Bab 8
LEWAT pagi itu barulah Haryani terjaga dari tidurnya.Matanya
silau dek sinaran mentari yang menyerbu masuk melalui celah-celah lansir.Dia
memegang kepalanya yang berdenyut-denyut sakit.Dia ingin bangun,tapi terasa
berat seperti ingin mengangkat beban bertan beratnya.Dia terbaring semula
sebelum menggagahkan dirinya juga untuk bangun.
“Eh…eh…kau
buat apa ni?Kaukan demam,dah-dah tidur balik.”Gesa Azie yang tiba-tiba
muncul.Ditangannya terpegang sudip,mungkin rakannya sedang memasak.
Haryani memegang
tengkuknya,memang dia demam.Suhu badannya panas berbanding semalam.Mungkin
akibat menjemur diri ditengah malam semalam.Dia merenung Azie lama.
“Kenapa
tak gerak aku?”Soalnya lemah masih duduk berhadapan dengan Azie.
“Aku
malaslah nak kejutkan kau,aku periksa suhu badan kau tinggi sangat sampai
menggigil.Lagipun hari ni kan cuti.”
“Ya
la,tapi kau tahu tak aku dah terlepas subuh.”Ujarnya sedikit geram.
“Opps,sorry!Nanti
kau qadha la subuh kau nanti.”Azie tersengih seperti kerang busuk.Dia terlupa
yang rakannya masih ada kewajiban walaupun dalam keadaan sakit.Dirinya ‘uzur’tika
ini,sebab itulah dia boleh terlupa.
“Hmm,mentang-mentangla
dia tu dapat ‘MC’,yang kita ni habis lupa.”Haryani sengaja memperli
rakannya.Kerana Azie dia terkandas solat tubuhnya.Kemudian dia bangun lalu
terus menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya.
“Hah,lepas
mandi nanti,makan tengah hari.Aku dah siapkan dah pun.”Laung Azie dari luar
bilik.
Tiba-tiba fonsel
miliknya menjerit minta diangkat. Dia berlari-lari anak ingin mendapatkan
fonselnya.Keningnya berkerut seribu,bila dia terpandang nombor yang tidak
dikenalinya tertera di skrin.
Isy,siapa pulak
ni?
Kali pertama
panggilan itu diabaikan.Kali kedua,masih juga dia biarkan fonselnya terus
bernyanyi.Dia malas hendak melayan panggilan ‘hantu’,mana tahu entah-entah mat
bangla mana yang sesat,kering air liurnya saja melayan.Tapi masuk kali ketiga
dia sudah tidak boleh bersabar,lantas punat hijau ditekan.
“Hah,Azie.Awak
tak datang kerja ke hari ni?”
Azie terkejut
bila suara itu menyergahnya.Hampir saja telefon ditangan terjatuh.Dia merengus
geram.
Siapa pulak mamat
ni?Tiba-tiba aja nak marah aku?Aku baru aja nak serbu dia,dia dah serbu aku
balik!Tapi…mana dia tahu nama aku?
“Ni siapa?Nak bercakap dengan siapa?”Suaranya
seakan-akan ditahan dari terus tinggi.Wajahnya sudah kemerah-merahan.
“Tu awak tak perlu tahu siapa saya.Saya cuma
nak tahu,kenapa awak tak datang kerja hari ni?”Ujar suara lelaki disana tegas.
Hai,ni dah
melampau.Dia ingat dia tu sapa,nak soal-soal aku ni?Suka hati akulah kalau aku
tak nak pergi kerjapun.Lagipun hari ni cuti,lainla aku buat overtime.
“Encik,sebenarnya encik ni siapa?Saya kenal
ke?Kalau saya taknak pergi kerjapun,bukannya urusan encik.Faham!”
“Saya...”
“Sudahla
encik.Kalau encik nak bersyarah ke nak berceramah dekat saya,lain hari,lain
masa.Lagipun,saya tengah sibuk ni.Okay,bye.”Azie terus memutuskan
talian.Kemudian dia offkan telefon bimbitnya.
“Isy,gila
punya orang!”Marahnya.
Tanpa membuangkan
masa lagi,dia terus menuju ke dapur untuk menyudahkan kerja memasaknya yang
tergendala seketika tadi.Buat apa dia fikirkan orang itu?Buang masa aja.Haryani
masih di dalam bilik air membersihkan dirinya.
SARA menjinjit beg pakaiannya lalu di masukkan dalam bonet
kereta.Selesai menyimpan semua barang dia menuju ke arah Ila yang sedang
berdiri di sebelah keretanya.Dia mengukir senyuman,tapi tidak mendapat balasan
dari rakannya.Dia mengelengkan kepalanya beberapa kali.
“Hei,sudah-sudahla
marah tu.Nanti kaupun nak balik KL jugak.Bukannya duduk tercongok dekat
sini.”Ujar Sara sekali gus cuba memujuk rakannya.
Hari ni dia akan
pulang ke Kuala Lumpur.Dia tidak mahu berlama di kampung,kerana dia jugak
mempunyai kerja yang harus dilakukan.Dia jugak harus menjenguk butik miliknya
dan Ila yang sudah seminggu dia biarkan pekerja mereka uruskan.
“Kau
tahu tak.Kalau kau asyik muncung je macam ni,baik aku buat penyangkuk baju
dekat rumah.Jimat sikit.”Sambung Sara lagi,berbaur guarauan.
Akhirnya meletus
jugak ketawa Ila.Tidak lagi mematungkan diri.Dia tersenyum sumbing memandang
Sara.Dia memeluk tubuh Sara erat.Matanya sudah mula merah.Mahu menangis.Tapi
ditahannya dari tumpah.Dia mahu menunjukkan bahawa di seorang yang tabah di depan
Sara dan rakan-rakannya yang lain.
“Jaga diri tau.Pandu kereta tu jangan
laju-laju sangat.Takut terbabas pulak nanti.”Ila memberi nasihat kepada Sara.
“Okay
la.Don’t worry.Kaupun sama,jaga diri tu elok-elok.”
Sara melangkah
masuk ke dalam kereta Honda Civic miliknya.Belum sempat pintu kereta tertutup
rapat,sempat jugak dia berpesan sesuatu pada Ila.
“Jangan
lupa kirim salam aku pada seluruh keluarga kau tau.”
Ila mengangguk
kepalanya.Dia melambaikan tangganya kearah kereta Sara yang sudah mula bergerak
meninggalkan kampung.Kini tinggal dia seorang diri untuk meneruskan baki-baki
harinya di Kampung Bharu ini bersama Hariz.Kini dia sudah melangkau ke alam
yang baru.Alam yang penuh dengan cabaran.Harapannya kini adalah,semoga Allah
mempermudahkan dia untuk menyusuri kehidupan yang penuh onak dan duri ini.
ARIAN merengus geram.Tangannya mencapai pen yang terletak di
atas meja,lalu menulis seseuatu di atas kertas kosong.Entah apala yang sedang
dia tulis.Riak wajahnya kelihatan muram saja.Sebentar tadi dia baru saja
menghubungi seseorang,tapi dirinya yang dimarah.Sudahla dia letih,baru semalam
dia sampai dari Melaka.
Tuk!Tuk!Tuk!Pintu
diketuk.Dia tersentak dari lamunannya.Cepat-cepat dia mempersiapkan dirinya yang
tidak berapa kemas.Dia berdehem beberapa kali.
“Masuk!.”Ujarnya
tegas memberi arahan.
Pintu bilik
terbuka.Muncul wajah seorang perempuan yang cukup menawan.Bibirnya mengukir
senyuman.Matanya galak memerhati lengok perempuan tersebut.Perempuan tersebut
menghadiahkan sebuah senyuman manis padanya.
“Encik
Arian.Saya cuma nak ingatkan,pukul 1.00 petang nanti encik ada temu janji
dengan Datuk Jay.”Ujar perempuan tersebut lancar.
Emylia menguak
rambutnya yang terjuntai di dahi.Nampak sungguh menghairahkan.Mata nakal Arian
galak merenung wajah Emylia,setiausahanya.Dia menilik tubuh perempuan itu dari
bawah hingga ke atas.Hmm,cukup menarik.
“Okay.”Jawabnya
sepatah.Wajahnya yang sebentar tadi muram kini berubah ceria.Bibirnya mengukir
senyuman yang cukup menggoda dan boleh mencairkan hati setiap wanita yang
melihatnya.
Emylia terpana
seketika.Kemudian dia meminta izin kembali ke tempatnya.Tapi langkahnya
terhenti bila Arian membuka mulut.
“Oh ya
Emylia.Lain kali don’t call me Encik Arian,you just call me Rian.”
Emylia hanya
anggukkan kepalanya.Dia tidak mahu berlama disitu.Boleh cair hatinya nanti bila
asyik terpandangkan Arian yang hensem ni.Dia tahu siapa Arian.Arian adalah
bosnya yang kaki perempuan.Rasanya satu Kuala Lumpur kenal siapa Arian.Sebab
itulah dia tidak mahu terperangkap dalam perangkap cinta lelaki miang itu.
Huh,dasar lelaki
buaya!Cemuh Emylia dalam hati.

nak lagi
BalasPadam