Followers

Isnin, 7 Mac 2011

Perangkap Cinta 2


Bab 2
Terkebil-kebil matanya memandang siling.Jam didinding sudah menunjukkan hampir pukul 2.45 pagi,tetapi matanya masih terbuka luas.Fikiranya masih memikirkan tentang kejadian tadi.Otaknya masih berfungsi dan masih berjalan,sementara yang lain sudah tertidur dibuai mimipi.

Isy,aku ni pun bodohla,macam bagi haranpan je dekat dia.Kan senang kalau aku kata tak,takla menyusahkan aku nak fikirkan.

Tiba-tiba dia teringatkan perbualanya dengan Azie 3 jam yang lalu...

“Biar betul....macam tak percaya je.”Azie terkejut.

“Betul la...takkan aku nak tipu kut.Mula-mula akupun tak percaya,tapi lama-lama percaya jugak.”Ujar Dania,selamba.

“Tapikan,kenapa tiba-tiba je?ye la,diakan bukanya layan kau sangat dekat ofis.”

“Tu aku tak tahu.Yang aku tahu,dia bagi aku tempoh 1 minggu untuk fikirkan.”Dania menaikkan satu jarinya dihadapan Azie.

“ek...ekleh...dia ingat kau sapa hah?siap bagi tempoh segala.Suka hatila nak berapa lamapun.”Nada Azie berubah geram.

Betu jugak cakap kawan aku ni,dia ingat aku apa?suka-suka hati nak bagi tempoh suruh aku fikirkan.
Dania tidak mendengar percakpan Azie,sebaliknya meneruskan tontonanya.Setelah beberapa lama menyepi,tiba-tiba Azie bersuara.

“Weh...aku rasakan,kau reject je mamat tu.Menyampah aku tengok muka dia.”

“Kau pernah tengok ke muka dia?”Soalan bodoh tersebut terpacul keluar dari mulut Dania.

“Eeee...pernah la.Tiap-tiap hari aku pergi hantar dan ambil kau dari ofis,takkanlah aku tak pernah tengok muka dia.”

“Haiii....mula-mula memang benci,marah.Tapi,lama-lama kau pun boleh terjatuh cinta dengan dia kut?”Dania cuba berlawak dengan Azie,untuk meredakan kemarakan rasa marah rakanya itu.
Kawan aku ni tak boleh harap sangat,nanti meletus gunung berapi dia nanti.

“Sorry ok,tak dak masa aku nak dekat dia.Baik aku dengan Shah,lagi.....bagus.”Ujar Azie terus berlari masuk kedalam bilik tidurnya.

Dania tersenyum sambil menongkat dagu.Rakanya itu,pasti malu apabila menyebut nama jejaka pujaanya.Ye la,mana la tak minat,si Shah tu dah la hensem,baik,kaya pulak tu,memang lelaki idaman Malaya la.

Selepas hampir satu jam tidak dapat lelapkan mata,akhirnya dia tertidur jua,dengan dihiasi mimpi-mimpi indah.
*****
“Oiii,Nia.Cepat la sikit,aku dah lambat ni.”Azie menjerit memanggil Dania dari luar rumah.Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi.

Habislah aku nanti,pasti bos aku marah.Dania punya pasal la ni.

“Kejap-kejap,kasut aku hilang pulak.”Dania tertunduk-tunduk mencari kasut tumit tingginya.Seingatnya,semalam dia meletak kasut tumit tingginya dalam alamari kasut,sekarang entah hilang kemana.

“Isy....kau ni lambat la,nanti bos aku marah .Tak pe la,aku pergi dulu.”

Dania masih tercari-cari kasutnya.Dia tidak memperdulikan kata-kata rakanya itu,dia pasti Azie akan menunggunya walaupun selewat mana diapun.Maklumlah,kawan baik.Selepas 10 minit,akhirnya dia mengambil keputusan untuk menggunakan selipar jepun saja.

Hmm,perduli apa aku.Cantik tak cantik,asalkan aku pergi ofis sudah.Kalau bos marah,aku kata la kasut hilang.Hehehe,alasan macam budak-budak la pulak.

Dania melangkah keluar dari rumah teresnya dengan bangga,selepas mengunci pintu rumah.Sewaktu dia keluar tadi,dia perasan kereta milik Azie sudah tiada,yang ada kereta BMW Sport yang tersadai dihadapan rumahnya.

Kereta itu macam pernah aku tengok je,tapi dimana ya?entah-entah....

“Oh,no....”

Keluar seorang jejaka dari kereta tersebut sambil menguntum senyum kearahnya.Penuh bergaya dia berjalan sambil menanggalkan cermin mata hitam.Woww,macho gila.

Dania tergamam.Tak pernah dia tengok Encik Iskandar semacho ini.
Encik Iskandar berdehem,mengembalikan Dania ke dunia realiti.Bibirnya masih tersenyum.

“Tutup sikit mulut awak tu,nanti masuk lalat.”Ujar Encik Iskandar.
Dania terkejut,cepat-cepat dia menutup mulutnya.Buat malu kaum perempuan je kena tegur dengan lelaki.Isy-Isy...tak patut lansung.

“Err...er Encik Iskandar buat apa dekat sini ?”

“Hmm,saja.Nak jemput awak pergi ofis.Kenapa?tak boleh ke?”Encik Iskandar senyum menggoda,sengaja untuk mencairkan hati perempuan Dania.Dia tahu menggunakan kelebihanya itu.
Ni yang aku lemah ni...senyuman dia bolah buat aku cair.Tak boleh jadi ni,kena kuat semangat.

“Err...er bukan tak boleh......tapi.......tapi saya pergi dengan kawan saya ke ofis.”Tergagap-gagap Dania membalas pertanyaan Encik Iskandar.Itulah,penanggan orang macho macam Encik Iskandar.

“Nak kata kawan awak si Azie tu,tak pulak saya nampak dari tadi.”
Betul jugak,dari tadi aku tak nampak dia.Pergi mana pulak kawan aku yang seorang ni?boleh pulak dia tinggalkan aku seorang diri dekat sini.

“Dia pergi ofis dah kut...”Ujar Dania perlahan,tetapi masih boleh didengari oleh Encik Iskandar.

“Kalau ,macam tu...jomlah tumpang saya .Lagipun dah lewat sangat kalau nak naik bas.”Encik Iskandar seperti sudah mengetahui rancangan Dania seterusnya.

Pintu kereta sudah dibuka untuk Dania,nak tak nak terpaksalah dia naik.
*****
Dalam kereta dia hanya mendiamkan diri,tak dak modal hendak berbual dengan bosnya itu.Encik Iskandar pun satu,tegurlah si Dania tu,kalau nak tackle perempuan kenalah peramah sikit.

Isy...lambatnya bos bawa kereta,sekarang ni dah pukul 9.30 pagi,tapi separuh jalan pun tak sampai lagi.Entah-entah bos ni ikut jalan jauh.Encik Iskandar ni memang sengaja lah,ni yang buat aku bengang.

Lama Dania menikmati pemandangan luar tanpa menghiraukan Encik Iskandar.Dia masih memikirkan tentang perihal semalam.Hmm...patutkah aku terima cintanya?
Tiba-tiba kereta dihentikan.Eh,kita dah sampai ke?tu la,lama sangat berkhayal sampai tak sedar.Tapi,ni bukan ofis aku...ni kedai kasut,apa bos buat dekat sini.

“Bos,kita buat apa dekat sini?bos nak beli kasut ke?”Dania memandang kasut Encik Iskandar,masih elok dan cantik.

“Tak dak la,beli dekat awak la.Tu...”Encik Iskandar menunjukkan kearah kaki Dania yang hanya berselipar jepun.

“Oh,ini ye.Sebenarnya....kasut...saya hilang.”Tergagap-gagap Dania menuturkan kata-kata.Mukanya merah padam menahan malu.Malu kerana Encik Iskandar menyedari dia hanya berselipar untuk ke pejabat.

“Sudah la,jom saya belanja awak kasut.”Sepantas itu,tangan Dania ditarik dan digenggam kemas.

Dania hanya menurut,tidak membantah tidak melawan.Hatinya berdetak kencang,mukanya merah.Kenapa dengan aku ni?.
Selepas membeli kasut untuk Dania,akhirnya mereka sampai jua ke Berjaya Holding,tempat Dania bekerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...