MARANG: Seorang buruh dipercayai penagih dadah mati lemas selepas bertindak terjun ke dalam sungai di Kampung Tasik, Jambu Bongkok di sini hari ini selepas terkejut dengan kehadiran polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Superintendan Roslan Abd Wahid berkata dalam kejadian kira-kira 6 pagi, mangsa Mohd Zulkifli Mohd Zahari, 20-an, dan dua lagi rakannya berada di tempat kejadian dan disebabkan terkejut dengan kehadiran polis, dua daripada mereka bertindak terjun ke dalam sungai.
Beliau berkata seorang daripada mereka berjaya menyeberangi sungai manakala mangsa pula gagal menyeberang lalu lemas.
Panik dengan kejadian yang menimpa rakan mereka, seorang lagi rakan yang berada di darat bertindak menahan van pasukan narkotik dan memaklumkan mengenai kejadian itu, katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Gerakan mencari dan menyelamat kemudian dilakukan oleh unit skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan dibantu oleh Jabatan Pertahanan Awam dan polis.
Katanya mayat mangsa berjaya ditemui 5.22 petang kira-kira 100 meter dari tempat kejadian. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan