Followers

Isnin, 16 April 2012

Jangan Pernah Sakiti Aku 10

Note: Re-edit Version


BAB 10

“RAZ? Awak buat apa dekat sini?!” Soal Haryani sedikit terkejut bercampur teruja bila melihat wajah lelaki itu di muka pintu. Tak berkelip matanya melihat wajah tampan Razman. Selepas 3 bulan lelaki itu menghilangkan diri, kini dia muncul semula.
            Razman hanya tersenyum. Di tangannya terdapat sebakul buah-buahan dan sejambak bunga ros. Tanpa menghiraukan gadis yang masih terkejut itu, dia terus meletakkan bunga dan buah di atas almari yang terletak bersebelahan dengan katil. Razman duduk menghadap gadis itu.
            “Awak macam mana Yani, dah okay? Lega hati saya ni, takdak la risau sangat.” Ujar Razman tenang. Matanya galak merenung wajah Haryani. Hatinya pula sentiasa berdebar bila berdekatan dengan gadis yang dipujanya sekian lama ini.
            Haryani serba tidak kena. Merah pipinya menunjukkan dia sedang malu. Tambahan pula dia kekok bila berhadapan dengan lelaki ini. Dia kembali teringatkan peristiwa tiga bulan yang lalu. Memang resah bila dikenangkan semula. Lelaki itu telah meluahkan perasaannya, tapi dia terpaksa menolaknya memandangkan ketika itu dia sudah ada Hariz, mana mungkin dia dapat menerima Razman. Memang jelas ketika itu Razman begitu kecewa. Tidak lama selepas itu,dia terus menghilangkan diri hinggalah sekarang dia tiba-tiba muncul semula.
            “Saya okay, tapi mana awak tahu saya ada dekat sini?” Soalnya ingin tahu.
            Haryani sendiri hairan. Sedar-sedar saja dia sudah berada di wad ini. Ada nurse yang kebetulan datang untuk memeriksa memberitahunya. Haryani rasa bersalah pada Azie kerana telah menyusahkannya, kalau dia tak degil ketika temannya menyuruhnya ke klinik pasti tidak jadi begini. Dia lihat Azie tiada di sisinya, mungkin pulang ke rumah sebentar.
            “Kalau saya cakap saya yang hantar awak ke sini, awak percaya tak?” Tanya Razman bersama senyuman yang tak lekang dari bibirnya. Dia menompang dagu sambil memerhati Haryani.
            Tiga bulan dia tidak melihat wajah Haryani, tiga bulan juga dia harus menahan seksa rindu. Sebelum ini dia telah pun meluahkan isi hatinya kepada Haryani, tapi ditolak kerana Haryani sudah memiliki teman lelaki ketika itu. Dia harus akur, lagi pun dia tidak boleh memaksa Haryani untuk mencintainya.
            Haryani semakin hairan dibuatnya. Wajahnya menunjukkan reaksi terkejut dan tidak yakin.
            ‘Setahu aku, Azie yang daftarkan aku dekat hospital ni. Macam mana pula tiba-tiba Raz juga terlibat?’
            Razman hanya ketawa lucu melihat kebingungan Haryani.
            “Awak tak payah la nak buat muka terkejut tu, tak cantik pun. Azie yang minta tolong saya bawa awak ke hospital. Katanya awak tak sihat, takdak sapa nak angkat awak. Agaknya awak tu berat sangat kut.” Usik Razman. Dia seakan mengerti dengan kebingugan Haryani.
            “Eh, suka hati je kata dekat orang.” Ujarnya spontan dengan wajah cemberutnya. Razman ketawa lucu.
            “Tapi apa pun, thanks tau sebab dah tolong saya. Kalau awak takdak agaknya Azie dah panggil ambulans tadi, habis kecoh satu taman nanti!” Ucapnya lagi, ikhlas. Dia merasa terhutang budi pada Razman. Lelaki ini telah banyak membantunya sepanjang tempoh pertemanan mereka.
            Keadaan sunyi seketika. Haryani kekok bila berdepan dengan lelaki ini, apatah lagi bila teringatkan kejadian lalu. Kerana dia telah menolak cinta lelaki ini, Haryani merasa bersalah dan tidak mampu untuk bertentang mata dengannya.
            “Raz, saya nak minta maaf pasal... er... pasal...” Haryani menggigit bibir. Dia tidak tahu dimulakan dari mana. Entah apa yang difikirkan Razman tentang dirinya juga dia tidak tahu. Mesti dia marah dan benci dengannya. Selepas kejadian itu Razman langsung tidak menghubunginya lagi, begitu juga dengannya. Baginya lebih baik dia menjauh dari lelaki yang memilikki perasaan lain terhadapnya.
            It’s okay. Saya dah lupa pun, tapi kita kawan kan?” Ujar Razman mengerti apa yang sedang berlegar dalam kotak fikiran gadis ini. Dia hanya sekadar mahu menyedapkan perasaan Haryani, sedangkan hakikatnya perasaan cinta itu belum sepenuhnya hilang. Kalau perlu dia akan menunggu sehingga gadis itu kembali bersendiri, ketika itu dia tidak perlu risaukan sesiapa lagi.
            Pantas Haryani anggukan kepala. Takkanlah dia nak putus kawan pula kan? Lega hatinya, sekurang-kurangnya rasa bersalahnya kepada lelaki ini berkurang. Dia menghadiahkan sebuah senyuman manis kepada Razman. Seketika hilang segala masalah dan perasaan sedih yang melandanya beberapa hari ini. Tapi semua itu hanya seketika bila tiba-tiba Azie dan Sara muncul.
            “Assalammualaikum. Wah! Kawan aku dah bangun rupanya, patutlah rancak je berbual. Sampai wad sebeleh pun boleh dengar.” Azie masuk bersama Sara. Di tangannya penuh dengan bungkusan makanan dan tak lupa juga tas pakaiannya. Sara yang berada di sampingnya mengukir senyuman kepada Haryani dan Razman.
            “Waalaikumussalam.” Jawab Haryani dan Razman serentak.
            “Eh, kau ni sajalah tu. Mana ada orang dengar.” Sambung Haryani.
            “Hmm, ya la tu. Entah-entah korang mengutuk aku tadi?”
            “Eh, tak! Kitorang cakap kau ni dah la cantik, baik hati lagi. Dah sesuai sangat kalau ada orang nak masuk meminang.” Ujarnya lalu ketawa lucu. Dia saja nak kenakan Azie.
            “Ada-ada je lah kau ni.” Ucap Azie akhirnya, dia turut ketawa bersama.
            “Yani kau apa khabar? Sorry, sebab lama sangat balik kampung.” Tanya Sara selepas lama mendiamkan diri.
            Haryani cuma tersenyum. Selepas apa yang berlaku tak mungkin dia salahkan Sara. Mungkin ada sebab mengapa Sara rahsiakannya.
            “Semakin baik. Hmm, Ila mana? Dari tadi aku tak nampak.” Tanya Haryani ingin tahu. Dari awal cuma Sara dan Azie saja yang datang.
            “Dia tak balik lagi. Dua tiga hari lagi baliklah dia. Yang penting sekarang ni kau! Nasib baik Azie ada, kalau tak tahu lah apa jadi.”
            Haryani cuma mampu tersenyum sedih. Kalau mereka tiada di sini, maknanya mereka sedang berbulan madulah.
            ‘Yani, cukup! Jangan fikir pasal diorang lagi!’ Jerit fikirannya.
            “Ni siapa?” Tanya Sara bila terpandangkan wajah Razman. Sekali pandang memang tak perasan, tapi kalau dah dua tiga kali pandang rasa macam kenal pula.
            “La, Sara tak kenal ke? Cuba ingat balik.” Jawab Razman.
            Lama dia berfikir. Tapi bila ingatan lalu datang menerjah, bulat matanya memandang lelaki itu.
            “Abang Razman kan ni?” Tanya Sara tidak percaya. Dipandangnya lelaki itu atas bawah. Berbeza sungguh lelaki ini sekarang.
            ‘Eeeuk… Gelinya! Abang?’ Kata-kata itu hanya mampu terluah di dalam hati Azie.
            “Hah, ingat pun! Ingatkan dah lupakan abang. Sara macam mana sekarang?” Tanya Razman mesra dengan Sara. Matanya merenung lembut wajah gadis kecil molek itu. Tapi mata Azie pula yang berbulu melihatnya.
            Azie menghampiri Haryani. Mulutya terherot sedikit melihat keakraban Razman dan Sara. Menyampah betul! Bukan dia cemburu, tapi entah la. Agaknya kerana masih marahkan Ila dan Sara tentang kejadian tempoh hari.
            “Wei, kau tengok tu. Dah terlebih over aku tengok, nyampah aku!” Bisiknya dekat dengan Haryani.
            Haryani hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala.
            “Kau jangan nak cari pasal lah. Takdak apa yang salah pun.” Balas Haryani turut berbisik.
            Baginya tiada salah jika Sara dan Razman bersama. Dia tidak pernah menyalahkan Sara berkaitan Hariz dan Ila. Dia percaya apa yang berlaku ada sebabnya. Tapi bila mengenagkan hari-hari yang akan datang dia dipagut resah.Apa yang dia perlu katakan bila berdepan mereka nanti? Tambahan pula dia masih belum bersedia untuk menghadapi mereka.
            “Awak tak bagi tahu diorang ke yang kita dah berjumpa sebelum ni?” Tiba-tiba Razman bersuara menyebabkan Haryani tersentak. Gadis itu kembali ke alam nyata.
            “Hah, bagi tahu apa?” Dia termangu-mangu kerana tidak mendengar apa yang disoalkan lelaki itu sebenarnya. Fikirannya menerawang memikirkan hal lain ketika itu.
            “Eee, bertuah punya kawan! Abang Raz tanya kenapa kau tak bagi kitorang yang kau jumpa dengan dia sbeelum ni? Hah,kenapa jawab la?” Sara menghampiri Haryani dan mencubit kedua belah pipi gadis itu. Geram dia dibuatnya melihat wajah blur Haryani.
            “Aww, sakit la… Aku tahu la pipi aku ni comel, tak payah la usik.” Dia menggosok-gosok pipinya yang sakit. Warna kulitnya sudah berubah kemerah-merahan. Memang terasa sangat kesakitan itu.
            “Perasan!”
            “Aku bukannya taknak bagi tahu, tapi aku betul-betul terlupa.” Jawabnya jujur. Wajahnya berubah kelat.
            “Ya la tu… Entah-entah korang ni ada skandal.” Azie pantas menjawab. Dia sengaja mahu melihat reaksi Haryani dan Razman. Dari renungan Razman terhadap rakannya ini, dia dapat rasakan ada sesuatu yang disembunyikan darinya.
            “Ish… Mana ada! Kau ni, tak habis-habis nak serkap jarang aku. Aku dengan Raz kawan jelah.” Haryani pantas membantah. Ada ke patut dirinya dituduh begitu. Baginya Razman sekadar sahabat saja, tidak lebih dan juga tidak kurang. Walau apa yang telah terjadi, hatinya masih ada Hariz. Dia hanya menunggu masa saja untuk menyingkirkannya.
            “Tapi... Kalau ada apa-apapun apa salahnya? Kan Sara?” Azie sekadar ingin mengusik Haryani dan Razman.
            Sara mengangguk, mengiakannnya saja. Jika Haryani sudah ada pengganti Hariz apa salahnya.
            Haryani menjegilkan matanya. Kalau nak usiknya pun janganlah depan Razman. Kang tak pasal-pasal Razman kembali mengharapkannya, kesian lelaki itu nanti. Bukan dia tak perasankan senyuman Razman bila Azie dan Sara menyebut soal mereka berdua.
            “Tulah, sorang cantik, sorang lagi hensem. Memang sepadan sangat!”Tambah Sara pula.
            “Eee... Sudah la!” Haryani malu, dia menutup wajahnya dengan kedua belah tangannya.
            “Hahaha... Malu la tu.” Azie seronok. Hatinya lega jika Haryani kembali gembira seperti dulu.
            “Dah, dah la korang ni. Kesian Yani, nanti kalau dia taknak jumpa saya lagi macam mana? Tak kesian dekat saya ke?” Ujar Razman seraya mengerling memandang Haryani yang masih menutup wajahnya. Dia berharap Haryani memandanganya.
            “Takpa la Yani, saya balik dulu. Tak nak ganggu awak, okay la you all! Saya balik dulu, esok jumpa lagi.” Sambung Razman lalu bangun dan meninggalkan ruangan tersebut. Esok dia akan kembali lagi untuk bertemu dengan gadis pujaannya. Hatinya betul-betul tidak sabar menanti hari esok.
            Akan ku goda hatimu hingga dapat .Akanku jaga dirimu bagaikan seorang puteri .Akanku berikan cinta dan kebahagian kepadamu ,tidak akan sesekali aku biarkan kau ketandusan kasih sayang… Razman.
            Azie terkekeh-kekeh ketawa melihat wajah ceria Razman. Dia memandang Haryani penuh makna, tapi sahabatnya tidak pedulikan renungannya itu. Selamba saja dia mengajak Sara berbual, dia yang berada di sebelah tidak dipedulikan. Hairan, bahagimanalah Haryani masih boleh melayan Sara dengan baik, sedangkan Sara juga bersekongkol dalam menyakitkan hatinya.
            “Aku tengok banyak misedscall dari Hariz tadi.” Bisik Azie dekat dengan telinga Haryani selepas Sara ke bilik mandi.
            “Kau curi tengok telefon aku ek?”
            “Mana ada, tadi masa aku call Razman, aku guna telefon kau sebab tu aku tahu.”
            Haryani mencebik.
            “Biarlah dekat dia, padan muka dia! Biar dia call aku sampai pecah telefon tu.”Jawab Haryani selamba.
            Kemudian dia terus mencapai bekas makanan yang dibawa oleh Azie sebentar tadi.
            “Zie, kau masak apa ni?”
            Entah kenapa perutnya mula terasa lapar. Sudah beberapa hari seleranya hilang. Sejak dia bangun tadi, tekaknya terasa dahaga dan perutnya minta diisi. Kebetulan Razman datang tadi membawa buah-buahan, ingin makan di hadapan lelaki itu dia malu. Nasib baik Azie dan Sara datang. Cepat pula Razman pulang.
            “Aku masakkan sup untuk kau. Orang demamkan suka makan sup, sebab tu aku buatkan untuk kau.”
            Haryani tersenyum gembira. Azie faham benar seleranya hari ini. Dia memakan makanannya dengan penuh selera, rasa dah berhari-hari tidak makan. Azie turut senang melihat sahabatnya mulai sihat kembali.
            “Doktor cakap esok kau dah boleh keluar.”
            Lega, hanya itu yang mampu diluahkan oleh Haryani. Dia tidak mahu berlama-lama di hospital. Bosan! Lagi pun pasti banyak kerja yang menantinya di pejabat. Kesian Lia, kerana tidak mahu menjawab panggilan dari Hariz panggilan Lia pun tidak dihiraukannya. Pasti kawannya risau dan tertanya-tanya.


MALAM semakin tua tapi matanya masih belum mengantuk. Dia merenung siling yang bercorak bunga itu, tangan kanannya diletakkan di atas dahi. Fikirannya jauh melayang memikirkan seseorang. Rindu pada insan tersebut sentiasa  membuak-buak di dada. Dia ingin segera pulang ke Kuala Lumpur menemui insan itu. Sudah beberapa hari mereka tidak bertemu. Apa khabar dia sekarang? Sihat ke dia? Sedang bergembira ke dia? Pelbagai soalan menerjah kotak fikirannya.
Hariz mengeluh lagi. Seharian ini tangannya tidak lekang dengan telefon bimbitnya, sesekali dia akan menoleh melihat skrin telefon, berharap orang di sana akan menghubunginya. Di mana Haryani sekarang? Menagapa dia mendiamkan diri saja? Tidak rindukah dia padanya? Dia resah memikirkan Haryani, dirinya boleh sasau jika tidak mendengar suara Haryani.
Jari jemarinya ligat mendail nombor Haryani. Seketika kemudian...
“Maaf, nombor yang anda cuba hubungi tidak dapat dihubungi.Sila...”
“Arghhh...” Hariz menjerit marah. Dia membaling telefon bimbitnya di atas sofa. Geram!
‘Mana awak Yani? Saya rindukan awak. I miss you so much.’
Dia hairan mengapa Haryani tidak mahu menjawab ataupun membalas pesanannya, kalau sibuk sekali pun takkan tak ada masa langsung untuk membaca pesanan ringkas yang dihantarnya. Dia marah kepada Haryani. Barannya akan muncul bila keinginannya tidak dapat dipenuhi. Sekarang ini dia ingin bercakap dengan kekasihnya tetapi tidak dapat. Ingin saja dia bersemuka dengan Haryani sekarang, diluahkan segala dendam rindunya. Batinnya betul-betul menderita ketika ini. Dia ingin menjerit, tapi tidak terluah kerana dirinya berada di tempat orang.
‘Aku nak balik, aku nak balik juga!’Jerit hatinya.
Dia bingkas bangun dan mula mengemas semua pakaiannya dan beberapa perkakas lain. Hariz langsung tak terfikirkan Ila ataupun keluarganya, apa yang ada di dalam fikirannya cuma Haryani, Haryani, Haryani! Dia ingin pulang ke Kuala Lumpur malam ini juga. Dia sudah tidak sabar bertemu empat mata dengan gadis itu. Hariz tidak kisah memandu malam walaupun jam sudah menunjukkan tepat pukul 12.00 tengah malam. Apa yang penting sekarang ni dia ingin pulang, muktamad!
Ila masuk ke dalam bilik dalam keadaan mengantuk. Dia ingin tidur. Tetapi matanya butang bila melihat kelibat suaminya bagaikan kelam-kelabut sedang berkemas. Terus hilang kantuknya.
“Iz awak nak buat apa ni? Kenapa kemas semua barang-barang awak? Kita bukannya nak balik esok.” Ujarnya bersama riak terkejut.
            “Kita balik KL malam ni juga.” Ujar Hariz tanpa memandang wajah Ila.
            “Hah?! Awak gila ke? Tengok jam sekarang, dah pukul 12.00 pun. Dah lewat.” Suaranya lantang. Dia betul-betul terkejut dengan permintaan suaminya. Entah apa yang sudah merasuk fikiran Hariz sehingga sanggup bertindak sedemikian.
            “Habis mama dan papa macam mana? Diorang tahu?” Soalnya lagi.
            Hariz geleng.
            “Ya Allah Iz! Kalau belum bagi tahu macam mana kita nak balik? Takkan nak tinggal diorang macam tu je. Nanti apa pulak kata mama dan papa? Mak ayah saya lagi. Lagipun ikut plan kitakan stay sini sampai hari Jumaat? Kenapa kalut-kalut nak balik ni?”
            Hariz mengeluh, dia berhenti dari perbuatannya dan duduk di birai katil sambil meraup wajahnya, kasar.
            “Saya ada hal sikit, tak boleh ke kita balik KL malam ni juga?” Hariz serba salah hendak menyatakan hal yang sebenar. Hatinya betul-betul sedang memberontak.
‘Huh, hal apa? Kerja nak berdating dengan awek kau!’ Cemuh Ila dalam hati. Geram juga dengan suaminya itu. Kerana Haryani dia pula yang kena tempiasnya. Dia tahu mengapa Hariz ingin pulang ke Kuala Lumpur, pasti dia risaukan Haryani. Siang tadi Sara ada memberitahunya keadaan Haryani yang tidak sihat.
            “Tinggal beberapa hari je, sabarlah sekejap.” Ila cuba memujuk, dia masih tidak mahu pulang ke Kuala Lumpur. Rasanya belum puas bermanja dengan ibu dan ayahnya.
            “Awak kena la faham, saya banyak kerja ni.” Hariz mulai bosan. Ikutkan hati dia boleh saja tinggalkan isterinya sendirian disini, tapi dia bukannya bodoh, jika dia bertindak sedemikian pasti akan membuatkan banyak pihak yang tertanya-tanya. Terutamannya mama dan papa.
            Ila merengus geram, banyak pula kerjanya. Sedangkan Hariz sudahpun diberi cuti oleh papanya. Takkan masih ada kerja? Lagipun Harizkan bos, mana ada bos buat kerja banyak sangat. Semuanya pekerja yang buat.
            “Saya tetap tak nak balik. Lagipun awak lupa ke, Sabtu ni kenduri pihak lelaki? Kitakan dah janji nak selesaikan hal ni dulu barulah saya boleh balik rumah sewa saya.” Jawabnya keras lalu berpeluk tubuh di hadapan Hariz.
            Kini giliran Hariz pula yang merengus. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia berhenti dari meneruskan aktivitinya. Betul juga apa yang dikatakan Ila, kalau dia nak jumpa Haryani dan bincangkan hubungan mereka, lebih baik dia tunggu sehingga majlisnya selesai. Lagipun Datin Sofea dan Dato Bahar akan terus ke London sebaik saja majlis kendurinya selesai. Ketika itu barulah dia dapat keluar dengan bebas bersama Haryani. Tak ada siapa yang nak larang lagi. Ila pula akan teruskan hidupnya seperti sedia kala, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
            “Awak dengar tak apa saya cakap ni?” Soal Ila bila Hariz hanya membisu. Risau suaminya masih berkeras ingin pulang ke Kuala Lumpur.
            “Ya la, kita settlekan hal ni dulu. Dah, awak boleh pergi tidur.”
            Ila menarik nafas lega, selepas itu dia terus merebahkan dirinya di atas katil setelah membentang comforter untuk Hariz. Terkebil-kebil matanya merenung kipas yang berpusing, kemudian dia memandang Hariz pula. Timbul rasa bersalah di hatinya.
            “Awak, saya minta maaf tau. Saya bukan tak bagi awak balik KL malam ni, saya cuma tak nak parents kita fikir yang bukan-bukan pasal kita.” Tuturnya lembut.
            Hariz diam mendengar permohonan maaf isterinya. Bukan salah Ila sebenarnya, tapi salah dirinya yang degil. Lagipun dia sendiri sudah berjanji untuk tinggal di kampung ini sehingga majlis di Kuala Lumpur selesai. Sepatutnya dia lebih bersabar. Dalam hatinya mula timbul rasa kesian kepada Ila, Ila seorang yang baik tapi malang kerana terpaksa menikahinya. Sedangkan dia lebih layak bersama lelaki lain. Selepas itu Hariz kembali baring, merehatkan tubuhnya. Sebelum tidur sempat dia menghantar pesanan ringkas kepada Haryani lagi. Dia berharap Haryani akan membacanya esok pagi.

3 ulasan:

  1. cerita ini menarik,walaupun tak dapat byk komen tak mengapa.terukan n3...

    BalasPadam
  2. bt0l tu.. best cte nie, suspen.. nak lagi cik writterr.. keep it up k :h:

    BalasPadam
  3. best sangat2 please sambung lagi

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...