Halaman

Followers

Ahad, 15 April 2012

Jangan Pernah Sakiti Aku 6

Re-edit version

BAB ENAM

TAK SAMPAI seminggu mereka di kampung, Hariz dah berbunyi untuk kembali ke Kuala Lumpur. Datin Sofea dan Dato Bahar sudah terlebih dahulu pulang ke sana, memandangkan mereka juga perlu menyiapkan majlis menyambut menantu hujung minggu itu. Hariz dipaksa oleh mamanya untuk tinggal lebih lama di rumah mentuanya, dengan tujuan untuk merapatkan hubungan Hariz dan Ila.

            Hariz terpaksa akur walaupun dia ada juga memberitahu Ila untuk segera pulang ke Kuala Lumpur, walau bagaimanapun tidak diendahkan atau pura-pura tidak mendengar permintaannya. Hatinya tidak betah di kampung memandangkan Haryani sudah tidak melayan semua panggilan dan pesanan ringakasnya. Dia ingin segera pulang, ingin bertemu dengan tunangnya itu dan bertanyakan punca dia menjauhkan diri.

            Ila tahu niat Hariz, tetapi dia sudah nekad untuk mempertahankan rumah tangga yang baru dibina ini. Sebolehnya dia mahu memutuskan hubungan Hariz dan Haryani, tetapi dia tiada kekuatan untuk berterus dengan suaminya itu. Dia berharap pihak sana yang akan meleraikan ikatan terlarang itu.

 

HARYANI mengeluh berat sambil menghempas perlahan telefon bimbitnya di atas katil. Sebuah lagi pesanan di terima daripada Ila hari ini. Terdapat beberapa foto baru Hariz bersama keluarga mentuanya dan Ila yang sedang bahagia berborak, yang sengaja dihantar. Lama dia menatap foto-foto itu, sebelum dia memejamkan mata. Perlahan-lahan air matanya mengalir membasahi pipi. Entah sudah berapa kali dia menangis sejak kejadian tempoh hari, tetapi belum cukup untuk mengubat rasa sakit di hati.

            Dia tidak tahu tujuan Ila menghantar gambar-gambar itu, dan dia juga tidak pernah membalasnya, seperti mana dia tidak pernah membalas pesanan-pesanan Hariz. Fikirannya masih kusut memikirkan pokok pangkal masalah yang membawa hubungan mereka bertiga serumit ini.

            Andai Hariz tidak mencintainya lagi, mengapa tidak diputuskan hubungan ini? Mengapa harus memberi harapan yang tinggi dan cincin sebagai tanda pertunangan kepada dirinya? Cincin yang disematkan Hariz di jari manisnya tempoh hari belum ditanggalkan lagi. Dia sayang, kerana hanya sekejap merasa nikmat sebagai tunang orang. Dan dia juga masihkan sayang lelaki itu.

            Dia sangat inginkan kebenaran, supaya fikirannya kembali tenang, dan dia dapat melepaskan Hariz dari hatinya, dan melangkah kedepan tanpa ada penyesalan. Dia ingin tahu bila hubungan Hariz dan Ila bermula, dan bagaimana? Dia tidak pernah mencurigai lelaki itu selama ini. Apakah kerana mata dan fikirannya dibutakan hingga tidak perasan perubahan-perubahan kecil pada Ila dan Hariz?

            Azie melangkah masuk ke bilik mereka selepas menamatkan perbualan dengan seseorang. Haryani tidak menghiraukannya.

            “Wei, jom?” Ajak Azie tiba-tiba.

            “Malaslah, aku nak tidur. Penat.” Haryani beralasan. Segera dia menghapus air matanya dan menekup mukanya dengan bantal, menghalang sahabatnya dari melihat matanya yang masih bengkak.

            “Jomlah wei, aku dah janji dengan kawan kita ni nak jumpa malam ni.” Pujuk Azie lagi. Dia tahu Haryani masih bersedih, tapi dia tidak mahu sahabatnya larut dengan kesedihan ini. Dia mahu Haryani bangkit dan memulakan kehidupan baru.

            “Siapa? Aku kenal ke?”

            Azie berjaya menarik minat Haryani, dia tersenyum misteri sambil duduk di hujung katil. Sejujurnya dia sudah merancang untuk mempertemukan Haryani dengan seseorang yang pernah menaruh hati kepadanya dulu. Dia mahu Haryani melupakan Hariz dan memulakan yang baru. Dia masih sakit hati dengan pengkhianatan Ila dan Hariz, jangan ingat Haryani tidak mampu dapat yang lebih baik dari Hariz? 

            “Cuba teka siapa? Dia one of our senior masa dekat universiti dulu.”

            Haryani kerut dahi. Dia mengenali ramai pelajar senior semasa di universiti dulu, dan ada diantara mereka yang masih dihubungi hingga sekarang. Tetapi kebanyakkannya pelajar senior perempuan.

            “Siapa? Ramailah senior yang aku kenal. Kak Fatin, kak Tikah, kak...”

            “Bukan perempuanlah. Kau mesti kenal punya, dia lelaki.”

            “Siapa? Aku tak kenallah.”

            “Ish. Takkan kau tak ingat kut. Dia tu your admirer yang paling setia dan paling lama. Cuba teka siapa?” Azie senyum nakal, dia pasti Haryani mengenali lelaki yang dimaksudkannya.

            Dia terbutang, sudah lama dia tidak mendengar nama lelaki yang dimaksudkan Azie. Dia memandang sahabatnya dengan perasaan tidak percaya. Bertahun-tahun dia meninggalkan universiti, dan sejak itu jugalah dia mahu melupakan sebaris nama yang baginya sangat memalukan.

            “Tidak! Aku taknak pergi, kau pergilah sendiri jumpa dia.” Bals Haryani, lalu kembali menghempas diri di atas katil dan menutup mukanya dengan bantal.

            “Eee, kau jangan nak mengada ya. Aku dah janji nak bawa kau sekali tau tak?”

            Azie menarik kaki sahabatnya, memaksa dia bangun.

            “Taknak, yang kau pandai-pandai berjanji dengan dia kenapa? Kau kan tahu aku tak suka dia.”

            “Aku buat semua ni untuk kau juga. Cuba kau buka mata tu luas-luas, daripada menangiskan lelaki tak guna tu, baik kau start cari new boyfriend. Ada rezeki, kahwin cepat, tak payah bercinta lama-lama.”

            Haryani rasa nak cubit-cubit saja mulut si Azie sekarang. Senang saja bercakap, tapi yang menangungnya dia seorang.

            “Amboi, senangnya kau cakap. Apa kata kau buat dulu apa yang disarankan, lepas tu baru aku ikut.”

            “Eh, aku pula? Tak, sekarang ni pasal kau tau. Apa salahnya kau pergi jumpa dia sekejap? Mana tahu si Raz dah semakin tampan, duit pun dah berkepuk, dan mungkin ayat-ayat jiwangnya dah berkurang?”

            Haryani menggelangkan kepala sambil menutup telinga. Jangan haraplah dia nak percaya. Terutama sekali ayat-ayat jiwang lelaki itu yang menggelikan hati. Entah-entah semakin teruk adalah!

 

MEREKA tiba di tempat yang dijanjikan tepat pukul sembilan setengah malam. Kerana malam ini ialah malam minggu, maka suasana di medan selera ini lebih ramai daripada biasa. Dan mereka tidak perlulah risau untuk bangun awal keesokan paginya kerana hujung minggu.

            Dia yang dipaksa hadir malam ini merasa tidak kena saja, manakala Azie pula kelihatan selamba. Mereka berdua segera menapak ke meja yang sedang diduduki seseorang. Tubuhnya tingga lampai dan tegap, kulitnya pula sawo matang dan memilikki wajah yang agak tampan. Haryani terpana, inikah lelaki yang pernah meminatinya dulu?

            “Sorry, kita orang lambat sikit. Lama ke you tunggu?” Azie menyapa.

            “Baru saja. Tak kisahlah, asalkan you all datang.” Jawab lelaki itu turut mesra.

            “Yani, duduklah. Kenapa berdiri je?” Sambung lelaki itu apabila melihat Haryani tidak berkutik sejak tadi.

            Haryani segera mengambil tempat bertentangan dengan lelaki itu, dan tersenyum kecil, cuba menutup rasa malunya tadi. Tidak sangka dia akan bereaksi seperti itu tadi, macamlah dia tidak pernah melihat lelaki-lelaki yang tampan sebelum ini.

            Mereka memesan makanan, sementara menunggu Razman ramah berbual dan bertanya khabar mereka. Sudah bertahun mereka tidak bertemu, pasti banyak pertanyaan dan cerita yang ingin dikongsikan. Haryani tidak banyak bicara, hanya menjawab bila ditanya saja. Dari dulu lagi dia memilikki hubungan yang kekok dengan Razman.

            “Wajah awak pucat je, tak sihat ke?”

            Razman prihatin. Wajah Haryani kelihatan pucat tidak bermaya dan tidak seceria yang dibayangkan. Adakah wanita ini tidak suka dengan pertemuan mereka malam ini? Tidak seperti Haryani, dia sangat menantikan pertemuan mereka ini, dia sanggup mengambil masa berjam-jam untuk bersiap semata-mata untuk memberi kesan yang baik untuk pertemuan pertama mereka selepas bertahun-tahu terpisah.

            “Eh, betulkah?”

            Haryani menyentuh wajahnya. Sebetulnya dia langsung tidak memerhatikan penampilannya malam ini. Wajahnya tidak disolek, rambutnya yang panjang hanya disanggul tinggi. Dan dia hanya mengenakan t-shirt dan seluar jeans lusuh. Sungguh tidak bergaya!

            “Takdak apalah. Saya okay je. Mungkin lepas ni kena make-up sikit.” Ucapnya sambil ketawa kecil. Malu apabila penampilanya diperhatikan Razman

            “Tak make-up pun dah cantik, kalau make-up bertambah menariklah.” Puji Razman tanpa segan.

            “Awak pun apa kurangnya sekarang, semakin tampan dan bergaya. Mesti bersusun peminat awak sekarangkan?”

            “Takdaklah, mana ada orang nak dekat saya ni. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.”

            “Bohonglah. Mungkin awak yang memilih sangat kut?”

            Azie yang mendengar perbualan Razman dan Haryani yang semakin baik tersenyum kecil. Tampak, umpannya malam ini mengena. Dia tahu Razman masih menyukai Haryani, cumanya dia tidak seberani dahulu menunjukkannya terang-terangan, risau Haryani akan menjauh lagi.

            Azie berdehem, sengaja menghentikan perbualan Razman dan Haryani yang semakin rancak.

            “Rasanya dah lama kita tunggu makanan kita, you boleh tolong tengokkan sekejap tak Raz?”

            Razman mengiakan saja dan melangkah pergi ke gerai yang dimaksudkan. Azie mengambil kesempatan ini untuk menyenggol Haryani.

            “Macam mana, okay tak Razman sekarang?”

            “Ish, apa kau merepek ni. Biasa-biasa jelah.” Balas Haryani, walau sejujurnya dia merasakan Razman sudah berubah dan semakin matang.

            “Ala, kau jangan nak bohong akulah. Aku nampak muka terkejut kau tadi, mesti kau tak sangka dia setampan sekarang kan?” Usik Azie, tidak puas dengan reaksi Haryani.

            “Memangnya kenapa? Salahkah?”

            “Wah, perubahan yang baik. So, can you consider him as your potential new boyfriend?Aku jamin kau takkan menyesal.”

            “Eee, kau jangan nak mengada jodohkan aku dengan dia.” Putus Haryani.

            Perbincangan itu tamat disitu sahaja sebaik Razman kembali ke meja mereka. Makan malam mereka berlangsung dengan harmoni. Suasana hati Haryani sedikit membaik dengan pertemuan mereka malam ini. Tidaklah dia terperuk  dengan kesedihan yang dialaminya sekarang, dan dia juga tidak lagi kekok berbual bersama Razman. Sebelum pulang, Razman dengan sopan meminta nombor telefon Haryani, dan Haryani juga tidak menolak. Baginya selagi Razman tidak membuatnya tidak selesa dengan ayat-ayat jiwangnya seperti dulu, tidak salah rasanya dia berkawan dengan lelaki ini.

            Razman lega bila Haryani sudi berkongsi nombor telefon bimbitnya, nampaknya langkah pertama untuk mendekati Haryani kali ini berjaya. Belajar dari kesilapan lalu, dia tidak lagi mahu menggunakan cara yang boleh merimaskan gadis ini. Dia perlu bersabar dan bertatih untuk mendekati Haryani kembali.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...