan lama sangat dekat kampung tu sebab ada apa-apa ke? Mana tahu salah sorang dari korang kahwin ke? Ya la, seminggu kan, dah macam cuti bulan madu je.” Ujar Azie bersama ketawa yang dibuat-buat. Bukan dia tak tahu, pasti Ila dan Hariz sedang berbulan madu ketika ini. Sakit hatinya mengenangkan hal itu. Mereka bahagia, tapi Haryani yang menderita.
            Sara ikut ketawa, sekadar ingin menutup perasaannya yang semakin cuak. Dari tadi lagi dia dengar Azie seolah-olah memberinya bayang-bayang yang mereka sudah tahu perkara sebenar. Kalau betul andaiannya ini, tapi dari siapa? Takkanlah Hariz pula? Mustahil lah.
            “Takdak la, kalau kitorang kahwin, kau dan Yani orang pertama yang kami bagi tahu. Siap jadi bridesmaid lagi.” Sara hanya mampu menyangkal dakwaan Azie.
            Azie hanya menjongket bahunya. Rasa mual melihat lakonan Sara, dia masih tetap mahu berbohong dengannya.Tak apa, dia nak tengok sejauh mana Sara dan Ila dapat meneruskan lakonan ini. Jangan sampai ketika itu Haryani sendiri yang dedahkannya. Azie tidak tahu menagapa mereka ingin merahsiakan hal sebesar ini daripada Haryani, sedangkan Haryani berhak mengetahuinya. Dia bukan boneka yang boleh dipermainkan.
            ‘Huh, jangan ingat aku tak tahu apa yang korang dah buat?’
            Sabtu mendatang adalah majlis di sebelah pihak lelaki pula. Sebab itu Ila tidak pulang ke rumah sewanya. Dia dan Hariz sudah sepakat untuk menyelesaikan semuanya sebelum kembali memulakan kehidupan seperti sedia kala.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...