BAB DUA
PERTEMUAN pertama
Haryani dan Hariz terjadi beberapa tahun lalu ketika mereka sedang bercuti
disebuah pulau. Pertembungan tanpa sengaja meleret ke jalinan persahabatan dan
kemudian sebagai pasangan kekasih. Dia yang menyedari hati ini sudah terpaut
dengannya, menerima huluran kasih bila Hariz menyatakan isi hatinya.
Bukan main senang lagi dia bila
Hariz juga memilikki perasaan yang sama dengannya. Hari indah itu tak mungkin
dilupainya, apatah lagi Hariz lelaki pertama yang berjaya membuat jantungnya
berdegup laju, tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang. Setelah usia
hubungan mereka hampir mencampai tiga tahun, getaran cinta itu masih ada dan
masih sama.
Bukan senang untuknya mempertahankan
hubungna mereka ini, dirinya ibarat Pipit yang hendak terbang bersama Enggang.
Dia wanita biasa yang tiada apa-apa, dibandingkan Hariz yang datang dari
keluarga kaya-raya. Kalau tidak kerana perasaan cinta yang kuat buat Hariz dan
keyakinan yang diberikan oleh kekasihnya itu, agaknya dah lama dia undur diri.
Dia memainkan album gambar mereka di
layar komputer sambil mengenang kembali kenangan lampau. Kenangan lampau yang
cukup manis dan tidak terlupakan. Bibirnya tersenyum gembira, tidak lama lagi
mereka akan menyambut ulang tahun ke tiga hubungan mereka. Fikirannya sudah
memikirkan kejutan yang akan dilakukan dan hadiah yang ingin diberikan kepada
Hariz.
“Good morning my dear friend!
Amboi, bukan main panjang senyum tu. Ada apa-apa ke?”
Sergahan Lia mematikan lamunan panjangnya
tadi. Segera dia menutup album yang dibuka di layar komputer. Tidak mahu Lia
menjadikan bahan untuk mengusiknya. Hubungannya bersama Hariz bukan menjadi
rahsia, Lia juga mengenali Hariz memandangkan kekasihnya itu sering ke
pejabatnya untuk makan tengah hari bersama.
“Selamat pagi Lia, eh dia pun kenapa
teruja sangat pagi ni? Ada good news
ke?”
Lia hanya ketawa teruja. Wajahnya
yang bersinar-sinar tidak dapat menutupi rasa bahagia yang sedang menyelimuti
diri. Selepas meletak barang dan tas tangan di mejanya, dia kembali menghampiri
Haryani.
“Inilah yang Lia tak sabar nak
kongsi dengan Yani. Akhirnya, Allah makbulkan doa Lia dan suami selepas tiga
tahun. I’m pregnant now!”
Ternga-nga Haryani mendengar berita
baik ini. Dia memandang Lia dengan perasaan tidak percaya dan terharu. Dia yang
mengenali Lia sejak bekerja disini mengetahui bagaimana perit getir mereka
berusaha mendapatkan anak. Pelbagai usaha telah dilakukan tapi tidak pernah
berjaya, alhamdulillah kali ini rezeki milik mereka.
“Alhamdulillah, tahniah Lia. Yani tumpang
gembira.”
“Itulah, Lia pun mula-mula tak
percaya. Tapi lepas doktor yang sendiri sahkan, lega hati ni.”
Lia dan suaminya, Alif bernikah
muda. Walaupun Haryani dan Lia sebaya, tetapi usia perkahwinan mereka sudah
lima tahun. Kadang-kadang terselit rasa cemburu dihatinya bila dirinya belum
juga dilamar Hariz. Bercinta dah nak dekat tiga tahun, tapi belum juga
berkahwin. Ada orang, kenal tak sampai setahun dah ajak kahwin. Janganlah Hariz
menikah dengan orang lain pula. Apa-apa pun dia percaya jodoh telah ditetapkan
Tuhan untuknya. Kalau Hariz untuknya, takkan kemana juga.
“Yani tau tak apa reaksi Alif? Dia
punya seronok sampai tak ingat dunia, terlompat-lompat macam budak kecil.”
Haryani tidak dapat membayangkan
tubuh Alif yang besar ragam terlompat-lompat macam budak kecil. Pasti hodoh.
Kebetulan Alif juga bekerja di dalam wisma yang sama, tetapi berlainan
syarikat. Kadang-kadang ada juga dia terserampak dengan suami rakan
sepejabatnya ini sedang menunggu Lia di hadapan pintu lif.
“Itulah Lia pun taknaklah seorang je
happy. Yani pula macam mana? Bila cik abang nak hantar rombongan
meminang?” Tanya Lia, cuba mengalihkan perhatian kepada Haryani pula.
“Janganlah tanya Yani, manalah Yani
nak tahu. Lia kena tanya Iz sendiri.”
“Hmm, agaknya kempunan la Yani
nanti, tengok Lia dah ada baby nanti.”
“Ala, kita pinjamlah sekejap anak
dia nanti.”
“Eh mana boleh, kalau nak kenalah
cepat-cepat kahwin.”
Kalaulah kahwin itu semudah ABC, dah
lama dia kahwin dengan Hariz. Ketika ini hubungan mereka terlalu banyak
halangan. Tak semudah itu dia dapat bersama Hariz. Usianya semakin lama semakin
meningkat, bohonglah dia kalau tiada kerisauan dihati ini. Tetapi selagi Hariz
mampu setia disisinya, selagi itu dia akan bertahan dalam perhubungan ini.
Haryani telah berjanji untuk belanja
Lia makan tengah hari ini, sempena pengumuman berita kehamilan Lia. Kebetulan
hari ini hari gaji, tak salah rasanya dia berkongsi rezeki.
SEPERTI yang
dijanjikan, Haryani dan Lia kini sudah berada di restoran yang terletak
bertentangan dengan pejabat mereka. Masing-masing sedang memilih makanan yang
hendak dimakan. Haryani memesan nasi goreng kampung dan minuman kegemarannya,
jus oren. Manakala Lia memilih untuk makan makanan barat dan minuman yang sama
dengannya.
Tengah hari ini ramai pelanggan yang
datang untuk menjamu selera, restoran ini kelihatan sesak dengan manusia.
Mereka bernasib baik kerana mendapat meja yang bersebelahan dengan penghadang
kaca yang menyajikan pemandangan di luar kedai.
Sedang mereka menjamu selera.
Tiba-tiba Lia bersuara.
“Eh,Yani. Tu bukan Hariz ke?” Tanya
Lia sambil menunjuk ke arah belakang Haryani.
Haryani segera berpaling memandang
ke arah yang ditunjukkan. Tetapi dia tidak nampak kelibat Hariz di situ.
“Mana? Tak nampak pun.”
“Tu… Dekat situ tu… Dekat sebelah
meja perempuan yang pakai baju pink
tu.” Kali ini Lia memberi tahu kedudukan Hariz dengan lebih jelas. Mulutnya
termuncung ke arah yang ditunjukkannya.
Haryani segera bangun dan meninjau
ke arah tempat yang dimaksudkan Lia. Haryani tersenyum bila matanya menangkap susuk
Hariz. Kelihatan kekasih hatinya sedang sendirian, dia ingin segera pergi ke
sana dan menemani Hariz.
“Kalau ya pun nak jumpa kekasih
hati, pengarang jiwa. Makanlah sampai habis dulu, tak lari gunung kalau
dikejar.” Halang Lia sambil tersenyum mengejek.
Haryani tersipu-sipu malu, segera
dia menghabiskan makanannya. Lia ni pun, sempat lagi nak berbahasa.
“Lia, Yani pergi jumpa Hariz sekejap
ya?”
“Okay, tapi jangan lama-lama sangat
tau. Kita belum solat lagi.”
Haryani melangkah penuh gembira ke arah Hariz. Hampir seminggu mereka tidak
bertemu sudah membuatnya mabuk rindu pada lelaki itu. Perjumpaan secara tidak
sengaja ini memberi kesempatan kepadanya untuk melepaskan rindu. Apa agaknya
reaksi Hariz nanti bila bertemu dengannya? Mungkin gembira sepertinya? Tapi
bila langkahnya semakin hampir, dia jelas melihat wajah Hariz yang muram dan
tidak bermaya. Wajahnya yang tidak bercukur dan diri yang tidak terurus.
Mengapa? Adakah Hariz dalam kesusahan?
HARIZ tiada selera untuk menjamah makanan, tapi digagahkan juga bagi mengisi
perutnya yang kosong sejak pagi tadi. Fikirannya kusut, hatinya tidak tenteram.
Sejak beberapa hari ini dirinya sudah tidak terurus. Fikirannya selalu
menerawang memikirkan hal-hal yang membuatkan hatinya diragut rasa bimbang dan
bersalah.
Fikirannya terbeban dengan masalah
yang sedang digalasnya. Saat ini cuma kawan baiknya saja yang mengetahui masalah ini, iaitu Ikram.
Masalahnya bukan saja melibatkan dirinya, tetapi semua orang yang berada
disekelilingnya.
Telinganya masih terngiang-ngiang
dengan ucapan mamanya, Datin Sofea dan papanya, Dato Bahar. Sanggupkah dia
melukakan hati seorang insan yang cukup dicintainya hanya kerana desakkan
keluarga yang ingin melihat dirinya bersama wanita lain?
“Mama tak kira, kau nak ke, taknak
ke, mama tetap dengan keputusan mama. Faham!” Suara Datin Sofea tegas.
Datin Sofea berdiri di hadapan anaknya yang
sedang duduk bersebelahan suaminya. Dia merenung tajam Hariz. Hatinya sudah
keras dengan keputusannya dan tak mungkin dapat diubah lagi. Lagipun suaminya
turut bersetuju dengan keputusan ini. Jodoh yang dipilih untuk Hariz dari
keluarga yang baik-baik dan yang pasti lebih layak dari Haryani.
Dato Bahar sudah lama mengenali
keluarga bakal menantunya dan mereka bersahabat baik. Kerana itulah dia
menyetujui keputusan isterinya untuk menjodohkan Hariz dan anak kawan baiknya
ini. Bakal menantu mereka orangnya lemah lembut, bersopan-santun dan baik
budinya. Hal itulah yang telah menarik hatinya untuk melamar anak gadis
sahabatnya untuk menjadi isteri Hariz, satu-satunya anak mereka.
“Tapi Iz tak nak mama. Iz dah ada
pilihan sendiri.”
“Siapa? Budak perempuan yang tak
tahu asal usul tu?!” Tebak Datin Sofea garang.
Hubungan Hariz dan Haryani sudah lama diketahuinya, sejak awal perkenalan
mereka lagi. Dia tidak bersetuju bila
Hariz menyuarakan isi hati untuk melamar Haryani, hanya kerana latar belakang gadis
itu tidak jelas. Lagi pula dia sangat berpegang dengan ucapan yang mengatakan
sekiranya kita menginginkan keturunan yang baik-baik, mencari pasangan juga
mestilah dari kalangan yang baik-baik. Bukanlah dia mengata Haryani dari
keturunan yang tidak baik, tetapi ketidaktahuan asal-usulnya meragukan mereka.
“Mama!” Hariz hampir menjerkah
mamanya, tapi segera dihalang Dato Bahar
“Huh, Iz cakap la apa sekali pun. Iz
tetap akan kahwin dengan Ila!”
Selepa itu Datin Sofea terus beredar
meninggalkan ruangan itu. Lagi lama dia duduk di situ lagi panas rasanya.
“Arrggh!” Tiba-tiba
Hariz menjerit kesal. Suaranya bagaikan hililintar mengejutkan orang-orang yang
berada di sekelilingnya.
Haryani terperanjat. Dia memandang
wajah tegang Hariz. Kecut perutnya melihat wajah itu. Dia tidak tahu mengapa
Hariz tiba-tiba marah. Pelanggan yang hadir juga jelas tercengang-cengang dan
memandang ke arah mereka. Tangan kananya memegang lembut bahu Hariz. Dia yang
baru ingin bersuara, terkejut dengan jerkahan lelaki itu yang tiba-tiba.
“Kau nak apa?!”
Haryani terus terdiam, dia menarik
kembali tangannya dari tubuh Hariz. Bukan dia saja yang terkejut, tapi Hariz
juga terkejut bila terpandang wajahnya.
“Yani? Maaf, saya... Saya tak
sengaja.” Hariz segera memohon maaf. Dia berdiri sambil memandang wajah Haryani
yang tercengang.
“Iz, awak okay?”
Kelembutan suara Haryani menerjah
gegendang telinganya. Hariz baru tersedar di mana dia berada sekarang. Dia
meraup kasar wajahnya sambil beristighfar beberapa kali. Perlahan-lahan dia
menghampiri gadis yang jelas masih terkejut. Seketika mata mereka bertembung,
Haryani melarikan wajahnya dari terus ditonton oleh Hariz. Tanpa kebenaran
Haryani terus mengambil tempat bertentang dengan lelaki itu. Hariz bungkam,
dalam terkejut ada rasa gembira kerana dapat bertemu dengan kekasih hati. Lega
dan terasa tenang hatinya melihat wajah itu.
“Awak tak apa-apa ke Iz? Awak sihat?
Ada apa-apa masalah ke?” Bertalu-talu Haryani menyoal. Hatinya disapa bimbang.
Mana tidaknya, kekasihnya yang sentiasa
baik hati, dan lembut tutur katanya tiba-tiba berubah macam gorila.
Hariz geleng. Rasa bersalah kerana
telah memarahi Haryani, tapi niatnya bukan begitu. Kerana terlalu marah dan
tertekan dengan masalahnya, dia telah melepaskannya pada orang yang salah,
apatah lagi orang itu adalah kekasihnya sendiri. Hariz segera duduk bila
terperasankan tumpuan orang ramai terarah padanya.
“Iz, awak okay ke tak ni?” Haryani
tanya lagi. Semakin risau dibuatnya bila melihat kebisuan Hariz sejak tadi.
Hariz tersenyum sambil mengelengkan
kepalanya. Itulah salah satu sikap yang dia suka pada gadis ini. Sentiasa
mengambil berat akan dirinya, tapi yang melucukannya adalah melihat Haryani
mengelabah seperti sekarang.
“Saya tak apa-apa, awak tak perlu
risau. Awak buat apa dekat sini?” Kini giliran Hariz pula bertanya.
“Saya datang makan tengah hari
dengna Lia, kan office saya depan ni je.
Saya yang sepatutnya tanya awak soalan tu, awak buat apa dekat sini? Kenapa tak
call saya? Awak ada masalah ke?” Dia masih belum berpuas hati selagi
tidak mengetahui punca mengapa kekasihnya berang tadi, pasti ada sebab.
Hariz merasa bersalah. Mulanya
memang dia ingin mengajak Haryani makan tengah hari bersama, tapi kerana
terikut-ikutkan perasaannya tadi dia terus terlupa dengan niatnya itu.
“Takdak apa, awak jangan risau la.
Saya rindu dekat awak je agaknya.”
Lembut suaranya menjawab pertanyaan kekasih hati, mengelak dari terus
membicarakan masalahnya. Jika ikutkan perasaan yang tidak menentu ini, ingin
diluahkan saja apa yang terbuku dalam hati. Tetapi dia masih waras, mana
mungkin dia melukakan sekeping hati yang begitu rapuh. Dan menghilangkan
peluang untuk terus bersama Haryani.
Haryani mengerutkan dahinya hairan,
tapi malas ingin bertanya lebih lanjut memandangkan Hariz sedang tidak ingin
berkongsi.
“Apa-apa je lah. Jangan terpekik melolong lagi sudah la.”
Hariz ketawa kecil. Kehadiran
Haryani di depan matanya melegakan gelora hatinya untuk seketika. Dia merenung
wajah Haryani lama, mata bening itu sentiasa menjadi sasarannya. Kerana dari
mata, turun ke hati. Kerana dia yakin hati mereka berdua sedang berdegup
kencang seolah sedang jatuh cinta pada pandang pertama.
‘Ya Allah... Aku mohon, Kau
jadikanlah dia sebagai suri hatiku selamanya. Kerana hanya dia yang aku mahu.’
Doanya dalam hati.
Wajah Haryani bersemu. Bukan dia
tidak biasa dipandang oleh lelaki itu, tapi kali ini pandangannya sangat
berbeza. Seolah ada makna tersirat disebalik pandangan itu.
“Iz, kalau awak terus tengok saya,
saya balik!” Ucapnya lantas mematikan lamunan Hariz. Dia sengaja berbicara bagi
menghilangkan rasa tidak selesa dirinya. Haryani berpura-pura untuk pergi
walaupun dia tahu Hariz pasti tidak izinkan.
Hariz pantas menghalang dengan
menyentuh hujung baju Haryani.
“Please,
don’t go. Please, I need you. ”
Hariz merayu. Wajahnya berubah sedih dan hilang arah.
Hariz tak keruan bila Haryani ingin
meninggalkannya. Dia perlukan Haryani ketika ini. Dia tidak tahu masih adakah peluang untuknya
bersama Haryani selepas ini. Kerana apa yang bakal terjadi nanti pasti merobek
hati kekasihnya.
Tidak! Dia tidak akan biar hal itu terjadi, dia tidak mungkin berpisah
dengan Haryani. Dia perlu lakukan sesuatu untuk mengikat berdua selalu. Ya, itu
yang dia perlu lakukan.
Haryani merenung Hariz lama. Dia
merasakan seperti ada yang dirahsiakan oleh Hariz. Tapi apa? Kerana tidak
sampai hati melihat Hariz sebegitu, akhirnya dia beralah juga. Dia bersetuju
untuk menemani lelaki itu sepanjang hari. Selepas memberitahu Lia dan menjelaskan
bayaran makanan, dia mengikut Hariz. Cuti separuh hari terpaksa diambil,
walaupun sempat juga dia dileteri oleh Lia.
yati,jalan cter novel ni nmpak mnarik sgt....
BalasPadamcuma bnyak ejaan yg salah...
boleh diperbaiki lg...
pe2 cter ni nmpak mnarik sgt.. :)