Halaman

Followers

Sabtu, 7 April 2012

Jangan Pernah Sakiti Aku 4

Note: Re-edit version

BAB EMPAT

HARYANI menutup pintu lalu menapak ke arah pintu masuk wisma tempat dia bekerja. Hari ini hari Sabtu, sengaja dia datang ke pejabat untuk membantu Lia dan beberapa lagi rakan sepejebatnya yang lain untuk menyiapkan sebuah kertas kerja yang perlu diserahkan pada hari Isnin ini. Tiba-tiba saja Lia menghubunginya selepas subuh tadi, meminta bantuan memandangkan masih banyak yang belum disiapkan. Walaupun projek ini bukan di bawah kendaliannya, dia tidak lokek menghulur tangan untuk membantu.

            Sambil berjalan, sambil tangannya membalas pesanan di telefon bimbit. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Dia dan encik tunang saling berbalasan pesanan ringkas. Hariz sekarang berada di Ipoh atas urusan kerja. Walaupun baru sehari berpisah, tunangnya itu sudah berkeluh-kesah rindu padanya. Sebelum tunangnya memulakan tugas, sempat pula dia mengirim sebuah pesanan yang manis.

            ‘I love you sayang, Iz dah nak kena off-kan phone ni. Petang ni Iz hubungi sayang balik.’ ~ Hariz

            “I love you too.” Serunya perlahan.

Selang lima minit, sebuah pesanan kembali datang daripada Hariz. Haryani terpana membaca tulisan puitis dari tunangnya.

‘Aku akan pulang untuk mencarimu, menikahimu, dan mencintaimu seumur hidupku. Jadi, sayang tetaplah setia dan menanti hari ini. Ketahuilah sayang, diriku ini memilikki kesetiaan untukmu, meskipun ada aral yang menghambat hubungan kita.’ ~ Hariz

‘Romantik!’

Sebaik saja dia sampai di pejabat, Lia sudah mememanggilnya. Kelihatan sangat kalut, hinggakan belum sempat dia menyimpan tas tangannya, wanita itu sudah menarik dia masuk ke sebuah bilik mensyuarat di mana semua orang berada.

“Tolonglah Yani, kami dah mati kutu nak fikirkan semua ni. Dahlah nak kena submit Isnin ni, kalau tak habislah kami semua kena bambu dengan Encik Karim nanti.” Keluh Lia.

“Itulah Lia, last minute baru nak mintak tolong. Nasib baik Yani tak pergi mana-mana hari ni.”

Haryani tidak berdaya hendak mebebel lebih lama, segera dia mendapatkan butir-butir yang diperlukan. Perbincangan dan perbahasan diantara mereka berlangsung selama beberapa jam. Salah seorang daripada kumpulan itu diberi tugasan untuk menaip dan mengedit hasil laporan yang telah siap.

Mereka mengucapkan terima kasih kepada Haryani, Lia pula ingin membalas jasanya dengan belanja makan di restoran di hadapan pejabat mereka. Tapi Haryani segera menolak, dia malas berlama di pejabat, lagi pula dia ingat ingin jalan-jalan cuci mata di pusat membeli-belah nanti.

Thank you Yani, lain kali Lia belanja Yani.” Ucap Lia sambil mengemas barang-barang kerjanya.

No problem. Lia pula betul ke taknak ikut pergi mall ni?”

“Tak bolehlah Yani, Lia dah janji nak balik rumah mentua hari ni. Sorry ya.”

“Takpa, Lia tak perlu minta maafpun.”

Selepas bebual seketika dengan rakan sepejabat yang lain, Haryani meminta diri untuk beredar. ketika dalam perjalanan, tiba-tiba Haryani menerima panggilan dari Hariz. Pelik, kerana tunangnya itu kata petang ini baru akan menghubunginya, sekarang ni awal lagi. Kerana sedang memandu, Haryani membuka loud speaker untuk menjawab panggilan tersebut.

“Hai sayang, awalnya call. Dah habis ke kerja tu?” Lembut suaranya menjawab panggilan Hariz.

Lama suara di sana diam tanpa mengatakan apa-apa. Haryani hairan, beberapa kali dia mememangil nama Hariz, tapi masih tiada sahutan. Sangkanya mungkin kerana isyarat telefon yang kurang baik, memandangkan dia sedang bergerak di atas jalan raya. Sebelum sempat dia mematikan talian, kedengaran suara seoarang wanita menghalang tindakannya.

“Yani, aku ni Ila.”

‘Ila? Apa yang dia buat dengan telefon Hariz ni?’

Hati Haryani tiba-tiba saja diserang perasaan tidak enak. Dia tertanya-tanya bagaimana sahabat baiknya itu memegang telefon bimbit tunangnya? Apakah mereka bertemu di sana? Kebetulan Ila dan Sara juga pulang ke kampung halaman mereka di Ipoh, Perak.

“Hariz mana Ila, apa yang berlaku?”

Hatinya gusar dengan keadaan Hariz. Apakah telah berlaku sesuatu yang tidak baik ke atas lelaki itu sekarang?

“Yani... Aku, aku nak mintak maaf dengan kau. Aku dah tipu kau. Sebenarnya... Aku dan Hariz dah menikah hari ni. Aku nak kau lupa dan tinggalkan dia.”

Rasa nak luruh jantungnya mendengar penyataan Ila dicorong telefon. Betulkah apa yang disampaikan Ila ketika ini? Atau ini hanya gurauan yang dirancang untuk mengenakannya?

“Hei, Ila! Apa kau merepek ni?Kau jangan bergurau dengan aku.” Tempik Haryani, tidak dapat mengawal perasaan marah dan terkejutnya. Tapi panggilan di sana sudahpun diputuskan.

Dia cuba menelefon kembali beberapa kali, tapi semuanya masuk ke peti suara. Matanya kabur dengan air mata. Apa yang sebenarnya sedang terjadi? Baru semalam Hariz melamarnya, kenapa hari ini sudah menikah dengan Ila?

Terhinjut-hinjut bahunya menahan tangis. Selagi dia tidak mendapat jawapan, selagi itulah hatinya tidak tenang. Dia perlukan jawapan daripada Hariz dan Ila sekarang juga.

 

DENGAN sekali lafaz, akhirnya Hariz dan Ila sah bergelar suami isteri. Majlis akad nikah mereka berlangsung dengan meriah di rumah orang tua Ila. Hariz segak bergaya dengan pakaian tradisional melayu, manakala Ila pula manis berbaju kurung yang berwarna sedondon dengan suaminya itu.

            “Alhamdulillah, sayang dah jadi menantu mama,” bisik Datin Sofea disampingnya. Dia lihat orang tuanya dan Hariz tersenyum bahagia. Ila cuma tertunduk malu.

            Dadanya berdebar-debar menanti upacara membatal air sembahyang. Dia ingin lihat reaksi Hariz selepas sah menjadi suaminya. Di setiap dipertemuan mereka sebelum ini, Hariz tanpa rasa bersalah menzahirkan rasa tidak puas hati di depannya. Seolah-olah dia seorang yang bersalah dalam ini.

            Hariz segera menghampiri Nabila Atiqah, ataupun Ila yang sudah sah menjadi isterinya. Dia tahu Ila memang terlahir cantik, kulitnya bersih dan putih kemerah-merahan. Tidak perlu bersolekpun sudah terserlah kecantikannya. Tapi hari ini dia kelihatan lebih menawan dari biasa, dengan solekkan yang tidak terlalu mencolok, dan tudung yang kemas terlilit dikepala. Sesungguhnya, Ila memanh menepati ciri-ciri menantu pilihan mama.

            Ila gugup bila jari-jemari Hariz yang kasar menyentuh tangannya untuk disarungkan cincin. Ketika ini dia tidak mampu memikirkan apa-apa, dirinya dilanda darah gemuruh. Dia hanya mengikut apa yang disuruh ibunya.

            Sesi pertama bergambar berjalan seketika sahaja, memandangkan mereka perlu menukar pakaian untuk majlis bersanding pula. Hariz dan Ila dipaksa menggunakan satu ruangan yang sama untuk menukar pakaian. Walaupun mereka sudah sah menjadi suami isteri, Ila tidak pernah menunjuk auratnya di hadapan lelaki asing.

            Sebaik saja tudung di kepala dilepaskan, rambutnya jatuh mengurai panjang separas pinggang. Hariz terpesona dengan kecantikkan Ila, sesekali mata nakalnya mencuri pandang pantulan isterinya di hadapan cermin. Bilik pengantin yang dihias cantik ini sunyi, masing-masing tidak mahu bersuara.

            Ila menyisir rambutnya, dia sengaja menyelak rambutnya ke sisi, mendedahkan leher jenjangnya yang menawan. Hariz jelas terkesan dengan tindakkan isterinya ini, segera dia mengalihkan pandangan dan berdehem. Ila pura-pura baru perasankan kehadiran Hariz diruangan itu.

            “Guna je bilik air tu untuk awak tukar baju.” Cadang Ila.

            “Okay, terima kasih.” Jawab Hariz. Entah mengapa tiba-tiba suaranya kedengaran serak.

            Ila tersenyum, sebaik saja Hariz menghilangkan diri ke dalam bilik air, dia segera mendapatkan telefon bimbit Hariz yang diletakkan di atas almari. Segera dia mencari nombor Haryani dan menghubunginya.

            Dia telah membuat keputusan untuk menerima Hariz dan meneruskan perkahiwnan ini, walaupun dia tahu Hariz tidak mencintainya. Dia yakin, andai dia berusaha memikat, pasti Hariz akan mencintainya dan melupakan Haryani. Dia tidak mahu terus-terusan menipu teman baiknya dan berpura-pura tidak memilikki apa-apa hubungan dengan suaminya ini, seperti yang diminta lelaki itu. Kalau Hariz tidak mampu berterus terang, biar dia saja yang lakukan. 

 

“APA yang awak buat?” Sergah Hariz sebaik saja keluar dari bilik mandi.

Dia lihat Ila berdiri tidak jauh darinya. Kelihatan sepasang mata isterinya sedikit merah. Seolah-olah sedang menahan tangis.

“Takdak apa.” Jawab Ila ringkas dan menunduk, cuba menutup rasa bersalah di hatinya. Dia tidak berani menyatakan apa yang telah dilakukannya. Kalau Hariz tahu, habislah dia.

“Kalau dah siap, cepat-cepatlah keluar. Saya pun nak tukar baju.” Gesa Ila. Tak betah rasanya duduk sekamar dengan Hariz. Dia perlu tenangkan diri.

“Ya lah, ya lah.”

Hariz Hairan, seketika tadi mood isterinya baik-baik saja. Kenapa pula tiba-tiba berubah? Dia ada buat salahkah?

Hariz tidak banyak bicara. Selepas bersiap dia segera keluar dan menunggu. Mungkin Ila juga terbeban dengan pekahwinan mereka ini, seperti dirinya, mereka-sama-sama menolak perjodohan ini.

Ila menarik nafas lega sebaik saja Hariz keluar. Tangannya masih menggigil selepas menamatkan panggilan telefon tadi. Tidak sangka dia senekad itu, tidak tahu bagaimana dengan reaksi Haryani sekarang, yang penting dia telah menyampaikan apa yang terbuku di hati. Walaupun rasa bersalah masih ada, tetapi sekurang-kurangnya dia lega kerana telah memberitahu perkara sebenar.

‘Aku minta maaf Yani, aku minta maaf.’ Hatinya berbisik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...