Followers

Jumaat, 21 Oktober 2011

Perangkap Cinta 17


Bab 17
“AWAK ni,buat kerja guna otak ke,kepala lutut?!”Jerkah Farish Iskandar hari itu.
Kulitnya yang putih bersih nampak kemerah-merahan.Tajam matanya merenung Dania.Dia merengus kuat.Hilang habis moodnya hari itu.Disebabkan kesalahan kecil yang dilakukan pekerja lain,habis semua pekerja dimarahinya.Termasuklah Dania.Gadis itu terpinga-pinga apabila dia dimarahi bosnya merangkap suami sementaranya.
“Maaf...”Ucap dia pelahan,tetapi jelas di pendengaran Iskandar.
“Maaf,maaf!Itu je ke yang awak tahu?”
Sekali lagi Dania terdiam.Sakit hatinya bila dimarahi begitu.Entah apa yang tidak kena dengan kerjanya hingga menyebabkan bosnya begitu marah sekali.Rasa macam nak menangispun ada.Sabar Dania,sabar...
Sampai bila aku harus bersabar?
“Sudah,awak pergi berambus dari sini!Menyampah saya tengok muka awak.”Halau Iskandar.
Terkocoh-kocoh Dania mengatur langkah meninggalkan bilik itu.Sebaik saja keluar dari situ,dia terus melangkah pantas menuju ke meja kerjanya.Wajahnya ditangkup di atas meja,manakala bahunya terhinjut-hijut.Tahula sekarang dia sedang menangis.
Tak guna punya jantan!Salah orang lain,aku juga yang kena.Apa!Kau ingat kau dah cukup bagus la tu.Boleh jalan la!
“Nia,kau okay tak ni?”Tiba-tiba muncul Hanan disampingnya.
Hanan sejak dari tadi lagi asyik memerhati tingkah Dania selepas rakanya itu keluar dari bilik bosnya.
“Tak!Bos tu memang tak guna,orang lain yang buat salah aku juga yang kena!Bodoh betul la!”
Hah,ambik kau.Memang padanpun kau kena cap bodoh!Rasa diri dah pandai sangat la tu.
“Wei,kau cover la sikit volume sura kau tu.Kalau bos dengar macam mana?Kan anaiya je kau.”
“Lantar arr...aku peduli apa!Kalau dia pecat aku hari ni pun tak kisah la!Ingat aku kebulur sangat nak kerja dengan dia?Hish,please okay.”
Dia sudah tidak mampu mengawal perasaan marahnya.Mata-mata yang memadangnya pelikpun tidak diendahkanya.Biarlah apa orang nak kata dekat dia,dia sudah tak peduli.Rasa marahnya sudah tidak dapat dibendung.Sudahla dia terpaksa menghadapi lelaki itu diluar,sekarang di pejabatpun dijadikan tempat untuk lelaki itu melepaskan geram.Hatinya sakit dengan perilaku suaminya itu.
Hanan yang mendengarnya merasa kagum.Berani betul kawan aku ni!Pujinya dalam hati.Seharian ni,bukan saja Dania yang menjadi mangsa amukkan Iskandar tapi dia juga.Hatinya turut panas,ikutkan hati nak saja dia balas semula kata-kata lelaki itu,tetapi mengenangkan dia hanyalah seorang kuli didiamkan saja rasa sakit hatinya.
“Tu la,akupun menyampah gile dengan dia hari ni.Agak-agaknya angin dia tengah tak baik kut?”
Amboi...nak ikut angin dia saja.Angin kita taknak nak ikut.Sudahla semua kerja dilakukan oleh pekerja disini,suka-suka hati aje nak marah orang.Kang aku lempang sekali,bisu setahun agaknya.Kata-kata itu hanya bergema di dalam hatinya.Dania membuat muka menyampahnya.Air mata yang masih bersisa di pipi dikesatnya kasar.
“Dahla,menyampah betul aku nak cakap pasal dia.Berdesing telinga ni!”Dania sengaja menghempaskan failnya di atas meja bagi melepaskan rasa geramnya.
“Hai,marah nampak?Marah dekat siapa?”Tiba-tiba muncul Razman yang entah dari mana.Dia menghadiahkan senyuman kepada Dania tapi dibalas dengan senyuman hambar.Dia sedikit kecewa.
“Eh,yang kau ni dari mana?Tiba-tiba je mencelah.”Tegur Hanan sambil memberi sedikit ruang pada rakan sekerjanya.
“Awak tak apa-apa ke Nia?”Soal Razman.Tidak diendahkan Hanan yang ada disebelahnya.Yang utama baginya sekarang ini adalah gadis pujaannya.Matanya merenung mata bengkak gadis itu.
Dia baru lepas menangis ke?
“Eh,takda apala,aku okay.Lama tak nampak kau Raz,kau tak sihat ke?”Ujar Dania sambil cuba menutup rasa gugupnya.
“Awak tak apa-apa ke?”Soal Razman sekali lagi.Dia yakin gadis itu sekarang berada dalam kesedihan,kalau tidak mana datangnya air mata itu.
Isy,dia ni banyak tanya la.Makin dia desak aku,lagi la aku nak nangis.
“Takdak...aku tak apa-apa.Kau tak payahla nak sibuk.”Ujarnya mendesak supaya dia tidak terus disoal.Hatinya sekarang ni betul-betul tak tenang.Kang tak pasal-pasal terbocor pula rahsia.Habis dia dikerjakan Iskandar nanti!
“Eh,aku tak silap dengar ke ni?”Tiba-tiba Hanan bersuara sambil mendekatkan diri dengan Razman.
“Apa?”
“Eee...kau ni la Raz,ada hati ke dengan si Nia ni?Siap berawak saya lagi.”Dia saja mahu menyakat lelaki itu.Seronok melihat wajah gelabah Razman,merah macam kena bakar.
Dania terkejut.Pantas tangannya mencubit lengan Hanan.Kawannya itu ada saja hal yang nak dipanaskan.Nak cari populariti la tu...Dia memandang wajah Razman yang sudah tertunduk malu.
Kurang asam punyan kawan,sanggup memalukan kawan sendiri.Kesian Raz.
“Kau ni la Han,kesian Raz.Tengok muka dia dah merah tu,entah-entah kau yang suka dekat dia kut?”
“Isy,takdak maknanya aku suka dekat dia.Hah,yang kau duk bela dia tu apsal?Atau kau pun syok dekat dia juga?”
“Hanan!”Jerit Dania geram.Orang yang berada disekeliling mereka turut terkejut mendengarnya.Mereka hanya memerhati gelagat dua sahabat itu.
Razman yang turut melihatnya terasa gembira.Tiada lagi kedukaan di hati gadis itu sudah cukup untuk membahgiakannya.
“Nia,lunch nanti jom sama.Saya belanja.”Tutur Razman sudah mahu beradar disitu.Dia masih banyak lagi tugasan yang perlu dilakukan.Dia kesitupun kerana mahu berjumpa dengan ‘bos besar’ sekali gus berjumpa dengan gadis itu.
“Okay!Pukul 12.30,saya tunggu awak dekat lobi.”Bicaranya sambil mengukir senyuman lebar.
Hai...rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari.
“Eh,kau ajak dia sorang je?Aku?”
Razman cuma tersenyum sinis sambil terus berlalu.Dania tergelak besar hingga terasa sakit perutnya.Hanan muncung sedepa.
“Tak guna punya kawan!”Rengus dia lalu terus berlalu dari situ.
Dia mengesat air matanya.Lucu melihat sikap sahabatnya yang sorang ni.Hilang rasa kedukaan di hatinya seketika.Tapi ada benar juga apa yang dikatakan rakannya.Dari renungan Razman dan sikap prihatin lelaki itu terhadapnya,dia dapat rasakan yang lelaki itu menyukainya.
*****
DANIA menunggu hampir setengah jam disitu.Namun kelibat lelaki yang ingin menjemputnya belum kelihatan.Dia merengus geram.Kelihatan rakan-rakan sekerjanya yang lain sudah mulai berkurang.Ada yang menaikki teksi dan ada juga yang dijemput.Dia duduk di atas anak tangga sambil menongkat dagu.Sakit kakinya berdiri lama-lama,boleh rekah tumit kakinya.
Sambil dia termenung itu,fikirannya melayang memikirkan lelaki yang akan tiba bila-bila masa saja nanti,Farhan.Dia hairan dengan sikap lelaki itu yang prihatin dengannya.Bukan lelaki itu tidak tahu yang dia sudah berkahwin,bahkan dengan sahabat baik lelaki itu sendiri.Tak ke lelaki itu rasa perbuatannya salah?Tak ke dia takut jika suaminya mengetahui hal ini?Dia udah berusaha untuk mengelak dari bertemu dengan Farhan.Tapi lelaki itu tetap degil.Hari nipun dia dipaksa untuk diambil oleh Farhan.
“Pon!Pon!”
Dania terkejut hingga terketar lututnya.Dadanya berdegup kencang,seolah-olah baru tersedar dari tidur.Haisy...siapala pulak ni,kacau daun aja.
“Nia,awak tak balik lagi ke?Dah lewat ni...nak tolong saya hantarkan?”Razman berdiri disisi keretanya.
Dania tersenyum.Baik benar lelaki itu dengannya.Tadi belanja,sekarang nak tolong tumpangkan pula.
“Belum,aku tunggu kawan aku.”
“Dah lewat sangat ni Nia,lagipun saya tengok haripun dah nak hujan.May be kawan awak ada hal.”Ujar Razman masih tidak mahu mengalah.
Dania terdiam memikirkan kata-kata Razman.Ada benarnya juga kata lelaki itu.Mungkin Farhan ada hal penting hingga memaksa dia melupakan janjinya.Dilihatnya awan sudah berubah gelap menandakan hari sudah mahu hujan.Nak tak nak terpaksala dia menerima pelawaan lelaki itu.
Razman tesenyum gembira.Selama ini dia tidak pernah mengetahui dimana tempat tinggal gadis itu.Mungkin ini peluangnya untuk lebih dekat dengan gadis pujaannya.Selama ini dia hanya berpeluang menemui Dania hanya dipejabat.Kempunan dia ingin sentiasa dekat dengan gadi itu.
“Thanks Raz.Aku suka restoran yang kau bawa aku tadi,makanan dia sedap.Lain kali aku belanja kau pulak sebab sudi tumpangkan aku.”Bicara Dania memecah kesunyian diantara mereka.
Sudi!Sudi sangat-sangat!Kalau sayang nak abang belanjakan,setiap hari,setiap waktu,setiap detikpun abang sanggup.Razman hanya mampu membalasnya dalam hati.Tapi dia sentiasa berharap yang impiannya untuk memilikki gadis itu menjadi kenyataan.
*****
FARHAN memandu keretanya tak tentu arah.Fikiran dia ligat memikirkan siapa lelaki yang bersama Dania tadi.Api cemburunya menyala apabila melihat cara lelaki itu melayan dan merenung ‘kekasihnya’.Mungkin gadis itu tidak menyedari akan hal itu.Tetapi di sebagai lelaki tahu apa makna semua itu.Dia dapat rasakan yang lelaki itu turut meminati Dania.Dia harus selidikki siapa lelaki yang bersama Dania sebentar tadi.Biar dia ajar cukup-cukup lelaki yang ingin mendampingi gadisnya.Mungkin Farih Iskandar tahu.
Isy...ikutkan hati aku,nak je tumbuk muka dia tu.

3 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...