Halaman

Followers

Selamat Datang

Salam buat semua pembaca dan pelawat blog saya.Di sini saya meminta supaya anda sudi membaca karya2 saya dan meninggalkan komen untuk kemajuan diri saya.Suka saya ingatkan,jangan sesekali meniru/Copy paste karya saya.Thank you... (Diriku bukan siapa-siapa)

Jumaat, 1 April 2011

Cintamu Hanya Milik Ku 10


Bab 10
“Pergi!Pergi!Jangan ganggu hidup aku lagi!”Tempik Haryani.
  Matanya masih terpejam rapat.Dahinya berkerut-kerut.Wajahnya yang basah dengan peluh kemerah-merahan.Tangannya seperti melibas dan menolak sesuatu.Apakah yang sedang dia mimpikan?
  “Pergi!Pergilah,jangan seksa hidup saya lagi.”Suaranya kedengaran separuh merayu.Dia sudah mulai menangis teresak-esak.
  Azie yang ketika itu melintasi bilik tidurnya terkejut bila telingannya menangkap suara tangis Haryani.
  “Ya Allah...”Dia menerpa ke arah rakannya.
  “Shh...shh.Aku dekat sini.Jangan nangis lagi,okay?”Ujar Azie lembut.Tangannya mula membelai rambut Haryani.Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu,lalu dihembus ke telinga  Haryani.Keadaan Haryani semakin reda.Dia menarik nafas lega.Entahla,kalau tiada dia mungkin semakin menjadi-jadi igauan Haryani.
  Tangannya pantas memegang dahi Haryani.Panasnya!Demamnya masih belum kebah.Hatinya mulai risau.Nak buat apa sekarang?Nak bawa ke klinik,Haryani masih tidur.Azie mendapat satu idea.Dia mencapai telefon bimbit rakannya.Kemudian tangannya ligat menekan punat yang terdapat di telefon bimbit tersebut.
  “Helo.”Ujarnya membuka bicara.Panggilannya terjawab selepas beberapa saat.
  “Assalamualaikum.Yani?”
  “Er...Maaf,ni bukan Yani.Saya kawan dia.”
  “Oh...Ingatkan Yani tadi.Hmm,ada apa-apa hal ke kol saya ni?”Suara garau di sana bertanya.Kedengaran seperti terkejut.
  “Saya nak mintak tolong sikit...”Azie ragu-ragu.Dia mengetap bibir.
  “Tolong apa?”

SUASANA di ruang legar Hopital Besar Kuala Lumpur kelihatan lengang.Yang ada Cuma dua orang manusia yang sedang duduk termenung di situ.Kedengaran angin sejuk yang keluar dari penghawa dingin memnuhi ruang.Azie sedang menekan punat-punat telefon bimbitnya.Dia menghantar pesanan ringkas pada seseorang.Sesekali anak matanya mengerling ke arah jejaka yang berada tidak jauh darinya.
  Mereka tersentak bila bilik rawatan yang digunakan oleh Haryani terbuka.Seorang doktor perempuan muncul dengan senyuman di bibir.Matanya terarah kepada Azie.Mereka berdua menerpa ke arah doktor tesebut.
  “Keluarga pesakit?”Soal doktor tersebut.
  “Saya!”Jawab mereka berdua serentak.Azie terkejut.Dia menoleh sekilas memandang jejaka tersebut yang turut terkejut.
  “Dia tak apa-apa.Cuma demam panas,tapi tekanan darahnya rendah.Oleh sebab itu,saya terpaksa menahan pesakit di wad.”Ujar doktor itu tenang.
  Azie memerhati nama yang tersemat di baju putih yang dipakai doktor tersebut.
  Cantik!Maziah...
  “Terima kasihla Doktor Maziah.Sebab bantu kawan saya.Ucap Azie akhirnya.
  “Takpa,lagipun memang tugas saya.”
  Perbualan mereka mati disitu bila Doktor Maziah meminta diri untuk melawat pesakit-pesakit yang lain.Matanya menuruti langkah doktor muda iu.Fikirannya buntu,bila disitu hanya tinggal mereka berdua yang berdiri kaku.
  “Er...Terima kasih.”Dia memecahkan kesunyian diantara mereka.Azie mengerlingkan matanya memandang pemuda yang berada disebelahnya.Ingin melihat reaksi lelaki itu.
  Kepada pemuda itulah dia meminta tolong untuk menghantar Haryani ke hospital.Nasib baiklah,lelaki ini tidak banyak tanya.Sepanjang perjalanan mereka ke hospital,mereka hanya membisukan diri.Cuma sesekali kedengaran keluh resah lelaki itu.
  Razman tersenyum.Tangannya pantas dihulurkan kepada perempuan yang belum dikenalinya itu.Hatinya lega.Tidak perlulah dia bersusah payah lagi memeningkan kepala untuk memikirkan perkara apa yang sesuai untuk dikatakan pada perempuan ini.
  “Razman...”
  “Azie.”Jawab Azie teragak-agak.Dadanya berdebar tak tentu arah bila tangan sasa Razman menyentuh tangannya.Bagaikan terkena renjatan elektrik,dia terus terpaku di situ.
  Selepas mereka berbual memperkenalkan diri masing-masing.Azie terus meminta diri untuk beredar.Dia harus pulang ke rumah segera dan menyediakan barang rakannya untuk di bawa ke hospital petang ini.Selepas pertemua itu,bibirnya tidak pernah lekang dengan senyuman.Fikirannya melayang memikirkan tentang lelaki itu.Sudah terjatuh hatikah dia pada lelaki itu?

AZIE terkejut bila matanya terpandangkan kereta milik Sara terpakir dihadapan rumah sewa mereka.Dia mengerutkan dahinya.Bila mereka balik?Hatinya tertanya.Dia mematikan enjin kereta dan melangkah keluar dari kereta.
  “Assalamualaikum...”Dia memberi salam seiring dengan ketukkan pintu.Dia menunggu beberapa saat,tapi tiada siapa yang datang untuk menjawab salam dan membuka pintu untuknya.
  “Assalamualaikum...”Ujarnya sekali lagi.Dia merengus kecil.Bukannya dia marah,tapi matanya lansung tidak nampak bayang-bayang orang yang akan membuka pintu untuknya.Kunci rumah ada di dalam tas tangannya,tapi dia malas hendak mengeluarkannya.Kerana di dalamnya penuh dengan harta karun,sukar untuk dia mencari kunci rumah.
  “Isy,manala pulak dia ni?”Bicaranya sendirian.
  “Assalamualaikum...Woi,buka pintu ni woi!”Jerit Azie lantang.Kakinya sudah mula memainkan peranan menendang pintu .Isy,isy...kurang sabar betulla minah sorang ni.
  “Eeee,geramnya.Dia ni tidur mati ke,ataupun dah mati.”Gerutunya.Memang mulutnya lansung tiada insuran.Ikut suka hatinya saja mengata dekat orang dah mati.Isy,isy,isy.
  “Akak!”
  “Oii,mak kau mati hidup balik...Eh,apa benda aku cakap ni.”
  Azie melatah bila dirinya disergah begitu.Latahannya itu telah mengundang rasa geli hati pada beberapa orang remaja yang berada disitu.Mereka ketawa terbahak-bahak.
  “Apa korang ni?Main sergah-sergah pulak.Kalau kak Zie mati terkena serangan jantung macam mana tadi?Nak bertanggungjawab?”
  Azie marah.Matanya dijegilkan pada mereka.Sudahla lahar gunung berapinya ingin meletus disebabkan rakannya masih belum membuka pintu untuknya,kini dia terpaksa berdepan dengan budak-budak nakal yang ingin mencabar kesabarannya.
  “Akak janganlah garang sangat.Takut kami.Kita orang saja je nak mengusik akak ni.”Jawab salah seorang daripada mereka.
  Sejuk hatinya mendengar itu. “Kalau nak mengusik ke,nak main cak-cak dengan akak ke,lain kali tengoklah masa yang sesuai.Hmm,dah-dah.Pergi balik,main jauh-jauh sikit.”
  Sebaik saja kumpulan remaja tersebut beredar.Pintu rumahpun terbuka.Dia merengus kencang.Baru sekarang nak buka!Sara muncul dengan wajah mamainya.Tangan kanannya mengosok-gosok matanya yang masih kelihatan merah.
  “Bila kau balik?”Soal Sara selamba.
  Eh,dia boleh tanya bila aku balik?
  “Bila-bilapun boleh.”Azie terus meluru masuk ke dalam rumah.Tanpa dia menghiraukan Sara yang terpinga-pinga.
  “Bila kau balik?”Soal Azie sedikit radang.Matanya memandang sofa yang terletak di ruang tamu.Seperti ada orang lain pernah duduk disitu.Mungkin Sara tertidur disitu,bukan di dalam bilik.
  “Bila-bilapun boleh.”Sara sengaja mengulangi kata-kata Azie sebentar tadi.
  “Kau ni...”
  “Okay,okaylah.Kau tak pergi ofis ke?”Tanya Sara.Jam tangannya baru pukul 2.00 petang.Masih awal lagi untuk mereka yang bekerja di pejabat untuk pulang.
  “Tak,aku ambil cuti hari ni.”Azie melabuhkan punggung di atas kerusi empuk berwarna merah.Dia menekan butang ON pada remote control televisyen.Dia menonton sambil meneguk air oren di dalam gelas yang di ambil di dapur.
  “Kenapa?Bukan kau baru balik dari Melaka ke?”
  “Memangla,tapi tiba-tiba je Yani demam.So,aku kenala jaga dia.Faham!”Dia sudah mulai bosan dengan sikap Sara yang banyak bertanya ni.
  “Ya Allah...Macam mana pulak dia boleh demam?Selalunya dialah orang yang paling susah nak sakit.”Bicaranya sedikit terkejut.Matanya dari memandang televisyen terus tertumpu memandang wajah Azie,ingin meminta penjelasan yang seterusnya.
  Azie terus terdiam.Dia kembali teringat kejadian dua hari lalu.Sakit hatinya bila mengenangkannya.Hatinya bertambah marah bila rakannya jatuh sakit disebabkan hal itu.Dia mungkin boleh terlupa,tapi tidak bagi Haryani.Mungkin perkara ini akan diingatinya sampai bila-bila.Baru dia sedar kini,Sara jugak turut terlibat dalam hal ini.
  Dia terus diam.Menyepikan diri.Malas dia hendak menjawab soalan itu,kerana jawapan itu sendiri ada pada Sara.Dia terus tenggelam dalam khayalannya.Dia tidak mahu lama-lama melayan perasaan marahnya.Takut hubungan persahabatannya diantara Sara,Iela dan Haryani akan terjejas.Biarlah perjalanan masa yang menetukannya.

p/s:please tinggalkan komen utk memajukan lagi karya saya:)!!

2 ulasan:

  1. bestt sgt, nak tau kisah lela dgn suami die...

    BalasPadam
  2. err....yg mne stu watak utama??saye x nmpak la..sorry...hiks3

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...