Sabtu, 15 Jun 2024

Sharing is Caring : Novel Kemelut Kasih by Manera Muhammad

Hi, assalammualaikum to my blog reader. Hari ni terjentik nak share one of the hot selling novel once upon time by Manera Muhammad, terbitan NCNR.

Setahu saya, penerbit ni sudah tidak menerbitkan novel lagi. Dan novel ini saya jumpa ketika sedang mencari novel terpakai di market Chow Rasta, Penang.

Novel yang saya ada ialah cetakan yang kelapan, dan telahpun di jual sebanyak 60,000 naskah. Wow! jualan novel ini sangat laris dan memberangsangkan. Pasti novel nombor 1 pada masanya.

Selama pembacaan saya, novel ini sangatlah menarik dengan gaya penulisan yang sangat mudah difahami dan jalan cerita yang ringkas dan padat. Novel ini tidaklah setebal novel zaman-zaman sekarang, dimana ia cuma memiliki 307 m/s. Bagi orang yang gilakan novel romantik melayu, boleh saja menghabiskan bacaan dalam masa satu ataupun dua hari.

KEMELUT KASIH, menceritakan perkahwinan paksa rela di antara Melissa dan Iskandar, disebabkan hutang budi antara Tuan Ismail (ayah Iskandar) dan Pak Cik Mansur (ayah Melissa). Sedangkan Iskandar telahpun memiliki kekasih hati bernama Sofea.

Secara umumnya, novel bertemakan kahwin paksa sangat banyak dipasaran, dan sangat diminati pembaca sehingga sekarang. Walau bagaimanapun, hendaklah kita ketahui novel ini diterbitkan pada tahun 1998. Di mana kemungkinan tema kahwin paksa mungkin masih baru dan lain dari yang lain, dan manjadi daya tarikkan pada masanya.

Sekiranya anda berminat, boleh cuba cari di shopee ataupun carosel. Tak rugipun beli, sebab memang one of the best novel I have ever read and in my collection.




Below is the Sinopis, and you may read the review at Good Reads

Kerana janji dan hutang budi, Melissa dan Iskandar menjadi pertaruhan. Mereka terpaksa akur pada kehendak orang tua walaupun mereka tidak pernah berhasrat untuk bersama.

Sofea kekasih Iskandar dan Kamal yang menaruh hati pada melissa menentang hebat pernikahan ini. Dapatkah cinta di pupuk selepas perkahwinan... dan bagaimanakah percintaan Sofea dan Iskandar?


Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan