BAB TIGA
MAJLIS berinai
sedang berlangsung dengan meriah di ruang tamu rumah banglo dua tingkat itu.
Ila yang menjadi bintang utama hari ini berada ditengah-tengah saudara-maranya
yang sedang riuh berbual. Sara juga tidak melepaskan peluang ini meminta
pelukis inai dengan corak-corak yang ringkas dan tidak terlalu mencolok.
Selepas selesai, dia segera menghampiri Ila dan duduk di sampingnya.
“Tengok ni, cantik tak tangan aku
sekarang?” Tanya Sara juga teruja dengan majlis berinai hari ini.
“Hmm, okay je.” Jawab Ila
tanpa minat.
Suasana yang meriah dan suara
hiruk-pikuk manusia tidak langsung menarik perhatiaanya. Fikirannya melayang
jauh memikirkan nasihat yang diberikan Sara semalam. Andai dia mahu meneruskan
perkahwinan ini dengan Hariz, dia juga perlu lakukaan sesuatu. Dia juga sedang
memikirkan cara bagaimana hendak memberitahu Haryani tanpa dia dipersalahkan
nanti.
“Hei, kau ni memang takdak
perasaanlah. Semua orang dekat sini sedang gembira, yang kau pula asyik
membuang muka saja.” Tegur Sara tidak puas hati.
Bukan dia tidak perasankan orang-orang disekeliling yang sudah
berbisik-bisik gosipkan Ila. Macam kena paksa kahwin saja! Walaupun itulah
hakikat sebenarnya.
“Habis tu kau nak aku sengih dua puluh empat jam? Macam orang gila? Aku
taknak jadi hipokritlah Sara. Kalau aku dah tak suka, nak buat macam mana lagi?”
Getus Ila geram.
“Ish, susahlah cakap dengan kau ni. Baik aku keluar je.”
“Haa, pergilah. Aku pun tak minta kau datang sini!” Jawab Ila tidak mahu
kalah.
Sara menggelengkan kepala melihat tingkah Ila yang tidak matang. Orangnya
keras kepala, dan langsng tidak mahu mendengar nasihat orang. Baginya Ila
terlalu pentingkan diri! Dia langsung tidak memikirkan perasaan dan air muka
ibu bapanya. Tingkahnya terang-terangan menunjukkan dia benci dengan
perkahwinan ini. Tidak sedarkah dia bila jiran-jiran dan sanak saudara sudah
mula mengata? Lantaklah, dia pun sudah malas menasihati Ila.
“HAIH, malam
-malam ni cantik nak pergi mana? Dinner date dengan Hariz ke?”
“Mestilah, hari ni our 3rd
anniversary tau.” Jawab Haryani teruja sambil melihat pantulan wajahnya di
cermin.
Bau minyak wangi jenama Dior menusuk hidungnya. Haryani mengenakan sehelai gaun
labuh berwarna merah hati dan wajahnya disolek ringkas, tetap cantik untuk
Haryani yang memilikki kulit yang cerah. Rambutnya yang panjang dan ikal
disanggul ringkas dan diselitkan sebuah perhiasan rambut yang berbentuk
rama-rama. Malam ini dia kelihatan sungguh ayu dan menawan.
“Patutlah beria benar kau bersiap malam ni. Untung cik abang kau dapat girlfriend
macam kau ni, cantik dan cukup pakejlah.”
Haryani tergelak mendengar usikkan Azie itu. Sahabat baiknya ini bukan
boleh tengok kalau dia bersiap lebih sikit untuk Hariz, ada saja bahan yang dia
gunakan untuk kenakannya. Akhir sekali, dia menggenakan beberapa perhiasan
ringkas, dan tidak lupa juga sebuah kalung yang berlokek ‘H&H’ pemberian
Hariz beberapa tahun lalu sempena hari lahirnya.
“So, macam mana? Okay tak? Ada apa-apa yang perlu aku tambah atau
ubah?”
Haryani berdiri sambil memperagakan penampilannya di hadapan Azie, meminta
pendapat, risau andai ada yang kurang. Memandangkan malam ini malam istimewa
mereka, sebolehnya dia tidak mahu ada sedikitpun cacat cela pada dirinya.
“Ini kalau bakal suami kau tengok, mahu terkeluar biji mata dia. Lebih
daripada perfect! Silap haribulan, ada juga yang tak bagi balik malam
ni.” Azie masih belum puas menyakat. Suka benar dia melihat reaksi Haryani yang
tidak senang duduk dengan usikkannya.
“Hei, kau jangan nak melebih-lebih ya! Sudahlah, baik aku keluar dulu,
nampak Hariz macam dah sampai.” Walaupun bibirnya mengungkap kata marah kepada
Azie, tapi bibir itu belum lekang dari senyuman bahagianya.
Telefon bimbitnya dari tadi berkelip-kelip minta diangkat, tanda menerima
panggilan dari kekasih hati. Pasti lelaki itu ingin memaklumkan ketibaanya di
hadapan rumah sewanya. Dia segera mencapai tas tangan dan ingin segera keluar.
“Kejap, aku ada benda nak pesan.” Tiba-tiba Azie memintas.
“Apa?”
“Nanti tolong bungkuskan aku sesuatu.”
“Makanan apa yang kau nak pesan, nanti aku tengokkan.”
“Bukan makanan, tapi tolong bungkuskan lamaran Hariz untuk kau bawa balik.”
Selepas itu Azie terus berdekah ketawakan Haryani, dia segera menutup pintu
apabila melihat Haryani ingin membaling kasut kepadanya. Nak pecah perut dia
ketawakan Haryani yang sudah mula membebel panjang.
‘Siap kau Azie balik nanti!’ Radang Haryani dalam hati.
ALUNAN instrumental lagu Celine Dion memenuhi segenap ruang sederhana
mewah itu. Disuatu sudut kelihatan sepasang kekasih sedang menikmati makan
malam mereka dengan tenang. Nampaknya Hariz memang sengaja menempah seluruh
restoran ini khas untuk meraikan ulang tahun ke tiga mereka, memandangkan tiada
seorang pengunjungpun disitu selain mereka dan beberapa orang staf saja.
Haryani sangat gembira dengan
rancangan yang telah diatur oleh Hariz, dia sedikit terkejut pada awalnya
apabila Hariz mengambil inisiatif untuk merancang dan menyambutnya di sini.
Nampaknya Hariz juga memilikki perasaan yang sama dengannya untuk meyambut hari
yang sangat istimewa ini.
Selepas makan, mereka dihidangkan
pula dengan pencuci mulut yang terdiri daripada buah-buahan dan ais krim.
Sambil menikmatinya mereka sekadar berbual kecil dan berbagi cerita aktiviti
harian yang mereka jalanni.
“Dah lama kita tak luangkan masa
macam ni kan sayang? Selalu sekejap je kita jumpa, yalah masing-masing
sibuk kerja.” Keluh Haryani. Dia menumpang dagu sambil melihat wajah kekasih
hati yang sudah bersih, tidak seperti beberapa hari yang lalu.
Sebulan dua ini, jarang sangat
mereka dapat luangkan masa bersama. Kalau ya pun, terlalu sekekap. Hariz pula
semakin bertambah kerjanya, hingga setiap hujung minggu ada saja meeting
dan lawatan kerja luar daerah yang perlu dihadiri. Kadang-kadang terdetik juga
hatinya andai Hariz mula berubah hati dan sengaja mencari alasan untuk mengelak
darinya. Tapi segera dia padamkan perasangka buruk itu.
“Sorry sayang, lepas ni Iz
janji akan luangkan masa untuk kita. Lately, memang banyak sangat kerja
yang kena diselesaikan.”
‘Maafkan Iz, sayang. Kalaulah awak
tahu waktu-waktu yang dihabiskan itu untuk membuat persiapan perkahwinan saya
dengan Ila.’ Hatinya bermonolog.
“Kalau macam tu apa kata kita naik
ke Genting esok?” Cadang Haryani, mengharap Hariz bersetuju dengannya. Sudah
lama dia teringin untuk pergi ke pusat peranginan tanah tinggi itu. Berdasarkan
pencariannya, terdapat sebuah taman tema yang menawarkan pelbagai permainan
untuk orang dewasa.
Hariz semakin rasa bersalah apabila
melihat wajah Haryani yang penuh harapan itu. Sekali lagi dia harus
menghampakan permintaan kekasih hatinya ini. Kerena esok ialah hari di mana dia
akan melepas status bujangnya, dan menyandang status suami orang.
“Sorry sayang, esok Iz tak
boleh. Iz harus ke Ipoh, ada projek baru yang akan dilancarkan di sana.” Hariz
beralasan. Tak kira apapun yang terjadi, dia tidak akan membocorkan rahsia ini
selagi dia tidak menyelesaikannya bersama Ila. Itu janjinya.
Haryani sedikit kecewa dengan
jawapan Hariz. Tapi tiada apa yang boleh dilakukannya bila Hariz sudah memberi
kata putus. Lagipun mereka boleh berkunjung ke sana bila-bila masa saja bila
Hariz memilikki masa lapang. Haryani cuba menyedapkan hatinya sendiri.
“Okay, lain kali sajalah kita
pergi.” Jawab Haryani akhirnya. Dia cuba menutupi rasa kecewanya dengan sebuah
senyuman.
“Nanti kalau awak dah sampai Ipoh
tu, jangan lupa call saya. Awak tu bila dah kerja tak ingat terus saya
ni. Nasib baik ada saya yang selalu call dan ingatkan awak tu.”
Sambungnya lagi, memberi peringatan.
Bukan sekali dua Hariz
mengabaikannya, tapi sejak kebelakangan ini saja. Dia juga hairan melihat
kesibukkan Hariz yang seolah tiada hari cuti untuk diluangkan. Orang lain juga
berbisnes, tapi takdalah sampai tiada masa menguruskan diri. Haryani teringat
keaadaan Hariz beberapa hari yang lalu, jadi dia membuat keputusan untuk
mempercayai kekasihnya ini.
Hariz hanya mampu diam dan menatap
wajah ayu Haryani. Rasa bersalah tak usah dicakap, hatinya beribu kali terbeban
dengan penipuan yang sedang dia mainkan. Dia bukan saja-saja menikahi Ila,
teman baik Haryani. Dia lakukan ini sekadar memenuhi desakkan orang tuanya. Dia
juga berbohong sekarang kerana tidak mahu menyakiti hati wanita kesayangannya
ini.
Mereka sepi seketika. Haryani
tersipu malu bila Hariz tidak lepas dari merenung wajahnya ini.
“Jangan pandang saya lama-lama, tak
tidur malam awak nanti.” Gurau Haryani cuba mendapatkan perhatian lelaki itu.
Dia perasan malam ini Hariz tidak banyak bicara, lelaki itu lebih suka
mendengar dan merenung dirinya. Dia juga gemar menyalurkan hasrat hati dan
kasih sayangnya melalui sentuhan, pelukkan dan dan berpegang tangan dengannya.
Selama ini mereka tidak pernah melampaui batas, sekadar sentuhan-sentuhan kecil
dan berpelukkan seperti mana lazimnya dilakukan oleh pasangan lain.
Haryani sedar apa yang dilakukan mereka sekarang adalah salah, tapi dia
juga manusia biasa yang tidak pernah lari dari membuat kesilapan. Kerana
terlalu sayangkan Hariz, dia relakan juga, bila kadang-kadang Hariz meminta
untuk memeluk tubuhnya atau mencium pipinya.
Akhirnya Hariz tersenyum juga bila mendengar gurauan Haryani.
“Saya nak tatap wajah awak puas-puas Yani, rasanya tak puas selagi awak tak
tinggal serumah, dan tidur sebantal dengan saya.” Ucapnya jujur.
Selagi Haryani belum sah menjadi miliknya, selagi itu hatinya tidak tenang
dan tidurnya tidak lena. Pelbagai kemungkinan mungkin akan berlaku dalam
hubungan mereka ini. Kerana itulah dia ingin segera ‘mengikat’ Haryani di
sisinya. Ketika itu, walaupun Haryani mengetahui perkahwinan rahsianya, dia
tidak mampu menjauh walau sejengkalpun.
Merona
merah wajahnya mendengar kata-kata manis Hariz. Inilah satu kelebihan Hariz
yang boleh meluluhkan hati wanitanya. Bermulut manis. Disetiap perrtemuan
mereka ada saja kata-kata Hariz yang mengusik hati.
“Jangan
nak mengadalah. Kita ni kahwin pun belum, janganlah awak nak bermain api kalau
tak mampu menahan diri.”
Hariz
tersenyum getir. Mampukah dia menahan diri apabila setiap lenggang-lenggok
tubuh dan bibir munggil Haryani seakan-akan memanggilnya minta dibelai. Apatah
lagi waktu-waktu getir seperti ini, dimana hasrat hatinya terlalu kuat untuk
memilikki dan menaklukki Haryani. Dia risau andai mereka tersilap langkah,
malam pertama mereka bermula sebelum waktunya.
“Ikutkan
hati, malam ni juga saya nak ajak awak nikah. Rasanya dah tak sanggup menunggu
lebih lama lagi. Takut melepas pula saya nanti.”
“Kalau
begitu, cepat-cepatlah masuk meminang saya. Takdaklah awak susah hati nanti.”
Ucap Haryani perlahan dan malu-malu.
Ikutkan
hati, dia mahu Hariz segera melamarnya, tapi dia juga tidak mahu dilihat
seperti perigi cari timba. Yang terhegeh-hegeh meminta dirinya segera di
pinang, walaupun dia dan Hariz ialah sepasang kekasih. Tapi andai Hariz belum
bersedia, dia tidak boleh memaksa.
Itulah
rancangan Hariz malam ini, sebagai permulaan dia ingin melamar wanita
kesayangannya ini. Mengikatnya dengan janji, dan selepas itu barulah dia akan
memikirkan langkah seterusnya. Selain itu, dia juga mahu Haryani merasa aman
dan yakin dengan hubungan mereka.
Hariz
segera mencapai tangan Haryani, sebuah cincin
emas putih segera disematkan ke jari manis wanita itu. Hariz puas,
walaupun cuma seringkas ini dia melamar Haryani. Tanpa ayat-ayat manis dan
puitis. Cuma sebentuk cincin kosong, tetapi memilikki makna yang besar baginya.
“Ini
saja yang saya mampu janjikan untuk awak sekarang ni. Cincin ini sebagai tanda
saya meminang awak untuk menjadi isteri saya. Saya nak awak tahu yang saya
memang serius dengan hubungan kita ni.”
Haryani
masih melopong, memandang Hariz tanpa kedipan. Adakah dia sedang bermimpi?
Kejutan ini terlalu tiba-tiba, dia langsung tidak terfikir yang Hariz akan
menunaikan permintaanya sesegara ini.
“Iz,
betulkah apa yang saya dengar ni? Awak tak tipu saya kan?”
Hariz
mencium lembut tangannya. Kemudian dia kembali memandang Haryani dengan
senyuman yang menawan.
“Macam
mana sekarang, masih mimpikah ini?” Bisiknya dekat dengan telinga Haryani.
Haryani
bergidik geli, segera menjarakkan diri. Hembusan nafas Hariz masih terasa
ditelinganya dan membakar wajahnya seperti udang bakar.
“Macam
tak percaya. Parents awak dah tahukah Iz?” Soal Hariz ingin tahu.
Masalah
utama mereka ialah orang tua Hariz, dia tahu dirinya bukanlah calon menantu
pilihan Datin Sofea dan Dato Bahar. Dia risau andai Hariz membuat keputusan
tanpa persetujuan orang tuanya, makin susah nanti.
Hariz
cemberut bila orang tuanya disebut di malam istimewa ini. Hatinya masih
meradang dengan mereka kerana tidak mendengarkan permintaan hatinya ini. Kalau
bukan kerana mereka, dah lama dia nikahi Haryani.
“Pasal
tu janganlah awak risau, tahulah nanti saya beritahu mereka.”
“Tapi,
kan tak elok...”
“Takdak
tapi-tapi,” pintas Hariz pantas. Sebolehnya dia tidak mahu membincangkan
perihal restu orang tuanya malam ini. Malam ini dia khaskan untuk merai ulang
tahun ke tiga mereka, dia ingin malam
ini penuh dengan kenangan manis yang tak terlupakan.
“Berjanjilah
dengan saya, yang awak akan selalu bersama saya tak kira senang mahupun susah.
Dan awak takkan sesekali tinggalkan saya walau apapun yang terjadi.”
Haryani
terdiam melihat tingkah aneh Hariz yang kelihatan terdesak.
“Berjanjilah!”
Desak Hariz lagi.
“Ya,
saya janji.” Jawab Haryani akhirnya.
Hariz
tersenyum puas dan lega selepas niatnya malam ini tercapai.
“Lepas
ni, apapun yang berlaku awak tak boleh tinggalkan saya. Kalau tak...”
“Kalau
tak apa?”
Hariz
tersenyum, sengaja membiarkan kata-katanya tergantung disitu, membiarkan
Haryani bertanya-tanya sendiri.
“Kalau
tak saya rogol awak.”
“Hariz!”
Ringan saja tangannya menampar bahu lelaki itu, tidak puas dia cubit pula.
Geram! Baginya gurauan Hariz tidak lawak. Tak pernah terbayang difkirannya
lelaki itu mampu melakukan aksi keji itu.
“Aduh,
sakit sayang. Awak tak kesiankan saya ke Yani?”
“Tak
lawaklah Hariz. Jangan pernah bergurau benda yang bukan-bukan.” Marahnya lagi.
“Alah,
tapi awak takkan tinggalkan saya kan? Jadi tak perlulah risau.”
Walaupun
Haryani tidak suka dengan gurauan itu, tapi perasaan itu segera dimatikan
dengan tindakkan dan kata-kata Hariz yang romantik malam ini. Haryani dilayan
bagaikan seorang puteri. Bisikkan cinta Hariz mententeramkan jiwa wanitanya,
layanan Hariz membuang keraguaannya. Andai ada halangan di dalam hubungan
mereka kelak, dia harap bisikan cinta Hariz mampu memberinya kekuatan untuk
tetap teguh dengan cinta mereka.
writer,apa kata you smbung dulu PRC.Then nanti you sambunglah la novel ni pulak.Rindu gila ni dengan PRC.Pleaseeeeee...:(
BalasPadam