Isnin, 6 Mei 2024

Random Post: Doa Qunut

 Hi dan assalammualaikum pelawat blog ni, dah lama saya tak update, bertahun lamanya. Kebetulan, hari ni saya melayari internet untuk menyemak DOA QUNUT, selama ni solat asyik baca tanpa periksa, betul ke salah, saya pun tak tahu.

Jom, dah alang-alang dah check, saya nak share sekali apa yang saya fokus untuk perbetulkan bacaan DOA QUNUT saya.

Semoga, posting kali ini, memberi manfaat, dan pahala untuk saya juga =D





























Sumber: SUNAN

Cuba perhatikan potongan ayat/perkataan yang saya dah highlight dengan warna kuning. Dari awal DOA QUNUT, ayat akan berakhir dengan huruf 'ta' manakala perkataan yang dihighlightkan berakhir dengan huruf 'kaf'.

Sering kali kita baca tanpa mengira betul atau salah bacaan kita, asal bunyi sama, kita bedal saja. Dan ramai dianatara kita, termasuk saya yang tidak sempurna bacaannya. Kadang-kadang asal bedal je kesemua hujung perkataan ini beakhir dengan huruf 'ta' juga.

Khamis, 25 Jun 2020

Novel Review- Novel Kau Milikku terbitan Buku Prima

Assalammualaikum 

and good morning everyone. It has been long I do not update my blog, and this is my first entry for this year, 2020. So, entry kali ni saya nak tulis review novel kak Pitteriah Abdullah, Kau Milikku terbitan Buku Prima.

Sebenarnya dah lama tak baca novel melayu kita. Sebab asyik membaca novel cina dekat NovelUpdate dan Wattpad saja. Baru sekarang terhegeh-hegeh nak baca balik, especially novel rare dan koleksi lama. Kebetulan baru beberapa hari lepas habis baca novel kak Pitteriah, so kita kasi review sikit.

Actually, saya dah cari novel ni lama. Dari sekolah menengah sampai la sekarang nak habis degree baru jumpa. Nampak tak, betapa banyaknya rintangan nak dapatkan novel ni??? Okay, so one day saya tengah cari dekat FB yang jual buku-buku terpakai, and terjumpa satu page ni nama NK BOOK CAFE. Alhamdulillah kebetulan jumpa novel Kau Milikku ni, sebab petang tu saya ada tanya penjual lain, tapi dah takdak. So, apa lagi. Terus booked  and bayar la. Kalau sesiapa yang cari novel melayu dan inggeris terpakai boleh pergi ke page NK BOOK CAFE sebab memang banyak, harga sangat berbaloi dan kualiti juga bagus.




Cover depan


Cover belakang


Sinopsis belakang novel:

Nurul Farhana dan adiknya, Farah terpaksa menghadapi cabaran dan rintangan hidup setelah kematian ibunya, Halimah. Ayahnya, Tuan Jamal telah berkahwin lain dengan seorang wanita yang bernama Imah.

Imah seorang wanita gila yang gila kuasa dan mahukan semua harta benda Halimah jatuh ke tangannya. Tuan Jamal terpaksa menuruti kehendak isteri barunya dan mengabaikan tanggungjawab kepada kedua-dua anaknya.

Untuk menyelamatkan diri dari diganggu oleh emak tirinya yang tidak berhati perut itu, Nurul Farhana terpaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali bernama Ilham. Sebenarnya Ilham seorang duda yang telah ditinggalkan isteri, bernama Nurul Aliah.

Walaupun Ilham telah berkahwin dengan Nurul Farhana namun hatinya masih teringatkan Nurul Aliah. Konflik berlaku dalam rumah tangga Nurul Farhana, Ilham yang dikahwininya tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Ilham sering mengamuk dan Nurul Farhanalah yang menjadi mangsanya. Biarpun begitu, Nurul Farhana cuba membimbing Ilham kembali ke jalan yang diredhai ALLAH.

Bukan itu sahaja, emak mentuanya, Puan Latipah juga tidak menyukai Nurul Farhana. Setiap kali berkunjung ke rumahnya, dia sering diabaikan. Atas rasa kecewa, Nurul Farhana lari mendapatkan Farah di kampung dan berhasrat memajukan pasaraya Halimah yang telah ditinggalkan.

Apakah yang terjadi seterusnya? Dapatkah Farhana memperolehi kasih sayang yang diimpikan selama ini?

My Review:

Okay, kalau baca sinopsis belakang novel memang kita dah dapat tangkap apa permasalahan utamanya. Bagi saya novel ini sangat menarik dan sangat kena dengan jiwa saya. Tapi novel ini dapat diolah lebih lagi. Terutamanya permasalahan keluarga Farhana yang bagi saya kurang jelas dan hubungan Ilham dan Nurul Aliah yang bagi saya kurang garapan.

Berkaitan Puan Latipah yang tidak menyukai Farhana, bagi saya itu normal kalau seorang ibu itu suka membebelkan anak dan menantunya, dan dalam novel ini Puan Latipah juga menunjukkan sikap prihatinnya kepada Nurul Farhana. Apa yang pasti, Puan Latipah sebenarnya tidak sukakan Nurul Aliah dan bukan Nurul Farhana

Di dalam novel ini juga saya suka cara kak Pitteriah gambarkan hubungan Nurul Farhana dan Fikri, yang bagi saya sederhana tapi memberi kesan. Dalam perhubungan yang tidak berkesampaian antara Nurul Farhana dan Fikri, saya suka sikap kedua-dua watak terutama sekali Farhana yang cepat move on.

Watak Ilham pula, bagi saya dia lelaki yang depresi selepas kematian anaknya Nurul Nabila. Tapi sikapnya yang tak boleh lupakan Nurul Aliah buat saya sebagai pembaca meluat dan sakit hati (hehehe, sorry). Terutama bila dia naik tangan. Tapi part Ilham dah berubah tu, watak Ilham jadi jauh lebih baik dan rasa macam dia caring pula dengan Nurul Farhana. 

Dalam novel Kau Milikku ini, saya dapat belajar hubungan persahabatan antara Nurul Farhana dan Shahril, hubungan kekeluargaan yang juga banyak diceritakan dalam novel ini yang bagi saya memberi impak besar pada jalan cerita novel ini. Hubungan Ilham dan Farhana, yang pada awalnya benci, baik, kawan dan seterusnya cinta. Progress hubungan mereka tu mungkin boleh digarap lebih lagi.

Overall, saya puas hati dan tak menyesal beli dan baca novel ni walaupun bertahun nak dapatkannya. Tidak silap saya ini adalah karyan terawal kak Pitteriah, dan bagi saya boleh diterima segala bentuk kekurangannya. Kalau kita bandingkan karya2 terkini kak Pitteriah jauh lebih baik.

Wassalam

Note to reader: Follow me at Instagram @hayatimatsalleh dan jangan lupa baca NOVEL JANGAN PERNAH SAKITI AKU

Selasa, 25 September 2018

Sinopsis CINTA SUCI


Sinopsis CINTA SUCI




Hana, dia lansung tidak menyangka hari perkahwinannya bertukar menjadi peristiwa besar yang dia tidak rancangkan. Menikahi lelaki itu bukanlah keinginannya, perkahwinan yang pada mulanya dia tidak redhai menjadi hal yang paling indah kemudianya. Tetapi mengapa setelah mengenal suaminya segalanya terasa begitu menyesakkan.

Daniel Hakimi, baginya perkahwinanya bersama Hana merupakan pintu untuknya melarikan diri dari penjodohan yang dibuat oleh mamanya dan mendapatkan pengganti arwah Aisya sebagai posisi ibu kepada anaknya Luqman Hakim. Tetapi dia bukanlah lelaki kejam yang akan mengabaikan isterinya, tapi sebaliknya dia menerima Hana dengan hati yang terbuka.

Alif, perginya bukan dengan sengaja. Tragedi yang terjadi menyebabkan hubungan yang terbina terlerai begitu saja.