Isnin, 6 Mei 2024

Random Post: Doa Qunut

 Hi dan assalammualaikum pelawat blog ni, dah lama saya tak update, bertahun lamanya. Kebetulan, hari ni saya melayari internet untuk menyemak DOA QUNUT, selama ni solat asyik baca tanpa periksa, betul ke salah, saya pun tak tahu.

Jom, dah alang-alang dah check, saya nak share sekali apa yang saya fokus untuk perbetulkan bacaan DOA QUNUT saya.

Semoga, posting kali ini, memberi manfaat, dan pahala untuk saya juga =D





























Sumber: SUNAN

Cuba perhatikan potongan ayat/perkataan yang saya dah highlight dengan warna kuning. Dari awal DOA QUNUT, ayat akan berakhir dengan huruf 'ta' manakala perkataan yang dihighlightkan berakhir dengan huruf 'kaf'.

Sering kali kita baca tanpa mengira betul atau salah bacaan kita, asal bunyi sama, kita bedal saja. Dan ramai dianatara kita, termasuk saya yang tidak sempurna bacaannya. Kadang-kadang asal bedal je kesemua hujung perkataan ini beakhir dengan huruf 'ta' juga.