Bab
22
“WHAT?!”Suara
Rina lantang mencecah gegendang telinga Farish Iskandar.Dia bangun sambil menjegilkan
matanya pada lelaki itu.Tidak dihiraukan mata-mata yang sedang memerhatikan
mereka,yang dia fikirkan sekarang adalah rasa marah dan kecewanya.
“Apa yang you cakap ni Rish?I tak
percaya,I tak percaya!Jangan sebut semua ni adalah benar!”Suaranya masih
meninggi.Mundar-mandir dia dihadapan Farish Iskandar.Cerita yang dia dengarkan
sebentar tadi betul-betul membuatnya terkejut.Dalam masa yang sama perasaan
marah dan benci membuak-buak di dalam dadanya.
“Tenang Rina...you duduk dulu.Kita
bincang baik-baik okay?Malu orang tengok ni.”Farish Iskandar cuba menyabarkan
hati gadis yang kini berada dihadapnya.Dia sudah agak,pasti perkara ini akan
terjadi.Dia sudah mengambl keputusan nekad ingin memberitahu perkara sebenar
dan ingin memutuskan hubunganya dengan Rina.Dia tahu,pasti gadis itu akan
kecewa dan sedih.Tapi dia lakukan semua ini demi Dania dan
rumahtangganya.Sebenarnya dia sendiri tidak sedar sejak bila cintanya sudah
beralih-arah pada Dania.Sedangkan sebelum ini dia bencikan gadis itu dan sangat
mencintai Rina.
“You suruh I tenang?Macam mana I nak
tenang kalau I tahu yang kekasih I dah kahwin?How dare you,Rish?!Sanggup buat I
macam ni.Sia-sia saja I bercinta dengan you selama ni.Bercinta dengan orang
lain,tapi kahwin dengan pompuan lain!You ingat I ni apa,patung,tunggul?Yang
senang-senang je you boleh tipu!”
Terketar-ketar tubuhnya ketika itu.Rasa marah
memuncak dan cuma bilang waktu saja ingin meletus.Matanya sudah merah dan
berair,tapi ditahanya supaya tidak tumpah.Dia malu jika dikatakan menumpahkan
air mata semata-mata seorang lelaki.Sedangkan banyak lagi lelaki diluar sana
yang masih ingin mencintainya.Tetapi cintanya pada Farish Iskandar terlalu
mendalam,sukar baginya untuk melupakan lelaki itu.
“Rina,I minta maaf,okay.I tak tahu
nak cakap macam mana lagi.Apa yang I nak jelaskan semuanya dah you
dengar.Mungkin jodoh kita tiada.Cinta I cuma untuk isteri I yang sah
sekarang!”Tegasnya.Cintanya cuma untuk Dania,bukan Rina.
Rina terduduk lemah disitu.Air mata deras
turun membasahi pipinya.Terketar-ketar bibirnya ingin mengatakan sesuatu.
“Senangnya you cakap?...Tapi,I
doakan kebahagian you bersama dia.Walaupun orang tu I tak kenal,tapi I yakin
pasti dia wanita yang terbaik pernah you jumpa.”
Farish Iskandar menghela nafas lega.Ungkapan
Rina seolah-olah sudah merelakan perpisahan ini.
“Thanks Rina.I pun akan doakan
kebahagian you.I harap you dapat pengganti yang lebih baik daripada I.”
Rina tidak dapat menahan perasaanya ketika
itu.Lantas dia berlari pergi meninggalkan tempat pertemuan terakhir mereka.Memang
tidak dinafikan,perasaanya hancur dan kecewa sangat ketika itu.Percayanya pada
lelaki telah hilang.Baginya semua lelaki adalah sama saja,penipu!Pembelit!
Aku benci!Kenapa semua ni terjadi pada
aku?Salah aku ke kerana menolak permintaanya dulu?Tak,tak!Bukan salah
aku!Lelaki yang setia pasti dapat bersabar menunggu kekasihnya.
Rina beristifar beberapa kali bagi
menenangkan gelodak perasaanya.Sebagai seorang muslimah dia harus banyak
bersabar dan cuba menerima hakikat ini walaupun perit untuk ditelan.Dia
sedar,dia merayu beribu kalipun Farish Iskandar tidak akan menjadi miliknya
lagi.Dia redha andai jodohnya bersama lelaki itu tiada.Pasti ada lagi lelaki
yang masih setia menunggunya.
DANIA
mengusap lembut wajah suaminya.Farish Iskandar sengaja meletakkan kepalanya
diribaan isterinya.Mahu bermanjala katakan...Dia merenung lembut wajah Dania
sambil bermain hujung rambut gadis itu.Mereka leka seketika saling berkhayal ke
alam mahligai cinta mereka.Tapi tersedar kembali apabila tiba-tiba Dania mencuit
hidung mancung suaminya.
“Kenapa tengok saya macam
tu?”Soalnya lembut.
“Saja...kenapa,tak boleh kea bang
nak tengok wajah isteri abang ni?”
“Hahaha...bukan tak bolehla cik
abang oi!Malu la saya.”Dia ketawa manja.Rasa bahagia menyelinap ke seluruh urat
sarafnya.Rasa berdenyut-denyut dan bergetar hebat.
“Awak,kalau gelak cute
sangat!”Farish Iskandar mencubit pipi isterinya geram.Hingga kemerah-merahan
bekas cubitan itu.
“Apa ni,sakitla!Ni yang saya benci
ni.”Dania pura-pura marah.Dia menolak kepala suaminya lantas menjauhkan diri
dari lelaki itu.
Hai,merajuk pulak sayang ni.Bisik hati Farish
Iskandar.Dia bangun lantas mendekatkan tubuhnya dengan Dania.Dipeluk erat tubuh
isterinya dan dicium wajah itu.
“Abang minta maaf sayang,abang janji
tak buat lagi,okay?”
“Ye la tu.”Jawabnya acuh tak acuh.
“Dah la sayang,jangan merajuk
lagi.Ni,abang ada hal nak bagi tau sayang ni.”
Dania tersenyum.Dia meletakkan kepalanya
diatas dada bidang Farish Iskandar.
“Apa dia abang?”
“Hujung minggu ni pindah rumah sana
ye?”
“Rumah mana pulak ni?”Tanya Dania
hairan.Ke mana pula harus dia pergi?
“Rumah abang la...sayang lupa ke?”
Tiba-tiba Dania ketawa lucu.Dia memandang
wajah suaminya.
“Hai,kekasih tak marah ke saya
pindah sana?”Dania saja mengenakan suaminya.Teringat dia bila terpaksa pindah
dari banglo mewah itu kerana seorang gadis.Tiba-tiba hatinya jadi sayu.Apakah
suaminya masih berhubungan dengan gadis itu?
“Ala,apa salahnya,tinggal sebumbung
dengan dia.Lagi senang!”
“Abang!”Dia menjerit
marah.Ditumbuk-tumbuk tumbuh suaminya.
“Hahaha...hah,tadi gelakan abang
kan?Sekarang giliran abang pulak gelakan sayang.”
Dania muncung.Merajuk dengan sikap
suaminya.Rasa nak pergi aja dari situ.Menyakitkan hati!
“Okay,okay...abang minta maaf
ye,sayang janganla merajuk.Sebenarnya abang dah takdak hubungan pun dengan
dia,sebab tu abang nak ajak sayang tinggal dekat sana balik.”Farish Iskandar
memeluk bahu isterinya erat.Melihat bibir mungil Dania terasa ingin menciumnya
pula.Dia bersabar.
“Hmm...”
Dania bangun dan ingin menuju ke bilik
tidur,tetapi dihalang oleh suaminya.
“Nak ke mana pulak tu?”
“Hai...kata nak ajak pindah,ni nak
pergi kemas barang la.Abang nak tolong ke?”
“Boleh sangat la tu!”Farish Iskandar
melompat turun dari sofa.Dia menarik tangan isterinya lembut.Sebenarnya dia ada
agenda yang lebih menarik malam ni.Shh...
FARHAN
geram bila diberi tahu perkara sebenar oleh temanya.Dia berpura-pura baik
menerima kenyataan itu,tetapi hatinya membara dengan perasaan marah dan
cemburu.Tambahan pula melihat senyuman bahagia Farish Iskandar.Dia berdendam
pada temanya sendiri.Dalam diam dia sudah merencanakan rancangan jahatnya.Dia
ingin menghancurkan hubungan baik Farish Iskandar dengan Dania.Dia ingin
memiliki gadis itu seperti awalnya.
Arghh...damn you!Jeritnya dalam hati.
“ABANG,nanti
boleh tak kita buat sikit kenduri jemput kawan kita datang.Ye la sempena nak
bagi tahu berita perkahwinan kita ni.”Ujar Dania petang itu ketika mereka
sedang santai diluar rumah.
“Nak buat apa?”Soal Farish Iskandar
acuh-tak acuh.
“Ni!Nanti kalau ada lelaki yang
jumpa saya,gaduhla awak nak marah,nak cemburu,nak itu,nak ini!Saya nak buat ni
pun bukan suka-suka,tapi nak bagi tahu diorangla.Nanti kang,tak pasal-pasal
kena gossip pulak!”Panjang lebar syarahanya.Geram pula bila melihat sikap
suaminya itu.Macam la tak tahu pasal Razman.Nanti bila lelaki tu balik dari
kurus,jumpa Dania barula dia kalut!
“Hmm...suka hati sayangla nak buat
apa pun.Abang tak kisah,ikut je.”
“Eee...abang ni kenapa?Dari tadi
lagi diam.Muka tu,asyik monyot je.Abang marah dekat saya ke?”Dania meneka.Dia
pasti suaminya sedang marahkan dia.
“Entah,abang tak tahu la pulak
perasaan abang sekarang ni macam mana.”
Hmm,ni mesti hal pagi tadi.Ujarnya dalam
hati.
Dania mencapai tangan suaminya.Dia mengusap
lembut tangan kasar itu lalu mencium lembut.
“Saya minta maaf pasal pagi tadi.Ye
saya tahu,sepatutnya saya tak menolak permintaan abang tu.Tapi saya tak suka
orang gosipkan saya dengan awak.”
“Tapi awakan isteri saya.Takpa,nanti
kalau diorang mengata dekat awak biar saya je yang jawab.Okay?”
“Hahaha,ye la tu.”
“Esok janji pergi kerja dengan
abang.”
“Okay boss!”
DANIA
diam ditempat duduk penumpang.Kereta berhenti betul-betul di depan syarikat.Dadanya
berdebar-debar.Darah gemuruh menyerbu ke mukanya.Rasanya kalau ada cermin
disini pasti dia boleh melihat wajahnya sekarang yang sedang kemerahan.Dia
melangkah keluar.
“Jom!”Farish Iskandar menarik
tanganya lalu dirangkul erat pinggang gadis itu.Rasa rimas pula diperlakukan
sedemikian.Nampak sangat suaminya sengaja ingin menujuk.Eee...geram betula.
Mereka berdua melangkah masuk ke ruangan
pejabat.Pekerja-pekerja yang sedia menanti kehadiran bos mereka berdiri sambil memberi
ucapan selamat pagi.Selalunya ada senyuman dibibir mereka,tapi pagi ni yang ada
cuma satu pandangan yang hairan dan terkejut.Tiba-tiba Farish Iskandar
berhenti.Dania hairan bercampur malu apabila semua mata memandangnya,pasti
pelbagai persoalan bermain difikiran mereka.
“Apa tengok-tengok?Saya pegang
isteri saya tak boleh ke?”Farish Iskandar bersuara.Ingin tergelak bila melihat semua wajah yang ada disitu.
“Oh,ya!Jangan lupa datang kenduri
saya hujung minggu ni.Kad jemputan belum siap lagi,bila dah siap saya hantar
dekat meja korang.”Sambungnya lagi.Dia menarik tangan isterinya lantas pergi
dari situ.Dia pasti isterinya tidak senan duduk disitu.Hmm...lantakla orang nak
kata apa,yang penting apa yang dia buat ni adalah betul dan tidak menyalahi
undang-undang.
P/S:Sorryla lambat update,baru je habis exam.Memang pendekla entry kali ni,minta maaf sangat2...insyaallah,nanti bila ada masa update lagi.
Jgn lupa tinggalkan komen :D
P/S:Sorryla lambat update,baru je habis exam.Memang pendekla entry kali ni,minta maaf sangat2...insyaallah,nanti bila ada masa update lagi.
Jgn lupa tinggalkan komen :D
dah nmpk kebahagian dania...hrp pnas berpnjangn la...x sngka rina dpt terima mudh jee..bkn dia cinta kt Farish.. cpt smbng..
BalasPadam-ara-
comel la farish perkenalkn dania mcm tu XD
BalasPadamhmm...Dania terima Farish cam 2 jer???nape xjual mahal ckit biar Farish rasa mcmmana hati yg disakiti......
BalasPadamakhirnye da kua n3 bru..da bhgia da dorg tp cnfirm r farhan 2 wt smthing smpai dorg gduh bsr kn nti..jlezz je tw mmbe dia nie..trime je la mmbe dia farish nie da bhgia
BalasPadamnk lg..
BalasPadamhepy3 je tau.
tak sabar nak baca entry seterusnya..cepat2 sikit ehk..
BalasPadamble nak smbung...xsbr nak bce
BalasPadambestlah...
BalasPadamble nak smbung..
sye dah xsbr nok bce nie..