Selasa, 15 Mac 2011

Cintamu Hanya Milik Ku 3

Bab 3

Suasana di perkarangan rumah itu sungguh riuh dengan suara-suara manusia.Di dalam rumah pulak ramai kaum hawa sedang menyiapkan segala persiapan perkahwinan.Puan Khadijah sedang mengubah hantaran perkahwinan anaknya.Warna yang menjadi pilihan ialah kuning keemasan.Pelamin yang tersergam indah di ruang hadapan rumah tersebut sungguh cantik dengan gabungan kuning keemasan dan warna perak.Tampak mewah!

Sara sedang duduk disisi Iela.Orang-orang yang sebentar tadi berada disekitar mereka sudah beredar menjalankan tugas.Dia senyum,apabila matanya jatuh pada tangan rakannya yang sudah siap berinai.Cantik!

“Cantiknya Iela!”Matanya terus membelek tangan Iela.Hatinya teringin benar untuk berinai seperti rakannya,tapi belum sampai seru.

Iela turut memandang tangannya sekilas,kemudian dia kembali memandang kehadapan.Melihat orang lain sedang sibuk menguruskan majlis perkahwinannya nanti.Raut wajahnya lansung tidak mengambarkan dia gembira.Gembira dengan kehidupan baru yang bakal ditempuhinya.Tidak!Tidak mungkin dia akan gembira.Bagaimana dia hendak gembira jika rasa bersalah sentiasa menghimpit diri.Sudahlah dia terpaksa mengahwini orang yang lansung tidak mencintainya.

Maafkan aku Yani!Maafkan aku!Tanpa dia sedari air jernih jatuh dari tubir matanya.

Sara yang menyedari keadaan rakannya terus mengajak Iela meninggalkan ruang yang luas itu.Mereka memilih tempat yang sedikit tersorok dari orang lain. Dia sendiripun sudah tidak tahu,apa yang harus dilakukan lagi untuk Iela.Puas dia pujuk,dia nasihat,tapi hanya air mata yang menjadi jawapan.Dia mengeleng-gelengkan kepala beberapa kali.

Dia terkejut bila bahunya disentuh lembut oleh seseorang.

“Eh,mak!”Ujarnya yang sudah mengetahui siapa gerangannya.Dia terus menarik Puan Hasnah jauh dari Iela.Dia tidak mahu ibunya menyedari keadaan Iela.

“Isy,kau ni.Sejak bila pulak kau panggil aku mak?”

Sara tersengih.Dia sendiripun sudah lupa panggilan apa yang digunakannya untuk memanggil ibunya.Selalunya dia memanggil ibunya dengan panggilan ‘umi’.Entah bagaimana mulutnya hari ini tersasul memanggil ‘mak’.

“Tersasul la.”Jawabnya serba ringkas.

“Kenapa dengan Iela tu?Umi tengok dari tadi asyik murung aje.”Soal Puan Hasnah.Sejak tadi dia sudah menyedari keadaan Iela yang murung dan sentiasa menangis tak tentu pasal.Hatinya tertanya-tanya.

“Eh,mana ada.Sara tengok biasa aje.”Dia cuba membela rakannya.

“Biasa kau kata,tu hah.Kau tengok tu,dia menangis.”

Sara berpaling memandang Iela.Dia mengeluh lagi.Entah keberapa kali dia mengeluh,semuanya kerana sikap Iela yang taknak berubah.

“Biasala tu Umi.Orang nak kahwin,mestilah sedih.Nak kena tinggalkan keluarga,ikut suami.Macam umi?”Dia tersenyum ringkas.Uminya jugak mempunyai pengalaman dalam menghitung hari untuk disatukan dengan ayahnya.

“Entah-entah dia sedih,sebab kena paksa kahwin?”

“Kesitu pulak umi ni.Untuk pengetahuan umi, kami dah kenal lelaki tu.”

“Diorang bercinta?”

Sara menanggukkan kepalanya mengiakan apa yang sedang difikir uminya.Sedangkan hakikat sebenar bukanlah apa yang difikirkan. Bercinta dengan orang lain,berkahwin dengan orang lain.

Maafkan aku Yani,dan kau maafkanlah Iela.Kerana ia bukan atas kerelannya.

“Woi,kau nak pergi mana hah?Pakai cantik-cantik macam ni.”Soal Azie malam tu.

Dia melihat Haryani mengenakan gaun malam berwarna hitam,dan wajahnya disolek ala kadar.Rambutnya yang panjang disanggul dan disepitkan dengan penyepit rambut corak rama-rama.Kelihatan sungguh ayu.

Haryani tidak terus menjawab soalan itu.Dia harus mempersiapkan dirinya seringkas dan secantik mungkin.Hariz akan tiba mengambilnya bila-bila masa saja.Lama dia membelek dirinya dihadapan cermin.Entah mengapa dia rasa ada sesuatu yang tertinggal.Apabila dilihat balik,semuanya sudah lengkap.

“woi,aku tanya ni.”Azie geram bila soalanya dibiarkan bagai angin lalu.

“Isy,kau ni.Macamlah tak tahu.Aku keluar pakai cantik-cantik ni,takkanlah nak jumpa hantu,mestilah nak jumpa...”

“Hariz!”Jawab Azie,yang sudah boleh meneka perkataan yang bakal keluar dari rakannya.

“Pandaipun.”Puji Haryani.

Dia memicit tengkuknya bagi menghilangkan rasa lenguh.Dia meraba-raba dikawasan tengkuk.Eh,takdak.Mana dia hilang? Barula dia teringat rantai kesayangannya itu belum dipakai.Dia berlari-lari anak masuk ke dalam bilik air,mungkin dia tercicir disitu.Dia menghela nafas lega apabila rantai itu sudah tergantung pada lehernya.

“HH?” Azie yang memerhati bentuk loket rantai yang dipakai rakannya itu tertanya-tanya akan maksud itu.

Haryani senyum mendengarnya.Soalan yang bagus.

“Maknanya,Haryani dan Hariz.Ada faham?”

Dia memegang rantai kesayangannya.Rantai itu adalah hadiah hari jadinya yang ke dua puluh tiga yang diberi oleh Hariz.Sejak itu,dia sentiasa memakai rantai itu,tanda cinta dan sayangnya pada Hariz.

“Okayla Zie,aku pergi dulu.Hariz dah sampai tu.”

“Patut la,nak jumpa buah hati rupanya.Sampai telinga kaupun dah tak dengar apa yang aku cakap.”Azie terasa hati dengan Haryani kerana soalan yang diajukan tadi dijawab,walaupun jawapan itu sudah terjawab dengan kehadiran Hariz.

“Sorry okay?Nanti aku tapau makanan kegemaran kau.”Itu hanyalah caranya untuk memohon maaf pada rakannya.

“Jagan lupa kirim salam sayang aku dekat dia.”

“Mengada!”

Azie tergelak.Dia sengaja mahu menaikkan api cemburu Haryani.Biar semakin mendalam-dalam perasaan cintanya itu pada Hariz.

Cintamu Hanya Milik Ku 2

Bab 2

Haryani sedang menulis sesuatu pada buku catatannya.Suasana bilik pejabat yang berhawa dingin dan nyaman ini sedikit banyak memberi ketenangan pada penghuninya.Dia menyandarkan tubuh di kerusi empuk yang sentiasa menantinya.Dia menghembus nafas lega,terasa kurang sedikit beban kerja yang ditanggungnya.Matanya terpejam seketika,tanpa dia menyedari telefon bimbitnya terjatuh ditolak sikunya.Dia mengeluh.

“Asyik-asyik jatuh.”Rungutnya sendirian.

Ketika dia menunduk hendak mengambil telefon bimbitnya,matanya tertancap pada bingkai gambar yang terletak kemas di atas meja.Sudah lama dia tidak mengusik gambar itu,hingga berabuk.Tangannya mencapai sebuah bingkai gambar yang bersaiz sederhana.Dia senyum melihat gambar itu.Gambarnya bersama Azie,Iela dan Sara ketika mereka bercuti di Pulau Tioman.

Aku sayang korang.Tapi jangan lupa sayang aku pulak!

Tangannya mencapai sebuah bingkai gambar lagi.Kali ini dia senyum hingga sepet matanya,entah apa yang mengembirakannya melihat gambar itu.Gambar yang diambil dua tahun lalu.Kelihatan seorang lelaki sedang memeluk bahunya,nampak mesra.Mungkin lelaki itu kekasihnya.Dia memeluk erat gambar itu.

Saya sayang dan cintakan awak Iz.Saya bahagia sangat bila dekat dengan awak!Saya harap cinta kita akan sampai kejinjang pelamin.Hatinya sungguh gembira melihat gambar kaku itu.

“Hai yani,mengelamun nampak?Teringat dekat buah hati,pengarang jantung kau tu ke?”Tegur seseorang.

Teguran itu membuatkannya sedikit terperanjat.Tetapi cepat-cepat dia beristifar.Dia sudah tahu siapa yang menegurnya.Dia merengus geram.Geram bila kita asyik berangan,ada orang menganggu.

“Isy,kau ni Lia.Takdak salam,takdak helo,tahu terjah aje.Terperanjat aku.”Marah Haryani.Dia kembali meletakkan gambar tersebut ke tempat asalnya.

“Terjah macam Melodi tu ke?Okayla,aku mintak maaf.Aku cuma nak jenguk kau aje.”

“Hmm,ya la tu.Kau nak apa ni jumpa aku?”

“Takkanlah tak boleh jumpa kawan kut?Lagipun dah lama aku tak borak dengan kau.Sibuk ke?”

Haryani mengangkat kedua bahunya.Lama dia tidak menghiraukan rakannya itu.Kerja yang tertangguh harus dibereskan.Jari runcingnya mula memainkan peranan.Sebenarnya dia malas hendak melayan kerenah Lia yang mengada-ngada baginya.

Lia yang meneyadari kesibukkan Haryani terus mengankat punggung untuk meninggalkan bilik itu.Dia tidak mahu menganggu rakannya,dia sendiripun masih mempunyai kerja yang harus disiapkan.Sewaktu pintu sudah terbuka luas,tiba-tiba Haryani bersuara menyatakan sesuatu.

“Waktu lunch nanti kita jumpa dekat tempat biasa.Aku belanja.”Ujarnya,bagaikan sudah faham dengan sikap rakannya.

Lia atau nama sebenarnya Nur Haslia terus tersenyum mendengar kata-kata Haryani.Selepas itu,pintu ditutup rapat.

Seperti waktu yang dijanjikan,Haryani dan Lia kini sudah berada didalam restoran yang terletak berhadapan dengan tempat kerja mereka.Masing-masing sedang memilih makanan yang hendak dimakan.Haryani memesan Nasi Goreng Kampung dan minuman kegemarannya,Jus oren.Manakala Lia,dia memilih untuk makan makanan western,dan minuman yang sama dengan Haryani.

Kelihatan ramai orang berada direstoran terebut.Masing-masing ingin mengisi perut yang sudah mula berkeroncong.Matanya begitu tertarik melihat seseorang yang sedang memakan makananya begitu gelojoh.Orang itu tersedak,dia ketawa.Jahat betulla si Haryani.

“Woi,yang kau gelak sorang-sorang ni kenapa?Dah sewel ke?”Tegur Lia.Dia pelik melihat rakannya yang ketawa tanpa sebab.Takut juga dia hendak berhadapan dengan orang sewel.

Amboi,cantiknya mulut kata dekat aku sewel!Apa,dia ingat aku ni dah sewel betul-betul?Kang aku sumbat cili dalam mulut dia,baru tahu.Bisu setahun!

“Takdak apa la.Kau makanlah Chiken Chop kau tu,nanti sejuk pulak.”Wajahnya sedikit tegang,tapi tidak terlihat oleh Lia.Dia turut menjamu makananya.

Haryani memandang rakannya tanpa berkelip.Kawan aku ni tak makan setahun ke?Gelojoh sangat.Kang mati tercekik pulak nanti.

“Nak makan tu,janganlah gelojoh sangat.Nanti tercekik pulak.”Nasihat Haryani.Pingannya yang masih terisi makanan ditolak ke tepi.

Lia tersedak-sedak menelan makanan.Air yang dihulurkan Haryani disambarnya dan diminum rakus.Dia mengurut dadanya beberapa kali,bagi menghilangkan rasa sakit didadanya.Dia menarik nafas lega.Tiba-tiba matanya tertancap pada seseorang yang cukup dikenalinya.

“Eh,tu bukan Hariz ke?”Lia menghalakan tangannya ke arah belakang Haryani.

“Hariz?Mana?Tak nampakpun.”

Cepat-cepat Haryani memalingkan tubuhnya ke arah belakang ingin melihat orang yang dimaksudkan oleh Lia.Matanya melilau di seluruh ruang restoran tersebut mencari Hariz.Tapi hampa.

“Mana?Takdakpun.Kau bohong aku ek?”Wajahnya sudah masam mencuka.

“La,tu...dekat hujung sana tu.”Lia muncungkan mulutnya ke arah sana.

Sekali lagi Haryani terpaksa memalingkan tubuhnya.Matanya terus menangkap susuk tubuh milik Hariz.Bibir mungilnya mengukir senyuman gembira.Dia melihat Hariz sedang bersendirian di satu sudut restoran tersebut.

“Lia,nanti kau balik sendirilah ofis.Aku nak pergi jumpa dia kejap.”

Terkocoh-kocoh dia mengeluarkan duit lalu diletakkan diatas meja.Dia sudah berdiri untuk meninggalkan mejanya.Makanan yang masih tinggal separuh,ditinggalnya.Dia ingin cepat menemui Hariz.Sudah dua hari dia tidak bertemu muka dengannya,menyebabkan dia menanggung rindu.

“Thanks.”Ucap Lia kepada Haryani,kerana telah membelanjanya makan tengah hari.

Haryani sudah tidak mendengar ucapan rakannya.Dia terus melangkah ke meja yang sedang diduduki Hariz,kekasih hatinya.

Hariz menjamah makanannya tanpa selera.Tapi digagahnya jugak bagi mengisi perutnya yang kosong sejak pagi tadi.Fikirannya kusut,hatinya tidak tenteram.Sejak beberapa hari kebelakangan ini,dirinya sudah tidak terurus.Fikirannya selalu menerawang memikikran hal yang membuatkan hati diragut rasa bersalah.

Telinganya masih terdengar-dengar percakapan mamanya,Datin Sofea dengan papanya,Datuk Bahar.Sanggupkah dia melukakan hati seorang insan yang cukup dicintainya hanya kerana desakkan keluarga yang ingin melihat dirinya bersama insan lain.

“Mama tak kira,kau nak ke, taknak ke,mama tetap dengan keputusan mama.Faham!”Datin Sofea bersuara tegas.

Datin Sofea berdiri dihadapan anaknya yang sedang duduk bersebelahan dengan Datuk Bahar.Dia merenung tajam anaknya itu.Hatinya sudah keras dengan keputusannya,dan tak mungkin dapat diubah lagi.Lagipun Datuk Bahar juga turut bersetuju dengan keputusan isterinya.

Datuk Bahar sudah cukup kenal dengan keluarga bakal menantunya,dan sebab itulah dia menyetujui keputusan isterinya.Pilihan menantu isterinya juga sudah dilihatnya,orangnya cukup lembut.Itu yang telah menarik hatinya untuk melamar anak gadis tersebut kepada anak tunggalnya.

“Iz tak setuju!”Tiba-tiba Hariz.Suaranya bagaikan hilintar mengejutkan orang-orang yang berada disekelilingnya.

Haryani terperanjat.Dia memandang wajah tegang Hariz.Kecut perutnya melihat wajah itu.Kenapa dengan dia hari ni?Ada masalah ke?Dia tak setuju?Setuju apa?Hatinya tertanya-tanya.Tangan kananya,memegang lembut bahu Hariz.

“Iz?”Lembut saja suaranya menerjah gegendang telinga Hariz.

Suara itu yang dia mahu dengar!Hariz baru sedar dari lamunannya.Dia memandang disekelilingnya,baru dia teringat dia masih berada di restoran.Dia meraup wajahnya beberapa kali.Nafas ditarik,lalu dihembus kasar.

“Iz,awak okay?”

Hariz memandang disebelahnya.Orang yang sentiasa bermain dalam fikirannya sedang berdiri disebelahnya.Dia merenung wajah comel itu,bibir mungil itu sedang mengukir senyuman manis.Dia terpegun seketika sebelum membalas senyuman itu.

“Duduklah Yani.”

Matanya masih lagi meratah wajah comel itu.Hatinya sedikit tenang sekarang,fikirannya turut stabil tidak segila tadi.Rindu dia pada gadis ini sedikit terubat,selepas dua hari dia tidak berjumpa dengannya.

Haryani tersipu-sipu malu apabila direnung begitu.Merona merah pipinya menahan malu.Kulitnya yang putih bersih menampakkan lagi warna pipinya.Comel!

“Apa ni Iz,mata tu jagala sikit.”Dia marah.Marah-marah sayang.

“Tu la...kenapa comel sangat?”Hariz mencubit pipi kanan Haryani,menyebabkan dia terjerit kecil.Hariz geram melihat wajah itu,sebab itula tangannya gatal ingin menyentuhnya.

“Isy,haram la.”Haryani menggosok-gogok bekas cubitan Hariz.

Harampun,saya akan menjadikan ia halal bila ijab dan kabul dilafazkan.

“Suadah la,saya pergi dulu.”

Dia sudah mengangkat punggung untuk meninggalkan Hariz.Tetapi langkahnya dihalang oleh Hariz,bahunya disentuh lelaki itu.

“Please,don’t go.”Hariz merayu.Haryani membatu.

“Yani please...”

Hariz tak keharuan bila Haryani ingin meninggalkannya.Dia ingin sentiasa berada disisi gadis itu.Hanya Haryani saja bisa menenangkan hatinya yang sedang bergelora.

Tidak sampai hatinya melihat Hariz terus begitu.Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman.Tanda setujunya.Dia merenung ke dalam mata Hariz bagi mencari jawapan kepada persoalan yang bermain dalam fikirannya.Soalan itu belum diajukan kepada Hariz.Masa belum sesuai,biarlah nanti dia suarakan.

Isnin, 14 Mac 2011

Cintamu Hanya Milik Ku 1


Bab 1

Dia menyisir rambutnya yang panjang dengan sikat berwarna merah.Getah rambut yang terletak diatas meja solek dicapainya.Rambutnya kini sudah terikat kemas.Dia berjalan menuju ke katil,badan yang sudah letih dibaringkan diatas katil.Dia mencapai alat pemain muzik MP3 berwarna hitam diatas meja disisinya.Kepalanya terangguk-angguk apabila muzik dimainkan.Matanya dipejamkan menghayati lagu tersebut.Sesekali fikirannya menerawang berkhayalkan sesuatu.Bibirnya mengukir senyuman.Entah apala yang dia angankan hingga dia tersenyum.
Azie merempuh masuk ke dalam bilik.Matanya menangkap susuk tubuh orang yang cukup dikenalinya sedang berbaring diatas katil sambil mengoyangkan kaki.Bulat matanya melihat itu.Lama dia mendiamkan diri tidak menegur orang itu.
Oh dekat sini rupanya kau.Sedang berangan kahwin dengan anak raja.Siap kau Yani!
“Yani!!”Jeritnya memanggil nama rakannya.
Khayalannya terhenti seketika apabila dia mendengar namanya dipanggil seseorang.Dia cuba mengecam suara itu,tetapi keasyikkan mendengar lagu menyebabkan dia terus hanyut dengan khayalannya.Mungkin suara yang dia dengar juga hanyalah khayalan.
Azie merengus geram.
“Yani!!Yani!!Yani!!”Jeritnya lagi.Kali ini suaranya digandakan lagi.Bagi menyedarkan rakannya,Haryani dari alam ciptaanya.
Perlahan-lahan matanya dibuka.Muncul wajah yang cukup dia kenali.Azie!Habis hilang semua khayalannya.Berkerut-kerut dahinya memandang wajah keruh itu.
“Kau kenapa?”
Eh,boleh tanya lagi kenapa?Tanyala sendiri kau tu.
“Kenapa kau tanya?Kau nak tau tak,nak terkeluar anak tekak aku panggil kau.Tapi haram!Bayang kaupun aku tak nampak.Nasib baikla aku jumpa kunci spare dalam almari kasut.”
Makin berkerut dahinya mendengar luahan Azie.Dah macam orang tua.Bila masa pulak dia panggil aku?Tak dengarpun.
“Tak dengarpun kau panggil?”Jawabnya sambil mengaru kepala yang tidak gatal.
“Macam mana kau nak dengar,kalau kau asyik duk dengar tu aje.”
Azie muncungkan bibirnya ke arah MP3 yang terletak kemas di atas meja.Haryani turut memerhati ke arah yang dituju oleh Azie.Apabila dia terpandang saja benda itu,dia terus tersengih macam kerang busuk memandang rakannya.
“Sorry.”Hanya itu saja yang terluah dari bibirnya saat ini.
Azie tidak membalas kata maaf dari rakannya kali ini.Sebaliknya dia terus mendiamkan diri dan melakukan kerja sendiri.Biar Haryani merasa bersalah ke atas perbuatan sendiri.
Padan muka kau!
Dia tidak senang duduk dengan situasi ini.Rakan karibnya sedang merajuk.Apa yang hendak dibuatpun dia tidak tahu.
Apa yang aku nak buat tengah-tengah malam buta ni?Kalau siang takpa la,boleh la jugak aku keluar pergi beli aiskrim bagi dekat dia.Sekarang ni,kedaipun dah tutup.
“Ala...aku mintak maaf ni?Takkan kau taknak maafkan aku kut?”Dia berjalan ke arah Azie yang sedang duduk di meja solek.
Azie mengelengkan kepalanya.Dia tahu,kalau dia berbuat begitu akan membuat rakannya itu tidak senang duduk.Biarlah,nak bagi pengajaran sikit pada Haryani.
“Habis tu kau nak aku buat apa?”
Azie mengangkat tangan kanannya.Haryani turut berbuat begitu.Dia tahu Azie ingin menyuruhnya berikrar.Dia senyum.
“Okay...Saya berjanji,tidak akan mengulangi lagi sikap saya seperti tadi.Dan saya,akan mengubah sikap saya yang suka berkhayal sambil mendengar lagu.”Ucapnya seraya menurunkan tangannya.
“Puas?”Soalnya.Dia terus memandang Azie yang terus ketawa terbahak-bahak.Geram betulla,bila kawan sendiri ingin mempermainkan kita.
“Eh,belum-belum...aku lapar ni.So,kau kena masak dekat aku dulu,baru aku maafkan kau.”Bicara Azie berselang dengan sisa tawanya.
“Isy,kau ni banyak songehla.”
Haryani terus meninggalkan bilik menuju ke dapur untuk memanaskan lauk.Walaupun dia geram,tapi hatinya sedikit lega kerana rakannya sudi memaafkan kesilapannya,meskipun sudah acap kali dia melakukan kesalahan.
*****
“Mana Iela dengan Sara?Dari tadi aku tak nampak diorang,dalam bilikpun takdak.”
Tanya Azie selepas mereka makan.Kini mereka sedang berada diruang tamu sambil menonton rancangan lewat malam.Haryani memandangnya sekilas,sebelum menyambung tontonannya.
“Dia tak bagi tahu kau ke?”
“Tak.”Jawabnya sepatah.
“Diorang balik kampung.Katanya ada hal penting yang kena urus.”
Matanya terus menatap kaca tv,tidak lansung memandang wajah letih disebelahnya itu.Rasanya ranacangan malam ini sungguh menarik hingga hilang mengantuknya.Dia melihat Azie sudah menguap beberapa kali.
“Hal apa?”Soalnya lagi.Belum puas dengan jawapan yang diberikan oleh Haryani.
Haryani menjungkitkan bahunya tandan tidak tahu.Sebenarnya dia malas hendak melayan Azie yang banyak bertanyak..Kalau tidur lagi baik.
“Isy,aku pelik sebenarnya.”
“Pelik apsalnya?Diorang balik kampung ajepun.Lepas rindulah tu!!”
Azie duduk bersila dihadapan Haryani.Dia ingin meluahkan apa yang dirasakan olehnya pada rakan karibnya itu.Tapi apabila melihat dia asyik leka dengan menonton tv,dibatalkan saja niatnya itu.
“Oh ya,aku lupa nak tanya kau.”Bicara Haryani tiba-tiba,setelah masing-masing mendiamkan diri.
“Tanya apa?”
“Ni, kenapa kau balik awal sehari,hah?Bukan ke kau sepatutnya ada dekat Melaka lagi sehari.”
“Kerja aku habis awal...Dah la wei,jom tidur.Aku dah ngantuk ni,esok nak kena pergi kerja.”
Azie sudah bangun untuk menuju ke bilik tidur yang dikongsinya bersama Haryani.Televisyen ditutup.Haryani turut melangkah meninggalkan ruang tamu.Dia harus segera tidur kerana esok dia harus bangun awal untuk ke pejabat.Jam sudah menunjukkan pukul tiga pagi,memang patutpun mereka tidur.Tidaklah mereka menjadi burung hantu seperti hari-hari yang lain.
*****
Tingkap dibiarkan terbuka luas,membiarkan angin malam menyerbu masuk.Dalam kesamaran cahaya lampu,kelihatan susuk tubuh seseorang sedang berdiri disitu.Dia berpeluk tubuh menahan sejuk yang sudah terasa hingga ke tulang hitam.Matanya merah dan bengkak,pipinya masih basah dengan sisa air mata.Dia mengelap dengan hujung bajunya.
“Sudah-sudahla tu.Kau tak penat ke?Asyik menangis aje dari tadi.”
Dia sedikit tersentak dengan teguran itu.Tanpa memandang wajah itupun dia sudah tahu siapa.Entah kenapa,air matanya kembali mengalir.Bukanya dia terasa dengan teduran itu,cuma mudah benar air matanya mengalir.Bahunya terhinjut-hinjut menahan sendu,dia mengigit bibir.
Sara mengelengkan kepalanya melihat keadaan rakannya itu.Selama dua hari berada disitu,selama itu jugaklah dia cuba memujuk rakannya,Iela.Tapi,keadaan masih tetap sama.Dia sendiripun sudah tidak tahu apa yang harus dilakukan lagi.
“Iela...”
“Kau tak faham Sara.Kau tak faham...”Belum sempat Sara menghabiskan bicaranya,dia memintas.Sendu kembali berlagu.
“Aku takut,aku takut Sara.Tolong aku?”Menggigil tubuhnya.
Sara menghampiri Iela,lalu dipimpim tubuh itu menuju ke katil.Tingkap yang tadi terbuka luas,kembali tertutup rapat.Dia memeluk tubuh dingin itu,untuk memberi kekuatan yang diperlukan
“Shhh...sabar,sabar Iela.Kau harus kuat.”Dia mengusap belakang rakannya itu.Cuba menenangkan hati yang sedang bergelora.
Susana sepi seketika.Masing-masing saling membisu.
“Aku rasa bersalah sangat pada Yani.Nanti dia kata apa pulak bila dia tahu hal ini?”
“Aku pasti,dia dapat terima hakikat ni.”Jawab Sara ringkas,tapi penuh dengan makna yang tersendiri.
“Tapi...”
“Takdak tapi-tapi.Sekarang ni,kau tidur dulu.Kalau nak cakappun,esokla ya?Aku dah letih sangat ni.”
Sara buat-buat menguap.Kemudian dia membaringkan tubuhnya diatas katil dan memejamkan matanya.Sebenarnya dia malas melayan kerenah Iela sekarang.Biarlah rakannya itu mengenal erti letih. Iela mengeluh.Kemudian dia turut membaringkan tubuhnya disebelah Sara.
Yani,apakah reaksi kau nanti bila kau tahu hal ini?Adakah kau dapat memaafkan Iela?Sanggupkah kau melupakan cinta sejati kau?Aku harap kau dapat memberikan maaf padanya.Tanpa disedarinya air matanya mengalir.Hatinya terlalu sedih apabila mengenangkan nasib rakannya itu.Jikalah dia berada disituasi mereka,pasti dia turut rebah.Bisik Sara dalam hatinya.
Malam itu bersaksikan bulan dan bintang,mereka sama-sama melelapkan mata dengan hati masing-masing berlagu sendu.Iela menagis kerana takdir,manakala Sara menangis kerana sahabat