Followers

Rabu, 14 Mac 2012

Jangan Pernah Sakiti Aku 1


NOTE: Re-edit version



BAB 1

DIA menekan kuat perutnya menahan sakit yang semakin mencucuk. Ini kali pertama dia mengalami senggugut, sebelum ini kalau dia datang bulan tidak pula.Wajahnya jelas pucat tidak berdarah. Menggigil kedua belah kakinya,niatnya untuk ke dapur terus dibatalkan.Haryani tidak tahu apa yang harus dilakukan,semua kawan-kawannya tiada di rumah. Azie teman sebiliknya masih di Melaka.
“Arggh...sakitnya!”
Dia mengerang kesakitan. Tubuhnya bergulingan di atas katil.Rasa sakit semakin mencengkam di bahagian bawah perut. Ditekan-tekan bahagian itu sambil cuba menahan kesakitan yang amat sangat. Matanya yang tertutup rapat dibuka seketika melihat keadaan rumah sewanya yang sunyi.
Haryani mengeluh,Azie di Melaka manakala Sara dan Ila pulang ke kampung mereka di Perak, atas urusan apa tidak diketahui pula. Mereka pulang ke kampung secara mendadak tiga hari yang lalu.Tidak sempat dia hendak bertanya,kini dia sendirian di rumah sewa mereka.
‘Huk,huk,huk…Azie,bila kau nak balik ni?Aku dah tak tahan ni,sakit sangat.’
Dia merintih dalam hati.Dia berharap sangat kawan baiknya akan pulang malam ini.Tapi Azie sekarang berada di Melaka kerana mengikuti bosnya bermesyuarat di sana. Dia mencuba bangun dari pembaringan, perlahan tapi masih mampu. Baru sekarang dia rasa bagaimana seksanya senggugut yang hanya dialami oleh orang perempuan. Kebiasaannya dia hanya mengalami sakit-sakit pinggang sebelum datang bulan.
Tuk!Tuk!Tuk! Tiba-tiba pintu rumah diketuk. Haryani tersentak, siapa yang datang ke rumah sewanya malam-malam buta? Matanya memandang jam dinding yang tergantung. Sudah pukul 11.50 malam. Agak lewat bagi seorang tetamu untuk datang ketika ini. Perasaan seram tiba-tiba menyerang dirinya, tak pernah-pernah orang datang selewat ini.
‘Janganlah hantu yang datang.Aku ni dah la penakut.’
Hatinya bermonolog sendiri. Dalam keadaan sakit masih sempat dia berfikiran yang bukan-bukan.
“Assalammualaikum...Yani! Aku ni Azie, bukalah pintu.”
Azie menggaru kepalanya yang berlapik tudung.Takkanlah kawannya sudah tidur. Kalau ya, susah dia malam ni, takkan nak tidur dekat luar pula. Banyak nyamuk dan sejuk. Silapnya juga kerana terlupa membawa kunci pendua rumah sewa mereka.
Haryani menarik nafas lega sebaik saja mendengar suara temannya. Terus lesap semua fikiran buruknya tadi. Alhamdulillah, lega kerana Allah makbulkan doanya. Dalam kesakitan itu, digagahkan juga dirinya untuk bangun lalu membuka pintu untuk Azie.
            “Waalaikumussalam.”Jawabnya sebaik saja pintu rumah dibuka. Dia menghadiahkan senyuman lega kepada Azie.
            “Kenapa balik tak bagi tahu aku?” Sambungnya lagi. Setahunya rakannya akan pulang dari Melaka esok hari.
            “Aku saja tak nak bagi tahu kau.Nak buat surprise!Nak tengok juga muka terkejut kau.”
            Azie bersahaja. Badannya keletihan kerana tidak sempat berehat. Selepas saja tamat mesyuarat petang tadi dia terus pulang ke Kuala Lumpur. Dia bersandar di atas sofa di ruang tamu.
            “Eh Yani, kau tak sihat ke?Kenapa muka kau pucat je?” Soal Azie baru terperasan wajah tidak bermaya Haryani.
Tapak tangannya menyentuh dahi Haryani untuk memeriksa suhu tubuh temannya. Haryani cuma tersenyum, mungkin lucu melihat kerisauan kawannya itu. Dia sudah terbiasa dengan sikap Azie yang terlampau risau jika ada sesuatu yang berlaku.
Azie dan Haryani sudah hampir enam tahun berkawan baik sejak di universiti lagi. Ila dan Sara juga mereka kenal sewaktu belajar. Jadi setiap perangai dan sikap penghuni rumah sewa ini dia sudah tahu.
            “Aku tak sakit la,aku cuma senggugut. Kau tahu macam mana nak hilangkan rasa sakit ni?”
Haryani melangkah ke arah sofa yang sentiasa menghiasi ruang tamu rumah sewa teres setingkat ini. Kepalanya tersandar dan matanya terpejam sambil tangannya menekan-nekan sekitar bawah perutnya.
“Kenapa tak call aku, kalau tak boleh aku bagi tahu. Nasib baiklah aku balik malam ni, kalau tidak tak boleh tidur malam la kau ni.” Azie membebel. Umurnya masih muda,tapi bila dah bersuara mengalahkan makcik-makcik.
Azie masuk ke dalam bilik, kemudian dia ke dapur dan datang semula ke ruang tamu bersama sebotol air.
            “Yang ni pertua mak aku, kalau senggugut kita tuam je botol air suam ni atas perut. InsyaAllah, nanti hilang la sakitnya.”
Azie menyelak baju Haryani hingga mendedahkan bahagian perutnya yang putih. Bagi orang yang tidak memahami tentang hubungan rapat mereka pasti terfikir yang mereka ni lesbian. Azie dan Haryani sudah terbiasa saling membantu dan bergantungan. Diantara semua kawannya,Haryani lebih rapat dengan Azie.
            “Oh, baru aku tahu. Thanks, kalau takdak kau tak tahulah aku macam mana nak buat. Aku pun tak pernah senggugut sebelum ni.” Ujar Haryani sambil matanya masih terpejam.
            “Eh, mana Ila dengan Sara? Dari tadi aku tak nampak.Takkan diorang dah tidur, awalnya.” Baru dia sedar yang dia masih belum melihat kelibat dua orang rakan serumahnya yang lain. Baginya,walaupun jam sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam, waktu itu masih awal baginya. Mana tidaknya, hampir tiap-tiap malam merekalah penjaga kawasan perumahan itu. Tidurnya bila jam sudah menginjak pukul 2.00 pagi.
            “Hmm, diorang balik kampung la. Katanya ada hal.”
            “Diorang tak ajak kau ke?” Soal Azie sedikit hairan. Selalunya Ila dan Sara akan mengajak Haryani sekali sekiranya mereka hendak pulang ke kampung. Tambahan pula Haryani sendirian di rumah.
            Haryani anak yatim piatu sejak kecil lagi. Dia dibesarkan di rumah anak yatim di Perak. Hingga ke saat ini dia tidak pernah mengetahui di mana saudara maranya yang lain. Dari kecil lagi dia sudah biasa sendirian, jadi dia tidak kisah jika ditinggalkan.
            “Tak, lagipun mengejut sangat. Mana sempat aku nak apply cuti.”
Haryani teringatkan Ila dan Sara. Mereka agak tergesa-gesa untuk pulang ke kampung petang tadi.
            “Ohh.” Hanya itu yang terluah dari bibir Azie. Lagipun siapa dia hendak menjaga tepi kain orang lain? Nanti bila mereka sudah pulang ke sini, boleh saja dia bertanya.
Malam semakin larut, Azie dan Haryani semakin letih. Tambahan pulak siang tadi masing-masing sibuk menjalankan tugasan harian mereka di tempat kerja. Azie pulak letih kerana memandu pulang dari Melaka yang mengambil masa lebih kurang dua jam. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk tidur. Sakit senggugut Haryani pun sudah hilang, tidurnya juga sangat nyenyak yang ditemani mimpi indah
*****

TINGKAP dibiarkan terbuka luas membiarkan angin malam menyerbu masuk. Dalam kesamaran cahaya lampu, dapat dilihat susuk tubuh seseorang sedang berdiri di situ sambil berpeluk tubuh menahan sejuk yang sudah terasa hingga ke tulang hitam. Matanya yang masih merah tidak lepas-lepas memandang langit malam yang gelap tanpa cahaya bulan mahupun bintang-bintang yang sentiasa berkelipan di langit. Pipinya yang masih bersisa air mata dibiarkan kering sendiri. Tiba-tiba terasa bahunya disentuh seseorang.
“Sudah-sudah la tu. Kau tak penat ke?Asyik menangis je dari tadi. Benda dah jadi, kau pun dah selamat menjadi tunang dia.”
Dia sedikit tersentak dengan teguran itu.Tanpa memandang wajah itupun dia sudah tahu siapa. Entah mengapa dia tersentuh dengan teguran itu, air matanya kembali mengalir. Bahunya terhinjut-hinjut menahan sendu, dia mengigit bibir.
            Sara berdiri di sebelah sahabatnya dan juga jirannya. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali disertai satu keluhan berat. Sepanjang hari mereka berada di kampung ini cuma satu pekerjaan saja yang dilakukan temannya. Menangis,menangis dan menangis. Puas dia pujuk, tapi semuanya tidak diendahkan. Mati akal dia untuk memujuk.
“Ila...”
“Kau tak faham Sara. Kau tak faham...” Belum sempat Sara menghabiskan bicaranya,dia pantas memintas. Sendu kembali berlagu. Sara mengerti mengapa Ila jadi seperti ini. Pertunangan yang berlangsung tidak lama sebelum ini betul-betul menghumban temannya ke lembah kesengsaraan, apatah lagi tinggal beberapa hari saja lagi menjelang pernikahan mereka. Pastilah dia sedih, perjodohan ini langsung tidak diduga, apatah lagi calon suaminya langsung tidak dicintainya.
 “Aku takut, aku takut Sara. Tolong aku?” Menggigil tubuhnya.
Sara menghampiri Ila, lalu dipimpin tubuh itu menuju ke katil.Tingkap yang tadi terbuka luas, kembali ditutup rapat. Dia memeluk tubuh dingin itu, menyalur kekuatan yang terasa sudah hilang dari jasad kawannya.
 “Shhh...sabar, sabar Ila.Kau harus kuat.” Dia mengusap belakang temannya itu. Cuba menenangkan hati yang sedang bergelora.
Susana sepi seketika. Masing-masing saling membisu.
            “Aku takut…aku rasa bersalah sangat. Nanti apa dia cakap kalau dia tahu semua ni?” Ila meluahkan rasa bimbangn yang bersarang dibenaknya beberapa bulan yang lalu. Kebimbangan dan ketakutan yang menggila. Sudah acap kali dia meluhkannya kepada Sara, dan jawapan yang sama juga dia terima.
“Aku pasti, dia dapat terima hakikat ni.” Jawab Sara ringkas, tapi penuh dengan makna yang tersendiri. Dia yakin jika hal ini dijelaskan dengan baik pasti akan membawa jalan penyelesaian.
“Tapi...”
 “Takdak tapi-tapi. Sekarang ni,kau tidur dulu.Kalau nak cakap pun,esok la ya?Aku dah letih sangat ni.”
Sara pura-pura menguap. Kemudian dia membaringkan tubuhnya di atas katil dan memejamkan matanya. Sebenarnya dia malas melayan kerenah Ila sekarang. Dia letih. Ila mengeluh. Kemudian dia turut membaringkan tubuhnya di sebelah Sara.
‘Yani,apakah reaksi kau nanti bila kau tahu hal ini? Adakah kau dapat memaafkan Ila? Sanggupkah kau melupakan cinta kau? Aku harap kau dapat memaafkanya.’ Bisik Sara dalam hatinya. Tanpa disedari air matanya mengalir. Hatinya terlalu sedih dan tersepit apabila mengenangkan nasib dua rakan baiknya. Jika dia berada disituasi mereka, pasti dia turut rebah.
‘Arggh…!Kenapa semua orang tak faham? Kenapa aku yang harus tangungg semua ni? Apa salah aku, kenapa ibu kejam dengan aku? Kenapa harus dia yang menjadi pilihan? Oh tidak, apa yang harus aku lakukan sekarang? Lari? Itu mungkin satu perkara yang dapat mengaibkan keluargaku. Ya Allah, apa yang harus aku lakukan sekarang ni?’ Ila bermonolog dalam hati. Pelbagai persoalan berlegar-legar dalam fikirannya.Dia buntu.
Malam semakin tua. Semua insan sudah mulai lena dibuai mimpi. Hujan renyai-renyai mulai turun bersama-sama air mata yang penuh cerita. Ila menangis kerana nasib diri, Sara menangis kerana sahabat. Kedua-duanya ada cerita luka. Kedua-duanya juga dia sayang.
Kepulangan mereka ke kampung adalah untuk menguruskan hal perkahwinan Ila hujung minggu ini. Tidak sangka beberapa bulan yang lalu Ila telah ditunangkan dengan seorang lelaki yang tidak dikenali pada awalnya. Tetapi mereka setelah bersepakat untuk berjumpa membincangkan hal ini memandangkan Ila turut tidak bersetuju dengan pertunangan ini. Setelah bertemu tidak sangka lelaki yang menjadi tunangannya adalah lelaki yang sangat dia kenali. Keputusan untuk memutuskan pertunangan jelas-jelas ditolak ibu bapa kedua belah pihak. Kini mereka buntu, segala persiapan perkahwinan telah disiapkan. Mahu tak mahu dia terpaksa juga meneruskannya walaupun akan ada yang terluka.

1 ulasan:

  1. dah lama tgggu crita ni...mula2 tu mmg prasan mcm dh prnh bc rupa2nya dh brtukar tajuk...jgn smpn lama sangt ...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...