Bab
2
“APA?”
Aku terjerit selepas mendengar penjelasan
ayah.Macam nak pengsan.Aku tak percaya apa yang aku dengar.Mataku memandang
ayah dengan pandangan sayu.Sampai hati ayah buat aku macam ni...Tapi,takkanlah
disebabkan aku ni anak dara tua,ayah sanggup ambil keputusan nekad itu tanpa
berbincang terlebih dahulu denganku.Tua sangat ke aku ni?
Zaman moden sekarang ni mana ada orang tua
yang menetukan jodoh anak masing-masing.Tapi aku?Entahla.Aku takkan biarkan ia
berlaku.Aku taknak kahwin!Taknak!Taknak!Taknak!Sampai mati aku taknak.Kalau aku
nak kahwinpun,biarla aku yang cari.
“Sampai
hati ayah...”Ujarku dengan nada sedikit geram.
Malam sudah tua,tapi kami sekeluarga masih
belum tidur.Selepas semua tetamu pulang,aku terus mencari ayah dan
ibu.Nampaknya mereka sudah lama bersedia,cuma aku saja yang masih belum.Ini
semua gara-gara suprise ayahla.Memang kejutanpun!Nasib baiklah aku tiada
penyakit jantung,kalau tak dah lama aku jadi arwah..
“Ayah,kenapa
ayah buat Ana macam ni hah?Takkanlah disebabkan tu saja,ayah sanggup ambil
keputusan nekad.”
Semburku lagi.Tapi ayah masih mendiamkan
diri.Tenang.Sikap tenang ni lah yang membuatkan aku tidak duduk
diam.Mundar-mandir aku di ruang tamu.
“Cakaplah
ayah...”Desakkku lagi.Akhirnya ayah berdiri.
“Ayah
lakukan semua ni untuk kebaikkan Ana jugak.”Bicara Encik Abdullah lembut.
Aku memandang ibu yang sejak tadi hanya
mendiamkan diri.Dia berdiri disamping abah.Ibu,tolong Ana.Please!Ana taknak...
“Bu...”Seruku
seraya memandang wajah lembut ibu.Tapi ibu hanya tersenyum.Tidak menunjukkan
wajah resah sepertiku.
“Betul
cakap ayah tu.Ini semua untuk kebaikkan Ana juga.”
Kebaikkan apa?Merana lagi adala.Terseksa tahu
bila kita dah jadi tunangan orang.Hati dan perasaan kita kena jaga dan ada
batasnya.Tapi hati aku dah terpaut pada seseorang.Nak buat macam mana ni???
“Tapi
Ana tak sedia lagi.”Lemah saja suaraku.Selemah tubuhku.
“Ana
ada masa lagi nak.Tiga bulan Ana bertunang,lepas tu Ana kahwinla.Dalam tempoh
tu bolehla Ana ambil masa untuk menyiapkan diri.”Ibu mengelus lembut rambutku.
Ibu cakap senangla,sebab bukan yang nak
kahwin.Aku mengeluh.Aku tahu,jika ayah kata hitam,hitamlah jugak
keputusannya.Tapi aku tak boleh terima.Menyeksakan otak betulla fikirkan hal
ni.
“Tapi...”
“Takdak
tapi-tapi lagi.Ayah dah buat keputusan.Ana kena kahwin juga.Faham!”Ujar Encik
Abdullah tegas.
Aku terkejut bila mendengar ketegasan suara
ayah.Mataku sudah mula bergenang dengan air mata.Dah menangis
ni.Sabar,sabar.Aku memandang ayah dengan penuh mengharap.Mengharap simpati yang
pasti tidak akan berpihak padaku.Huhuhu,akhirnya air mata yang aku cuba tahan
dari turun,akhirnya turun dengan derasnya.
“Ayah
tolonglah,Ana taknak.”Rayuku.Aku melutut dihadapannya.
“Dahla
Ana.Dah lewat malam ni,pergi masuk tidur ya?Lagipun mesti Ana penatkan.”Jawab
ibu lembut.
Aku memandang ayah.Dia tidak mahu
melihatku.Mungkin tidak sanggup melihat aku terus merayu padanya.Seumur hidup
aku,inilah kali pertama aku merayu bersungguh-sungguh sambil menangis.Aku
menarik nafas.Sesak dadaku.Aku bangun dari terus melutut dihadapan
ayah.Akhirnya aku beralah juga.Kakiku mula mengorak langkah meninggalkan mereka
berdua di ruang tamu menuju ke bilikku.
PINTU
bilik dihempas kuat.Geram!Geram!Geram!Tadi didepan ayah aku tidak boleh
menunjukkan perangai aku yang satu ini.Kini aku bebas.Semua barang yang berada
di atas meja,habis menjadi mangsaku.Bertaburan barang-barang kesayanganku di atas
lantai.Aku menghempaskan tubuhku d iatas katil.Aku menangis sepuas-puas
hati,kemudian aku menekupkan wajahku dengan batal dan menjerit sepuas hati.
Tidak puas dengan itu,aku menghantukkan
kepalaku diatas tilam.Air mataku terus mengalir bagaikan air terjun.Hatiku
menangis pilu.Aku tidak sangka ayahku sanggup membuat aku sebergini.Apa salahku?Hmm,mungkin
inilah takdirku.Aku hanya mampu berserah kepada-Nya.Tapi,aku tak boleh menerima
takdir ini.Astafirullah...berdosa!
Akhirnya aku tertidur selepas dua jam
bermonolong sendirian.Tidur dengan linangan air mata yang terus
mengalir.Sesekali tidurku terganggu dengan mimpi yang aneh-aneh.Dalam hati aku
berharap,hari yang aku lalui hari ini adalah satu mimpi ngeri yang tidak pernah
akan aku lalui lagi.
KRING!KRING!.Bunyi
jam loceng mengejutkan aku dari tidur.Aku bangun sambil menggosok-gosok
mata.Rambutku yang panjang mengurai kusut.Mungkin semalam aku tidur terlalu
buas.Aku memandang jam loceng tersebut.La...baru pukul 7.00 pagi.Awalnya!Nasib
baiklah hari ni aku ‘cuti’,kalau tidak,terbabas jugaklah subuh aku.
“Arghh.”Aku
menguap sambil mengeliat hingga bunyi semua tulang.
Isy,nak sambung balik tidurlah.Awal
lagi.Mengantuk sangat ni.Aku kembali merebahkan tubuhku.Huh,lega!Tapi...
“Ana!Bangun!...”Jerit
ibu dari luar bilik.Macam tahu-tahu aja aku nak tidur semula.Mungkin dia juga
terdengar bunyi deringan jam loceng.
Ala,ibu ni.Kacau daun ajala.Baru nak sambung
mimpi,dah ganggu.Aku tidak endahkan laungan ibu.Aku kembali menyambung
tidurku.Tapi tidurku terganggu dengan tangan ibu yang mengoncang-goncang
tubuhku supaya bangun.
“Bertuah
punya budak!Hai Ana,bangun cepat!Sekejap lagi mak mentua kamu nak datang.”Jawab
ibu lancar.Tangannya masih memegang bahuku.
Mataku terbuka luas.Mak mentua?Arghh,itu
semua bukan mimpi,tapi betul-betul.Aduh!Kenapalah ini semua bukan mimpi?Sedih
betulla...
“Hmm...”Aku
mengeluh.Ibu mendengar keluhan ku.
“Mengeluh
pulak budak ni?Dah-dah,cepat bangun,bersiap.”
Ibu menarik tanganku supaya cepat bangun dan
pergi mandi.Aku akur,malas hendak melawan.Kalau ikutkan hati,ingin saja aku
menarik selimut dan menyambung semula tidurku.Tapi akukan anak tunggal
dia,perempuan pulak tu.Tak baik melawan,nanti dicop anak kurang ajar pulak!
“Ya
la,ya la.”
Aku melangkah malas menuju ke bilik air.Ibu
hanya tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepalanya melihat kerenahku.Macam
budak-budak!Selepas itu,dia terus keluar dari bilik.Mungkin ke dapur untuk
menyiapkan sarapan.
AKU
memandang penampilan diriku di cermin.Pagi ini,aku memakai baju kurung berwarna
biru laut.Sesuai dengan kulitku yang cerah.Haala kan,mestilah nak kena
berpakaian sopan sebab bakal mak mentua aku nak datang.Tapi rimas lah
pulak!Macam nak tukar aja baju pakai seluar dan t-shirt aja.
Sabar Ria,sabar!Hari ni je.Hmm...agak-agak
muka tunang aku macam manala?Hensem ke?Gemuk ke?Kurus cikeding ke?Isy,tapi
kalau dapat yang kuruspun takpa,sebab senang sikit aku nak buli
dia.Hahaha,jahatnya aku.
Selepas setengah jam berlalu,barulah aku
turun ke bahagian bawah rumah dua tingkat aku ni.Mak mentua dan bapa
mentuakupun sudah sampai.Ibu dan ayah turut berada di ruang tamu rumah.Aku
mengamati wajah separuh abad itu.Aik!Macam kenal aja.Tapi di mana ya?Tanpa
sedar,aku mengurut-urut daguku.Sedang berfikir.
“Ria.”Sebut
lelaki itu.
Hah,dia?Uncle ni buat apa dekat sini?Inilah
lelaki yang pernah aku tolong.Ketika itu,tayar keretanya pancit.Kebetulan aku
berada disana dan ternampak akan dia.Lalu aku menghulurkan pertolongan untuk
membantunya menukar tayar spare sementara untuk menukar tayar yang baru.Pada
mulanya dia menolak,tapi aku tetap berkeras untuk membantunya.Mungkin dia
melihat aku seorang gadis.Maklumlahkan,perempuankan lembut!
“Ana,salam.”Tegur
ibu,sekali gus menyedarkan aku dari kenangan lalu.Aku tersenyum,lalu
menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya.Kemudian aku bersalam dengan bakal
ibu mentuaku.
“Masih
ingat dengan uncle?”Tanya lelaki itu.
Aku angguk sambil tersenyum.Gembira dengan
pertemuan kali kedua ini.
“Inilah
bapa mentua kamu,Ana.”Sebut ibu.
Aku tergamam,tak berkelip mataku memandangnya.Biar
betul?Lelaki ni ke bapa mentua aku?Tapi macam mana dia tahu aku tinggal dekat
sini?Ni yang pelik ni.
“Er...”Aku
gugup.
“Sebenarnya,sejak
uncle jumpa Ria haritu,uncle dah tertarik dengan perwatakkan Ria.Sebab tulah
semalam uncle ambil keputusan untuk hantar rombongan meminang untuk anak
uncle.”Jawab lelaki itu tenang.
Aku ternga-nga dengan penyataan bapa
mentuaku.Tapi bila cubitan ibu singgah dibelakang paha aku,barulah aku
tersedar.Uncle,kenapalah uncle buat macam tu?Saya ni manala nak sedia
lagi.Takkan uncle tak nampak saya macam mana hari tu.Macam jantan!
“Betul
tu Ria.Lepas je papa kamu ni cerita dekat mama,cepat-cepat mama suruh dia pergi
cari rumah kamu.Nak masuk meminang!”
Sampuk ibu mentuaku riang.Ibu dan ayahku
ketawa.Manakala bapa mentuaku hanya tersenyumSopan la sikit!Aku mengeluh dalam
hati.Kenapalah nasib aku macam ni?Bertunang disebabkan budi
sendiri!Haiyo,pening-pening.
“Er...terima
kasih la uncle.”Ucapku perlahan.
Terima kasih?Untuk apa?Oh ya,aku kenala
berterima kasih dekat dia sebab dah menyelamatkan aku dari menjadi anak dara
tua.Aku menghadiahkan senyuman yang tidak ikhlas kepada ibu dan bapa
mentuaku.Nampaknya mereka terlalu gembira,begitu juga dengan orang tua aku.Tapi
aku tak bahagia.
Huhuhu,takpa-takpa.Berkorban apa saja untuk
membahagiakan kedua orang tuaku.
best next n3 please
BalasPadamperangkap cinta bila nak keluar novel dah lama tunggu tau tak sabar nak tunggu n3 dia
BalasPadamble nk smbung novel nie...plez..smbung...!!
BalasPadam